Followers
Friday, October 01, 2010
Drama Melayu
Tuesday, August 03, 2010
Nama Bombastik
Saya baca di forum tentang nama-nama bombastik dalam novel.
Dua novel saya sebelum ini menggunakan nama biasa saja untuk watak-watak utama dan sampingan. Yang penting ia mempunyai maksud yang baik. Tentang judul pula, saya mahukan kelainan tetapi tetap bermaksud yang baik.
Zahrah de Tigris (Kembang putih di Sungai Tigris)
Khairunnisa dan Dr Taufik Hidayat (sebelumnya Patrick Devereux)
Dame Zoete Sarah (Wanita Berkedudukan tinggi. Manis. Sarah - juga nama yang baik yang dalam sejarah Islam, Kristian dan Yahudi)
Sarah dan Salim (penyelamat)
Yang ke tiga?
InsyaAllah saya kekalkan begini.
Harap tidak ada yang meluat ye kerana seperti dua novel yang lepas, saya mengekalkan 'setting' di luar negara juga. Semoga dapat berkongsi maklumat dan pengalaman.
Selamat menjelajah!
Wednesday, July 28, 2010
*sigh*
It is the small small things that I noticed.
She is forgetting things.
My great worrier,
maybe the answer is there. In plain sight. Is it just me who refused to see it?
Monday, July 19, 2010
Hmm
Wednesday, May 26, 2010
kalau
Hanya doa untuk mu kupanjatkan.
Thursday, April 29, 2010
Blog ni dah lama sangat ditinggalkan bersawang. Maaf ye. InsyaAllah akan cuba update entry seberapa kerap. Kalau saya masih agak sibuk, mungkin nanti saya akan jemput "dua orang wanita" untuk sama-sama berkongsi cerita. Manalah tahu kalau mereka ni sudi. InsyaAllah
Sekarang ni sudah mula rasa bahang peperiksaan akhir semester. Doakan saya ye. Subjek pertama pada 6hb Mei - Media dan Sosiologi, ke dua pada 18 May - Budaya dan Geografi dan akhir sekali 27 Mei - Politik dan Kewartawanan. Huhu... ini memang direct translation.
Mohon doa kalian semoga Allah bagi ilham pada saya untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik dan bermutu huhuhuhu....
InsyaAllah juga sebaik saja selesai peperiksaan saya akan berdeting dengan Encik Ilham lagi untuk selesaikan manuskrip ke 3. Kalau Zahrah de Tigris, saya "berdepan" dengan isu peperangan dan politik di dua negara yang berbeza, dalam Dame Zoete Sarah pula, saya "berperang" dengan isu semasa. Yang ke 3 ini pula memerlukan saya masuk ke mesin masa dan pulang ke zaman lampau. Huh! Rasa macam Dr Who lah pula.
InsyaAllah juga kalau ikut perancangan, saya perlu selesaikan manuskrip ini dalam masa 1 - 2 bulan. Harap-harap saya disiplin ye! :)

p/s - saya suka David Tennant yang jadi Dr Who yang ke 10 ni. Best!
Monday, March 08, 2010
Berita Metro UK
Baby left in plastic bag on mosque steps was assumed dead by police
A baby boy died after police officers in Shelton, Stoke-on-Trent failed to notice he was still breathing.
On discovering their mistake, one shouted ‘get an ambulance!’. The infant was taken to hospital but died shortly after.
Said Ahmed, 64, from Shelton, who discovered the baby at the Makki Masjid mosque in Shelton, Stoke-on-Trent, said police took a look at the baby and assumed it was dead.
‘Inside the bag, resting on the baby, I was shocked to find a note that said ‘Sorry, please bury him,’’ he said. ‘After the first officer had looked in the bag no one checked it again – they just thought the baby had died.’
Law student Penelope Meadows, 21, who lives opposite, witnessed the events. ‘They put a tent over the body and seemed to be just going about their business,’ she said. ‘It looked as if they had assumed the baby was already dead. They looked panicked at discovering the baby was still alive, shouting into their police radios.’
An inquiry will now be conducted by the Independent Police Complaints Commission into Saturday’s incident.
Ini pertama kali baca dalam suratkhabar kisah bayi ditinggalkan di masjid di UK. Mungkinkah ibu atau bapa bayi tersebut selalu baca berita tentang pembuangan bayi di Malaysia? Siapa sangka di sebuah negara yang begitu mempromosi keterbukaan, masih ada insan yang tidak sanggup menanggung malu hasil mungkin dari perbuatan beliau yang tidak malu
Wednesday, December 23, 2009
Salju
Kalau bersalji pun biasanya dalam bulan Januari, Februari atau kadang-kadang apabila sudah dekat-dekat hendak masuk ke musim bunga. Biasanya kami cuma dapat hujan, rintik-rintik salji bersulam air dan angin kuat. Sejuk tu memanglah biasanya sejuk.
Allah yang mengatur alam. Kali ini Dia beri kami salji yang memutih dan suhu di antara -1C hingga -16C hampir sepanjang minggu ini. Jalan memang memutih saja. Cuma, dalam bersalji ni, yang saya takut apabila ais mula mencair dan jalan jadi licin. Jadi, berhati-hati ketika berjalan-jalan ye. Sudah dua tiga orang saya lihat yang tergelincir dan jatuh terduduk.. huhuhu... sakit tau.
Monday, November 30, 2009
Shuaib beristighfar. Dia meraup muka dengan tapak tangan dan kemudian tangan itu diangkat hingga hampir ke paras dagu.
Hatinya yang tenang tadi ketika melunaskan solat Zohor, tiba-tiba dipagut rasa sayu yang amat sangat. Airmatanya tiba-tiba saja bergenang. Wajah insan-insan yang dia sayangi sepenuh jiwa raga bermain di ruang mata silih berganti.
Wajah umi yang lembut dan wajah abi yang ceria jelas terbayang. Sesekali wajah-wajah itu berselang seli dengan wajah bonda dan ayahanda yang semakin pudar, namun tidak sesekali dia melupakan dua insan yang berkongsi darah dengannya.
Mana mungkin dia melupakan asal usulnya dan tanah yang pernah mengajarnya erti kasih sayang dan perjuangan hidup yang sebenar.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kami, serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.
Ya Allah! Ya Rabb! Ya Rahman, ya Rahim! Dia merintih. Ampuni dosa hamba-Mu ini ya Allah.
Shuaib pejamkan mata sekali lagi. Dia menghela nafas dalam, memenuhi ruang paru-paru dengan udara segar puncak bukit.
Setelah beberapa jam menunggang di atas jalan yang berhabuk, terasa nikmat yang tidak terhingga dapat menghirup udara segar dari atas bukit batuan dan mengucup alam lantas menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Sang Pencipta.
Walaupun sekelilingnya suasana agak riuh rendah dengan anak-anak buah Tariq yang menyiapkan tempat perkhemahan mereka untuk berehat, Shuaib merasa tenang dan damai dapat duduk menikmati panorama indah ciptaan Ilahi.
Wajah insan-insan yang tersayang silih berganti memenuhi ruang ingatannya sehinggalah seraut wajah yang sangat indah menerpa menghilangkan bayang-bayang yang lain. Seraut wajah yang putih mulus, sepasang mata bundar yang jernih, yang kadang-kadang mampu memberi sinar tajam menikam jauh ke dalam sanubari lelakinya.
Pemilik wajah indah dan sepasang mata bundar itu memang tidak pernah jemu mengganggu jiwanya. Kasihnya kepada si empunya diri memang melimpah ruah, bertambah-tambah semenjak mereka diisytihar sah sebagai suami isteri. Namun, kecintaannya kepada kepada Ilahi mengatasi segala-galanya. Mengapa si jantung hati masih tidak dapat memahami tanggungjawabnya mempertahankan tanah air ini?
Sekali lagi Shuaib beristighfar. Hubb al-watan min al-iman, mencintai tanah air itu adalah sebahagian daripada iman. Perlu apa diragu lagi tentang tanggungjawab insan ini?
Tuesday, November 24, 2009
membaca deux
Kita cerita buku ye? Kemilau Mutiara Raudhah. Saya sudahi dalam masa tiga hari. Err.. bukan saya pembaca lembap mahupun pantas. Ritma pembacaan saya biasa-biasa saja cuma banyak terhenti kerana melunaskan tangungjawab. Mula-mula saya nak ucapkan tahniah kepada Saidatul Saffaa atas novel sulung beliau. Tahniah juga dalam sibuk-sibuk belajar, masih berkemampuan untuk menghadiahkan sebuah naskah yang manis.
Memang saya minta khas naskah ini dari Kak Su sebab saya memang mengikuti rentetan perjalanan hidup Dr Raudhah diblog penulis. Juga sebab Dr Raudhah ni campuran Melayu dan Scottish. (Eh! Kebetulan atau disengajakan ni cik Saidatul Saffaa Saidatul menggunakan resepi popular untuk naskah pertama beliau. Kisah cinta. Hero kacak dan heroin jelita. Hero dan heroin dikalangan orang berada. Mungkin ada orang akan jelak dengan resepi popular seperti ini tapi kekuatan'Kemilau Mutiara Raudhah' ini bukan terletak di sini. Kekuatan penulis terletak pada pembinaan watak-watak utama beliau. Benar, kisah cinta Adam dan Hawa tapi penulis menekankan disebalik fitrah manusia yang ingin bercinta itu, keutamaan haruslah kepada Allah swt dan Rasulnya Muhammad saw. Cinta juga kepada kemanusiaan terutama saudara-saudara malang kita di Palestine. Inilah kupasan cinta sebenar penulis. Watak protagonist Raudhah walaupun jelita tidak menyalah gunakan kelebihan yang dia ada untuk mendapatkan sesuatu.
Watak Izzat pula digunakan untuk menggambarkan bahawa manusia itu sentiasa berubah. Samada ke arah positif atau negatif. Raudhah hanya sebagai alasan untuk Izzat berubah tetapi dalam perjalanannya itu, Izzat langsung ikhlas untuk mencari cinta hakikinya. Keikhlasan ini yang membezakan antara sikap Izzat dan Raudhah. banyak yang boleh kita pelajari dari naskhah Kemilau Mutiara Raudhah ini. Bahasa yang lembut boleh membuatkan pembaca terbuai-buai dalam perasaan sendiri. Dalam senyum-senyum itu kita sebenarnya ditegur. Apakah selama ini kita sedar perbuatan kita itu benar dan baik ataupun tidak?
Raudhah, walaupun seorang muslimah yang tekun mengikuti ajaran Islam fitrahnya dia juga seorang wanita yang lemah. Dia tenggelam sebentar dalam perasaannya sendiri walaupun dia tahu perbuatannya itu dimurkai Allah. Izzat pula, walaupun mempunyai sejarah hidup yang bertentangan dengan Raudhah berubah menjadi seorang yang sabar, bertakwa dan belajar ikhlas dalam setiap perbuatannya terutama dengan Raudhah yang tiba-tiba jadi seorang yang 'keras kepala'.
Rasulullah bersabda:
Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan) - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Selamat membaca
Saturday, October 31, 2009
membaca
- Pelangi - Syud, Hlovate dan Noor Suraya
- Kemilau Permata Raudhah - Saidatul Saffaa
- Kelab Sarjana: Misteri Rumah Asap di Ladang Sri Taming - Noor Suraya
- Rindu Andalusia - Radwa Ashour
- Abu Ubaidah: Penakluk Parsi - Abdul Latip Talib
- The Memoirs of Shamsiah Fakeh -From Awas to 10th Regiment

Saya tak mahu terlebih-lebih review buku ini kerana bagi saya ia adalah satu buku yang penuh interpretasi tersendiri. Dalam Pelangi Syud, saya faham dengan sifat Iman yang tidak pandai mengekspresikan diri. Dia merasa dia bekorban untuk orang lain sedangkan bagi saya dia seorang yang egois. Sifat yang kadang-kadang ada pada diri sendiri. Namun, penghujung Pelangi ini tetap manis.
Untuk Ked's Story juga is cerita yang tersendiri tapi tetap menyerlahkan cara penulisan Hlovate. Kadang-kadang kita boleh mengaggak bagaimana sesuatu ceritera itu akan berakhir hanya kadang-kadang jalan ke penghujung tu dipenuhi oleh liku-liku yang panjang. Ked's Story tetap manis. Cuma saya mungkin sudah agak jauh meninggalkan dunia Ked :)
Untuk Rumah Kecil di Ujung Padang - Yang pasti awalnya saya sakit hati dengan Durrah yang hanyut dalam cinta hingga tidak ada cita-cita hendak meningkatkan diri sendiri. Tapi, perlahan-lahan Durrah bangkit mencari diri dan bertemu dengan keistimewaan tersendiri sehingga boleh bangun berdiri atas kaki sendiri - walaupun sedikit lambat.
Nak suka yang mana satu ye?
Rasanya memang suka ketiga-tiga ceritera dalam Pelangi walaupun rasanya sudah jauh touch base dengan skateboarding huhuhu.
Memang hakikatnya hati wanita itu lembut. Walaupun sesekali hendak berlagak macho macam tak ada rasa apa-apa atau tidak terluka, hakikatnya hati wanita itu minta dibelai, dimanja dan dicintai. Bila sekali terluka, macam-macam perkara boleh dilakukan oleh si empunya hati yang kecewa. (Semoga jangan lupa cinta pada pencipta itu adalah cinta hakiki).
Jawapannya perasaan cinta itu adalah sangat abstrak! Seperti juga kata Ibnu Hasym, seorang pujangga, ulama dan ahli hukum yang terkenal di Andalusia dalam bukunya Thauqul Hamamah (Kalung Merpati)
Cinta itu bagaikan pohon, akarnya menghujam ke tanah dan pucuknya banyak buahDalamnya makna sebuah cinta untuk Ibnu Hasym.
Sunday, September 20, 2009
Wednesday, September 16, 2009
Kebodohan dari mulut terbuka
Aktivis hak asasi Indonesia menyifatkan undang-undang yang baru diluluskan di wilayah Aceh membolehkan mereka yang melakukan zina direjam dengan batu hingga mati sebagai 'kejam' dan 'menghinakan'. Undang-undang terbabit yang diluluskan kelmarin di wilayah paling utara di Sumatera itu turut membabitkan hukuman 400 sebatan terhadap mereka yang melakukan kesalahan termasuk rogol, meminum arak, seks homoseksual dan berjudi.Undang-undang berkenaan menggantikan kod jenayah Indonesia dengan syariah atau undang-undang Islam bagi penduduk Islam. Ia membenarkan hukuman mati penalti terhadap mereka yang berkahwin dan 100 sebatan terhadap mereka yang belum berkahwin dan didapati bersalah dalam kes zina. "Undang-undang
yang diluluskan di Aceh adalah kejam dan menghina manusia," kata Ketua Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hak Asasi Kemanusiaan (Komnas HAM), Ifdhal Kasim.
"Undang-undang itu bertentangan dengan asas sekular Indonesia dan kumpulan hak
asasi terbabit merayu kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk mengkaji
semula perundangan terbabit", kata Kasim."Ini akan membawa Aceh kembali kepada masa lalu. Merejam batu seperti Aceh dalam abad ke-14 atau 15," kata Kasim sambil menambah bahawa undang-undang terbabit boleh membawa desakan undang-undang sama pada peringkat kebangsaan.
- Berani menolak hukum Allah sedangkan hukuman Allah itulah yang maha adil. Hukum yang adil ini untuk pastikan masyarakat tidak punya masalah sosial yang meruncing.Agaknya dia suka ramai anak-anak luar nikah yang tidak kenal siapa ibu bapanya dan akhirnya kahwin sesama adik beradik, pakcik makcik, haish! Ini belum lagi masalah penyakit seperti STD ataupun yang paling hebat HIV-AIDS.
- Bila ada hukuman macam ni, orang-orang jahat terpaksa fikir 400 kali sebelum sesuka hati merogol anak-anak dara orang. Agaknya dia suka kalau anak dara dia kena rogol, jadi penagih dadah atau penagih alkohol.
- Kenapa dia takut hukuman ini akan membawa Aceh ke zaman kurun ke 14 atau 15. Sepatutnya dia berbangga sebab masa tu Aceh berkembang maju hingga bersahabat dengan Empayar Uthmaniyyah di Turki. Marco Polo pun mencatat Aceh dalam buku pengembaraan beliau, begitu juga dengan Ibni Battutah. Pemerintahan Aceh sangat kuat dan rakyat wilayah itu hidup aman damai. Bukankah itu lebih baik?
Monday, September 07, 2009
Takziah

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mariam Johari yang meninggal dunia malam kelmarin. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui apa yang bermain dalam jiwa Allahyarham.
Ya Allah, ampuni aku.. sesungguhnya aku adalah insan yang sangat-sangat lemah.
Semoga ruhnya mendapat belasMu, semoga Kau lapangkan kuburnya, jauhkan dia dari azab kuburMu, jauhkan dia dari azab siksa api nerakaMu.
Ya Raab, ya Rahman, ya Rahim.
Monday, August 31, 2009
Gambar?
Tapi, bidang fotografi memerlukan dana yang tinggi. Kita perlukan kamera yang bagus dan kamera yang bagus ini harganya sudah pasti beribu-ribu ringgit. Belum lagi termasuk yang lain-lain seperti lensa, flesh, tripod dan kalau suka filter yang pelbagai warna. Itu belum lagi termasuk perisian komputer untuk sesi memanipulasi gambar. Semua memerlukan duit.
Ini kamera saya yang ke 2. Yang paling saya sayang. Yang saya beli tahun 2003. Waktu itu harganya hampir mencecah RM3,000. Fuh! Terketar-ketar waktu keluarkan duit untuk beli kamera digital semi-pro ini. Canon G5.
Canon G5 ni cuma 5 million pixel saja. Sekarang ni kamera digital canggih sudah melebihi 12M pixel. Bagi saya buat masa ini, kamera ini sudah mencukupi dan sering menjadi peneman ke mana saja saya pergi.
Masalahnya sekarang, kamera ini sudah sedikit uzur. Maklumlah sejak dibeli tahun 2003, tidak pernah pun dihantar untuk servis. Nak dihantar, takut harga servisnya mahal huhuhu. Nak cari yang lain tak ada pula yang sama spesifikasi seperti G5 ini. Saya suka G5 ni sebab baterinya jenis rechargable lithium-ion dan yang paling saya suka G5 ada rotating LCD jadi kalau nak ambil gambar atas, contohnya bumbung atau langit, saya tak perlulah baring atau mendongak. Cukup sekadar memulas LCD untuk melihat gambar apa yang saya mahu ambil.
Dan... rotating LCD ini selalu buat orang curious dengan jenis kamera yang saya ada.
Sweet!
Thursday, August 27, 2009
Mencari sinar
Semoga ada sinar ilham di balik awan buntu yang sarat....
Saya mohon Allah berikan saya ilham yang berterusan dan hindari saya dari penyakit malas yang suka sangat menempelkan virusnya pada tubuh saya yang lemah ini. Alahai!
Sempatkah saya menghabiskan sebelum deadline?
Selamat melakukan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dengan sempurna di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.
Tuesday, August 18, 2009
Selsema
Rasanya sudah berpuluh-puluh mangsa meninggal dunia di Malaysia akibat virus ni, dan yang terbaru saya baca semalam mangsa yang paling muda berumur tujuh bulan. Innalillahi wa inna illahi roji un.
Di sini juga pihak NHS sedang berjaga-jaga kerana pertukaran cuaca yang semakin sejuk sekarang ini akan membawa gelombang virus dan dijangka lebih ramai orang akan mengalami selsema. Samada Influenza A atau pun bukan.
Di sini juga langkah-langkah mengelakkan virus dari merebak ini telah diambil sejak awal. Sekolah-sekolah memang banyak yang sudah ditutup disebabkan ada kes-kes Selsema Babi dan dikhuatiri merebak kepada murid-murid yang lain. Tapi, apa yang berbeza tentang langkah berjaga-jaga di sini, anak-anak memang disuruh kuarentin dan duduk di rumah saja. Dilarang keluar!
Tak macam di Malaysia, apabila sekolah ditutup saja murid-murid atau pelajar-pelajar bebas bergerak ke mana saja yang mereka suka. Langkah prevention apa ini? Malah, lebih merebak, adalah. Bagi mereka sekolah tutup, bermakna masa untuk berpelesiran. Huh!
Lagi satu, jangan terlalu ghairah untuk ke hospital sekiranya hanya ada tanda-tanda selsema seperti batuk atau bersin dan demam panas saja. Ke hospital dengan tergesa-gesa akan lebih meletakkan diri dalam bahaya dan berkemungkinan mendapat virus Influenza A daripada orang yang memang sudah mempunyai virus ini.
Seperkara lagi, ubat tamiflu juga sebenarnya mempunyai kesan sampingan apatah lagi terhadap anak-anak kecil. Ubat tersebut sekiranya tersalah beri akan mengakibatkan anak-anak pening, muntah, sakit perut, cirit birit dan mungkin mengalami mimpi buruk. Tambahan bacaan di sini.
Yang penting, kita jaga kesihatan dan ambil langkah-langkah berjaga-jaga yang sempurna. Tutup sekolah, kolej atau universiti bukan satu alasan untuk berjalan-jalan ke sana-sini. Duduk saja di rumah dan berehat.
Friday, July 31, 2009
Grey
Bila kat luar langit mandom macam ni, hati pun jadi sama mandom juga. Tapi, masih juga bermasalah nak menghabiskan manuskrip untuk bab-bab yang mandom ni. Hailah! Entah bila nak habis agaknya.
Nak buat apa agaknya hari ni? Kemas rumah. Semangat dah tanam tapi kemalasan masih lagi melanda. Adoi..
*Sigh* hari ni hari tarakhir 'bercuti', minggu depan dah kena mula kerja balik. Boleh ke nak bangun pagi ni? Dah sebulan bangun tidur jam 9am atau paling awal 7.15am. Nampak gaya lepas ni tak boleh dah tidur lepas subuh.
Rasa mandom lagi.
Semangat! Semangat!!
Friday, July 24, 2009
kecil tapi berbisa
Shuaib menarik senjata yang masih tersembunyi di dalam warangka yang dibuat dari tanduk kerbau. Walaupun ringkas, sampir yang berbentuk seperti perahu melintang itu tetap berhias salutan perak berukir halus.
Perlahan-lahan dia menarik keluar mata atau pamor keris yang dibuat dari tahi bintang. Tidak seperti mata pedangnya yang bersinar-sinar dipanah matahari, pamor keris itu kelihatan kusam saja. Tapi jangan sekali-kali dipandang rendah akan ketajaman keris berluk gasal ini. Irama luknya tidak terlalu rengkol atau samar, hanya sedang-sedang saja namun mampu merodok perut musuh dan menyembur darah merah lalu mencabut nyawa, dengan izin Allah.
Keris itu bukan keris Mataram yang ditempah dengan sembilan jenis besi dari sembilan tempat yang berbeza dan punya kesaktian luar biasa. Kerisnya itu bukan jua keris yang digunakan oleh panglima terbilang Hang Tuah bernama Taming Sari yang dibuat dari dua puluh jenis besi. Kerisnya itu hanyalah keris yang ditempah oleh ayahandanya menggunakan besi dari tahi bintang dan dihadiahkan sewaktu usianya baru tiga tahun.
Senjata bermata dua itu bukan sekadar alat mempertahankan diri, tetapi ia juga adalah lambang budaya masyarakat Melayu yang dia pegang kemas walaupun sudah beribu-ribu batu jauhnya dari tanah tumpah darahnya.
Tuesday, July 14, 2009
Alahai
Saya ni bila masuk bab-bab nak kena sedih dan mandom, saya mesti jarang lepas dengan jayanya. Mesti ada banyak halangannya. Susah betul nak tulis scene sedih-sedih ni. Payah nak menjiwainya!
Tapi, kalau bab-bab auta ke, bab marah ke, bab saspen ke... lajuu aje idea turun. Tapi bila kena masuk bab sedih-sedih, idea mesti sangkut Apasal la agaknya.
Nak kena tuntut ilmu dari si Nazurah Aisyah agaknya ni?
Hmm....

