Followers

Tuesday, August 18, 2009

Selsema

Alhamdulillah buat masa ni, saya masih lagi bebas dari tanda-tanda penyakit selsema. Tak kiralah selsema biasa ataupun Influenza A. Mohon Allah jauhkan dari terkena penyakit berjangkit yang berbahaya ini.

Rasanya sudah berpuluh-puluh mangsa meninggal dunia di Malaysia akibat virus ni, dan yang terbaru saya baca semalam mangsa yang paling muda berumur tujuh bulan. Innalillahi wa inna illahi roji un.

Di sini juga pihak NHS sedang berjaga-jaga kerana pertukaran cuaca yang semakin sejuk sekarang ini akan membawa gelombang virus dan dijangka lebih ramai orang akan mengalami selsema. Samada Influenza A atau pun bukan.

Di sini juga langkah-langkah mengelakkan virus dari merebak ini telah diambil sejak awal. Sekolah-sekolah memang banyak yang sudah ditutup disebabkan ada kes-kes Selsema Babi dan dikhuatiri merebak kepada murid-murid yang lain. Tapi, apa yang berbeza tentang langkah berjaga-jaga di sini, anak-anak memang disuruh kuarentin dan duduk di rumah saja. Dilarang keluar!

Tak macam di Malaysia, apabila sekolah ditutup saja murid-murid atau pelajar-pelajar bebas bergerak ke mana saja yang mereka suka. Langkah prevention apa ini? Malah, lebih merebak, adalah. Bagi mereka sekolah tutup, bermakna masa untuk berpelesiran. Huh!

Lagi satu, jangan terlalu ghairah untuk ke hospital sekiranya hanya ada tanda-tanda selsema seperti batuk atau bersin dan demam panas saja. Ke hospital dengan tergesa-gesa akan lebih meletakkan diri dalam bahaya dan berkemungkinan mendapat virus Influenza A daripada orang yang memang sudah mempunyai virus ini.

Seperkara lagi, ubat tamiflu juga sebenarnya mempunyai kesan sampingan apatah lagi terhadap anak-anak kecil. Ubat tersebut sekiranya tersalah beri akan mengakibatkan anak-anak pening, muntah, sakit perut, cirit birit dan mungkin mengalami mimpi buruk. Tambahan bacaan di sini.

Yang penting, kita jaga kesihatan dan ambil langkah-langkah berjaga-jaga yang sempurna. Tutup sekolah, kolej atau universiti bukan satu alasan untuk berjalan-jalan ke sana-sini. Duduk saja di rumah dan berehat.

2 comments:

marissa said...

betul tu kak. Kat skola sy, kitorg sume free to die. cikgu disiplin sibuklah menjaja mask. kesian tgk dia, belilah... ada pulak cikgu pract baru balik frm new zealand.

masya-allah.

khairyn said...

Jaga kesihatan ye marissa. :)