Followers

Sunday, September 20, 2009


Salam Eidulfitr 1430. Maafkan segala keterlanjuran kata dan perbuatan. Semoga bergembira di hari lebaran.

Glasgow
1 Syawal 1430

Wednesday, September 16, 2009

Kebodohan dari mulut terbuka

Seperti biasa, membaca berita di akhbar online, selalu buatkan perasaan saya bercampur baur. Kalau berita itu berita gembira, saya turut senang hati, bila berita mencuit hati, saya turut terhibur dan bila membaca berita sedih, hati saya turut terusik.
Tapi yang selalu, saya membaca tentang kebodohan manusia-manusia yang diberikan akal fikiran tetapi sebenarnya dangkal.
Kali ini, artikel yang dimuatkan dalam bahagian Dunia buat saya sakit hati. Berkisar tentang aktivis yang menolak hukum rejam (hukum Syariah) yang mahu dikuatkuasakan di Aceh sebagai 'kejam dan hina' atas alasan hukuman itu 'bertentangan dengan asas sekular Indonesia.'
sekadar memetik:
Aktivis hak asasi Indonesia menyifatkan undang-undang yang baru diluluskan di wilayah Aceh membolehkan mereka yang melakukan zina direjam dengan batu hingga mati sebagai 'kejam' dan 'menghinakan'. Undang-undang terbabit yang diluluskan kelmarin di wilayah paling utara di Sumatera itu turut membabitkan hukuman 400 sebatan terhadap mereka yang melakukan kesalahan termasuk rogol, meminum arak, seks homoseksual dan berjudi.
Undang-undang berkenaan menggantikan kod jenayah Indonesia dengan syariah atau undang-undang Islam bagi penduduk Islam. Ia membenarkan hukuman mati penalti terhadap mereka yang berkahwin dan 100 sebatan terhadap mereka yang belum berkahwin dan didapati bersalah dalam kes zina. "Undang-undang
yang diluluskan di Aceh adalah kejam dan menghina manusia," kata Ketua Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hak Asasi Kemanusiaan (Komnas HAM), Ifdhal Kasim.
"Undang-undang itu bertentangan dengan asas sekular Indonesia dan kumpulan hak
asasi terbabit merayu kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk mengkaji
semula perundangan terbabit", kata Kasim.
"Ini akan membawa Aceh kembali kepada masa lalu. Merejam batu seperti Aceh dalam abad ke-14 atau 15," kata Kasim sambil menambah bahawa undang-undang terbabit boleh membawa desakan undang-undang sama pada peringkat kebangsaan.
Bodohnya manusia yang bernama Ifdhal Kasim ini;
  • Berani menolak hukum Allah sedangkan hukuman Allah itulah yang maha adil. Hukum yang adil ini untuk pastikan masyarakat tidak punya masalah sosial yang meruncing.Agaknya dia suka ramai anak-anak luar nikah yang tidak kenal siapa ibu bapanya dan akhirnya kahwin sesama adik beradik, pakcik makcik, haish! Ini belum lagi masalah penyakit seperti STD ataupun yang paling hebat HIV-AIDS.
  • Bila ada hukuman macam ni, orang-orang jahat terpaksa fikir 400 kali sebelum sesuka hati merogol anak-anak dara orang. Agaknya dia suka kalau anak dara dia kena rogol, jadi penagih dadah atau penagih alkohol.
  • Kenapa dia takut hukuman ini akan membawa Aceh ke zaman kurun ke 14 atau 15. Sepatutnya dia berbangga sebab masa tu Aceh berkembang maju hingga bersahabat dengan Empayar Uthmaniyyah di Turki. Marco Polo pun mencatat Aceh dalam buku pengembaraan beliau, begitu juga dengan Ibni Battutah. Pemerintahan Aceh sangat kuat dan rakyat wilayah itu hidup aman damai. Bukankah itu lebih baik?

Monday, September 07, 2009

Takziah



Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mariam Johari yang meninggal dunia malam kelmarin. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui apa yang bermain dalam jiwa Allahyarham.

Ya Allah, ampuni aku.. sesungguhnya aku adalah insan yang sangat-sangat lemah.
Semoga ruhnya mendapat belasMu, semoga Kau lapangkan kuburnya, jauhkan dia dari azab kuburMu, jauhkan dia dari azab siksa api nerakaMu.

Ya Raab, ya Rahman, ya Rahim.