Followers

Friday, March 06, 2009

Terbang di awan biru

Mungkin betul kata Kamal, mungkin selama ini dia yang buta. Wanita yang bernama Sarah Adam itu sebenarnya punya daya penariknya yang tersendiri. Kalau letak dia sebaris dengan wanita-wanita cantik dan anggun mungkin dia tidak setanding. Tapi, pada masa yang sama, perempuan-perempuan lain juga tidak setanding dengan dirinya. Bukan calang-calang wanita malah lelaki yang sanggup mati semata-mata hendak membersihkan nama mereka? Samada wanita itu sungguh berani ataupun sungguh bodoh.

Salim sandarkan kepala lalu pejam mata rapat-rapat. Badannya agak letih tapi otaknya tidak berhenti berfikir. Berani atau bodoh, dia tidak mahu wanita itu mati menjadi mangsa. Apa guna menjadi penegak undang-undang sekiranya dia tidak mampu melindungi wanita yang lemah seperti Sarah.

Salim hela nafas panjang. Bukan, Sarah tak lemah. Mungkin lemah dari segi fizikal tetapi dia kuat semangat. Dia wanita yang panjang akal dan kreatif untuk menyambung hidup, tapi naluri lelakinya begitu kuat, begitu teringin untuk melindungi Sarah. Dia tidak boleh biarkan Sarah melawan seorang diri. Wanita itu takkan termampu melawan seorang diri. Bukankah dia kaum Hawa yang mesti dilindungi oleh kaum Adam yang telah dijadikan Allah lebih kuat kudratnya?

Sarah tunggu ya, abang akan datang membantumu.

Matanya yang terpejam kini terbuka luas.

Abang??

Sunday, March 01, 2009

Kenapa saya tidak boleh belajar di rumah

  1. Sebab jiran yang baru pindah di tingkat atas suka menari waktu tengah malam. Bergegar dan peningkan kepala saja.
  2. Sebab komputer saya ada game Solitaire

Sekian,
terima kasih.