Followers

Saturday, October 31, 2009

membaca

Selama bercuti hari tu, selamatlah habiskan beberapa buku. Terutama buku-buku percuma yang Kak Yah bagi hari tu. Antara buku-buku yang selamat dikhatamkan -

  1. Pelangi - Syud, Hlovate dan Noor Suraya
  2. Kemilau Permata Raudhah - Saidatul Saffaa
  3. Kelab Sarjana: Misteri Rumah Asap di Ladang Sri Taming - Noor Suraya
  4. Rindu Andalusia - Radwa Ashour
  5. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi - Abdul Latip Talib
  6. The Memoirs of Shamsiah Fakeh -From Awas to 10th Regiment
Macamana nak review buku-buku ni semua ye?

Pelangi
Tiga ceritera dalam Pelangi memang menghiburkan dengan cara penulisan penulis yang tersendiri. Ketiga-tiganya punya kekuatan yang tersendiri. Syud dengan heroin yang selamba dan punya hati yang lembut dalam beku, Hlovate juga tetap dengan cara penyampaian yang sempoi dan penuh dengan slanga skateboarder dan Kak Su pula dalam lembut menyampaikan cerita Durrah yang tidak punya 'cita-cita' tetap sinis melancarkan 'roket' nasihatnya.

Saya tak mahu terlebih-lebih review buku ini kerana bagi saya ia adalah satu buku yang penuh interpretasi tersendiri. Dalam Pelangi Syud, saya faham dengan sifat Iman yang tidak pandai mengekspresikan diri. Dia merasa dia bekorban untuk orang lain sedangkan bagi saya dia seorang yang egois. Sifat yang kadang-kadang ada pada diri sendiri. Namun, penghujung Pelangi ini tetap manis.

Untuk Ked's Story juga is cerita yang tersendiri tapi tetap menyerlahkan cara penulisan Hlovate. Kadang-kadang kita boleh mengaggak bagaimana sesuatu ceritera itu akan berakhir hanya kadang-kadang jalan ke penghujung tu dipenuhi oleh liku-liku yang panjang. Ked's Story tetap manis. Cuma saya mungkin sudah agak jauh meninggalkan dunia Ked :)

Untuk Rumah Kecil di Ujung Padang - Yang pasti awalnya saya sakit hati dengan Durrah yang hanyut dalam cinta hingga tidak ada cita-cita hendak meningkatkan diri sendiri. Tapi, perlahan-lahan Durrah bangkit mencari diri dan bertemu dengan keistimewaan tersendiri sehingga boleh bangun berdiri atas kaki sendiri - walaupun sedikit lambat.

Nak suka yang mana satu ye?

Rasanya memang suka ketiga-tiga ceritera dalam Pelangi walaupun rasanya sudah jauh touch base dengan skateboarding huhuhu.

Memang hakikatnya hati wanita itu lembut. Walaupun sesekali hendak berlagak macho macam tak ada rasa apa-apa atau tidak terluka, hakikatnya hati wanita itu minta dibelai, dimanja dan dicintai. Bila sekali terluka, macam-macam perkara boleh dilakukan oleh si empunya hati yang kecewa. (Semoga jangan lupa cinta pada pencipta itu adalah cinta hakiki).

Jawapannya perasaan cinta itu adalah sangat abstrak! Seperti juga kata Ibnu Hasym, seorang pujangga, ulama dan ahli hukum yang terkenal di Andalusia dalam bukunya Thauqul Hamamah (Kalung Merpati)

Cinta itu bagaikan pohon, akarnya menghujam ke tanah dan pucuknya banyak buah
Dalamnya makna sebuah cinta untuk Ibnu Hasym.

3 comments:

DianaTakyuddin said...

sangat suker bku pelangi tu!!!!!
sumer citer best!!!
n smpai da x sbr2 nk bli versus...haha

Noor Suraya said...

Han,
awat cerita Rumah Kelab pun masuk dalam list bacaan *@*^%#@* ya? wah, suka dengan semangat ni.

Tq untuk review yang manis :)

khairyn said...

salam

haruhi
Sangat meminati tulisan hlovate ye? Nanti keluar buku baru dia silalah sambar dengan pantas hahaha

Kak su,
Kami menghabiskan masa kualiti bersama-sama. Disebabkan ada perebutan buku-buku, maka saya cuma sempat baca yang satu itu saja hehehehe. Terkenang cerita-cerita Enid Blyton tau