Dari dulu sampai sekarang aku bukan seorang
yang ekspresif. Emosional ye, tapi bukan ekspresif, kecuali marah atau tak puas
hati hahahaha.
Tapi percayalah walaupun aku tak pandai tunjukkan
apa yang aku rasa tak bermakna aku orang yang tak berperasaan, cuma aku perlu
lebih banyak belajar.
Aku diam bukan bermakna aku marah dengan kau,
tapi kerana aku tak pandai hendak meluahkan perasaan aku. Kalau kau merajuk, dan
aku biarkan, bukan bermakna aku yang sakit hati tapi sebab aku tak pandai
hendak menyusun kata untuk memujuk.
Aku tak minta kau untuk fahami aku tapi
cukuplah bersabar dengan kerenah aku. Maafkan aku kerana tidak pandai bermain ‘permainan’,
aku tak pandai berlakon. Maaf, apa yang kau lihat, itulah aku.
Tapi aku juga seorang wanita, walaupun mungkin ‘tak
berperasaan’ tapi aku masih ada hati dan rasa.
Daripada
“Intan” kepada “Joe”
No comments:
Post a Comment