Followers

Saturday, November 19, 2011

Makan, hujan, payung

Salam

Lately gambar asyik masa duduk kat meja makan aje. A truly Malaysian. Kisah makan tak habis-habis. Tengok kat FB, memang asyik gambar sama ada tengah menguyah, tengah minum, tak buat apa-apa tapi pinggan berlonggok depan mata. Haish.

Tadi makan lagi. Tapi makan cara berhemah. Steamboat. Aku dah belajar tak de piling-piling food dalam pinggan. Aku tak share makanan dengan orang lain. Bukan sombong. Tapi, itulah caranya aku makan dengan berhemah. Pastikan semua yang aku ambil, aku habiskan. Tak mahu membazir. Nabi marah! Huh!

Lagipun, kita sendiri kan yang tahu makanan apa yang kita suka he he he. (Walaupun ada orang kata aku rabbit sebab ambil kangkung. Oh sayur penting untuk aku. rabbit pun rabbitlah. Dia masih sangat comel)

Tengah makan, hujan pula turun dengan lebat. Yes! FYI - I love rain. Be it a drizzle, heavy or thunderstorm. Hujan adalah sangat cantik. Sekian terima kasih.

Dan aku bukanlah orang yang membawa payung ke mana saja dia pergi. Jadi, sama ada aku tunggu hujan berhenti atau aku redah aje. Woah! Teringat hujan di Glasgow. Renyai halus-halus aje. Guruh petir pun jarang nampak. Tapi tadi nampak petir rapat ke bumi.. Wow! Beautiful!

Payung.. hmm... mentang-mentang kat rumah tak ada Astro, harapkan terrestrial TV...kan? Tertengok drama/muvi kat TV3. Payung Emas.

Seriously???

Payung Emas?

First of all, are you sure there will be a golden umbrella waiting for wives kat syurga? Iya ke? Atau ni cuma gula-gula aje nak sedapkan hati perempuan yang di honeykan?

Haish! Bab poligami ni kan sensitip kat perempuan. Sedangkan isteri-isteri Rasulullah S.A.W pun jeles apatah lagi perempuan yang kawin dengan lelaki-lelaki biasa yang akhlaknya laaa jauh panggang dari api berbanding Rasulullah S.A.W

Nooo....

Aku tak menolak keperluan berpoligami. Tapi, daripada aku tengok cerita tu lebih baik aku tengok Alien Vs Predator.. Dah sah-sah cerita tipu hahahaha.

... And now I'm half-watching James Bond tua frolicking with scantily clad women.

Yuck and double yuck!