Followers

Monday, August 31, 2009

Gambar?

Bidang fotografi memang sangat menarik minat saya. Oh! Saya bukan suka bergambar, hanya suka mengambil gambar. Saya suka subjek yang selamba. Alam juga menarik minat saya.

Tapi, bidang fotografi memerlukan dana yang tinggi. Kita perlukan kamera yang bagus dan kamera yang bagus ini harganya sudah pasti beribu-ribu ringgit. Belum lagi termasuk yang lain-lain seperti lensa, flesh, tripod dan kalau suka filter yang pelbagai warna. Itu belum lagi termasuk perisian komputer untuk sesi memanipulasi gambar. Semua memerlukan duit.

Ini kamera saya yang ke 2. Yang paling saya sayang. Yang saya beli tahun 2003. Waktu itu harganya hampir mencecah RM3,000. Fuh! Terketar-ketar waktu keluarkan duit untuk beli kamera digital semi-pro ini. Canon G5.

Huhuhu kualiti gambar ni pun teruk, ambil guna fon kamera.

Canon G5 ni cuma 5 million pixel saja. Sekarang ni kamera digital canggih sudah melebihi 12M pixel. Bagi saya buat masa ini, kamera ini sudah mencukupi dan sering menjadi peneman ke mana saja saya pergi.

Masalahnya sekarang, kamera ini sudah sedikit uzur. Maklumlah sejak dibeli tahun 2003, tidak pernah pun dihantar untuk servis. Nak dihantar, takut harga servisnya mahal huhuhu. Nak cari yang lain tak ada pula yang sama spesifikasi seperti G5 ini. Saya suka G5 ni sebab baterinya jenis rechargable lithium-ion dan yang paling saya suka G5 ada rotating LCD jadi kalau nak ambil gambar atas, contohnya bumbung atau langit, saya tak perlulah baring atau mendongak. Cukup sekadar memulas LCD untuk melihat gambar apa yang saya mahu ambil.

Dan... rotating LCD ini selalu buat orang curious dengan jenis kamera yang saya ada.

Sweet!

4 comments:

Anonymous said...

marissa

[tpaksa menjelma sebagai anon sbb susah sgt nak post comment sebagai marissa. asyk sangkut.]

saya tak curious, saya cuma jealous. gambar yang ditangkap tak share ke kat sini? hulur-hulur la sikit....
no offence kak. n setelah 11 hari kita berpuasa, saya nak ucapkan selamat berpuasa untuk akak n semua yang ada di sebelah.

khairyn said...

Haish! :)

Nak jealous apanya.. kamera buruk. Akak lagi jealous tengok kawan-kawan kat sini guna DSLR yang canggih-canggih
InsyaAllah nanti akak korek gambar yang lama-lama
Selamat berpuasa pada Marissa juga :)

Anonymous said...

Marissa

haha. Well, atleast akak ada satu. Saya langsung takde, even kat laptop nih. Kat fon ada, tapi takde usb. Hidup di kurun ke-21 dan tertinggal 21 kurun ke belakang memang menyusahkan.
:'(

khairyn said...

Marissa
huhuhu... aduhai macam tu la pulak masalahnya ye.. tak pe lah.. kenalah cari usb untuk sambung ke computer kan?
:)