Followers

Monday, August 31, 2009

Gambar?

Bidang fotografi memang sangat menarik minat saya. Oh! Saya bukan suka bergambar, hanya suka mengambil gambar. Saya suka subjek yang selamba. Alam juga menarik minat saya.

Tapi, bidang fotografi memerlukan dana yang tinggi. Kita perlukan kamera yang bagus dan kamera yang bagus ini harganya sudah pasti beribu-ribu ringgit. Belum lagi termasuk yang lain-lain seperti lensa, flesh, tripod dan kalau suka filter yang pelbagai warna. Itu belum lagi termasuk perisian komputer untuk sesi memanipulasi gambar. Semua memerlukan duit.

Ini kamera saya yang ke 2. Yang paling saya sayang. Yang saya beli tahun 2003. Waktu itu harganya hampir mencecah RM3,000. Fuh! Terketar-ketar waktu keluarkan duit untuk beli kamera digital semi-pro ini. Canon G5.

Huhuhu kualiti gambar ni pun teruk, ambil guna fon kamera.

Canon G5 ni cuma 5 million pixel saja. Sekarang ni kamera digital canggih sudah melebihi 12M pixel. Bagi saya buat masa ini, kamera ini sudah mencukupi dan sering menjadi peneman ke mana saja saya pergi.

Masalahnya sekarang, kamera ini sudah sedikit uzur. Maklumlah sejak dibeli tahun 2003, tidak pernah pun dihantar untuk servis. Nak dihantar, takut harga servisnya mahal huhuhu. Nak cari yang lain tak ada pula yang sama spesifikasi seperti G5 ini. Saya suka G5 ni sebab baterinya jenis rechargable lithium-ion dan yang paling saya suka G5 ada rotating LCD jadi kalau nak ambil gambar atas, contohnya bumbung atau langit, saya tak perlulah baring atau mendongak. Cukup sekadar memulas LCD untuk melihat gambar apa yang saya mahu ambil.

Dan... rotating LCD ini selalu buat orang curious dengan jenis kamera yang saya ada.

Sweet!

Thursday, August 27, 2009

Mencari sinar



Semoga ada sinar ilham di balik awan buntu yang sarat....

Saya mohon Allah berikan saya ilham yang berterusan dan hindari saya dari penyakit malas yang suka sangat menempelkan virusnya pada tubuh saya yang lemah ini. Alahai!

Sempatkah saya menghabiskan sebelum deadline?

Selamat melakukan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dengan sempurna di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

Tuesday, August 18, 2009

Selsema

Alhamdulillah buat masa ni, saya masih lagi bebas dari tanda-tanda penyakit selsema. Tak kiralah selsema biasa ataupun Influenza A. Mohon Allah jauhkan dari terkena penyakit berjangkit yang berbahaya ini.

Rasanya sudah berpuluh-puluh mangsa meninggal dunia di Malaysia akibat virus ni, dan yang terbaru saya baca semalam mangsa yang paling muda berumur tujuh bulan. Innalillahi wa inna illahi roji un.

Di sini juga pihak NHS sedang berjaga-jaga kerana pertukaran cuaca yang semakin sejuk sekarang ini akan membawa gelombang virus dan dijangka lebih ramai orang akan mengalami selsema. Samada Influenza A atau pun bukan.

Di sini juga langkah-langkah mengelakkan virus dari merebak ini telah diambil sejak awal. Sekolah-sekolah memang banyak yang sudah ditutup disebabkan ada kes-kes Selsema Babi dan dikhuatiri merebak kepada murid-murid yang lain. Tapi, apa yang berbeza tentang langkah berjaga-jaga di sini, anak-anak memang disuruh kuarentin dan duduk di rumah saja. Dilarang keluar!

Tak macam di Malaysia, apabila sekolah ditutup saja murid-murid atau pelajar-pelajar bebas bergerak ke mana saja yang mereka suka. Langkah prevention apa ini? Malah, lebih merebak, adalah. Bagi mereka sekolah tutup, bermakna masa untuk berpelesiran. Huh!

Lagi satu, jangan terlalu ghairah untuk ke hospital sekiranya hanya ada tanda-tanda selsema seperti batuk atau bersin dan demam panas saja. Ke hospital dengan tergesa-gesa akan lebih meletakkan diri dalam bahaya dan berkemungkinan mendapat virus Influenza A daripada orang yang memang sudah mempunyai virus ini.

Seperkara lagi, ubat tamiflu juga sebenarnya mempunyai kesan sampingan apatah lagi terhadap anak-anak kecil. Ubat tersebut sekiranya tersalah beri akan mengakibatkan anak-anak pening, muntah, sakit perut, cirit birit dan mungkin mengalami mimpi buruk. Tambahan bacaan di sini.

Yang penting, kita jaga kesihatan dan ambil langkah-langkah berjaga-jaga yang sempurna. Tutup sekolah, kolej atau universiti bukan satu alasan untuk berjalan-jalan ke sana-sini. Duduk saja di rumah dan berehat.