Followers

Thursday, October 16, 2008

Bulan raya

Pejam celik pejam celik, kita sudah di pertengahan bulan Syawal. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah tahun ni puasa pun tak banyak dugaan dan raya pun seronok, sahabat pun ramai jadi hilang sikit rindu pada keluarga.

Cuaca tahun ni pun agak baik. Selalunya dalam bulan October, hujan saja tapi minggu ni hujannya tak adalah kerap sangat. Langit pun cerah. Biru. Tak adalah kelabu saja.

Sejak awal pagi tadi sekitar pukul 5am saya sudah buka pintu balkoni. Dalam sejuk 7C, saya berdiri dengan kamera di tangan. Cuba untuk ambil gambar bulan tapi sayang asyik gagal saja nak dapatkan shot yang menarik. Tak selalu kami dapat menikmati keindahan bulan sebab selalu ditabir awan kelabu. Hanya sekitar jam 7am barulah saya dapat rakamkan gambar ini.

Saya puas hati... walaupun sekarang ni hidung sudah mula berair, tekak pun perih. Dan saya asyik bersin saja!

Tuesday, October 07, 2008

Beraya di hujung minggu

Hujung minggu pertama di bulan Syawal ni, aktiviti kami cuma memenuhi undangan rumah terbuka. Untuk hari Sabtu saja kami melawat enam rumah. Huh! Kira raya tahun ni tak sehebat raya di tahun-tahun lepas. Kalau dulu enam rumah tu setakat setengah hari saja, tapi Sabtu lepas seharian suntuk kami berjalan dan memanjat tangga rumah di tiga 'kampung'; Govanhill, Charles Street dan Townhead. Menunya pula sedap-sedap belaka. Nasi dagang, pesembor, mee sup, pulut Asda (sebab warna hijau bukan kuning), nasi himpit kuah kacang, rendang daging, ayam, laksam, mee goreng mamak.. perkh! Macam-macam hidangan sampai tiba saja ke rumah yang ke lima, kami surrender. Takat makan bubur kacang dan jagung saja. Hebat sungguh penangan raya.



Hari Ahadnya pula, kami ke Cumbernauld, memenuhi undangan dan dengan tak malunya menjemput diri sendiri ke kariah di situ pula hehehe. Pukul 10.30am sudah tercangak di bus stop sebab rumah terbuka bermula jam 11am. Kira kalau datang awal, tak adalah berebut-rebut nanti (Macam nak makan banyak hehehe). Tiba saja, makanan baru separuh dihidangkan hahaha. Tapi, siap saja semua terhidang atas meja, kami antara shift pagi yang mula-mula menceduk makanan. Ayam bakar, nasi pelangi, pulut dan kari ayam antara menu hari itu. Kemudian ke rumah ke dua pula. Berlama-lamaan di sini sebab tetamunya hanya kami 'satu pasukan' saja. Tetamu yang tak tahu malu menjemput diri sendiri hehehe. Dapat makan mee hoon sup utara dengan pulut sekaya atau saya panggil seri muka.



Hujung minggu ni ada lagi undangan rumah terbuka. Huh! Makan lagi!