Followers

Wednesday, April 01, 2009

TAM-MAT

Huhuhu... Alhamdulillah. Berkat doa semua, saya berjaya habiskan manuskrip yang hampir dua bulan terbengkalai. Bayangkanlah janji nak hantar pada 01/02/09 tapi akhirnya hanya dapat emelkan pada orang kuat Jemari Seni pada 30/03/09. Rasa macam nak tarik-tarik rambut. (Tapi tak boleh, nanti botaklah pulak kan? hahahaha)
Apa judulnya ek?
Ermm... apa yang boleh saya beritahu di sini, saya mengekalkan tiga perkataan dalam judulnya seperti novel pertama Zahrah de Tigris. Juga seperti Zahrah de Tigris di mana mudah diingat hanya dengan menyebut ZdT, novel yang kedua inipun saya singkatkan kepada DSZ saja. DZS tu singkatan nama apa ye? Ia singkatan untuk Dame Zoete Sarah.
Macamana jalan ceritanya?
Ahah! Saya mencari acuan yang lain sikit dari ZdT tapi kekalkan watak protagonis yang degil dan kuat semangat. Saya suka watak protagonis macam ini kerana saya sering membayangkan pembaca-pembaca novel yang kebanyakannya adalah wanita yang kuat semangat dan tidak tahu erti putus asa. Kalau di ZdT latar cerita di Iraq, kini saya mengambil tempat lain pula sebagai latar cerita untuk DZS. Di mana? Di Malaysialah hahahaha.. dan juga di satu tempat di sebuah benua yang jauh. Ahem!
Watak?
Ada dua watak utama. Mereka bukan diketurunan Pan-Asian (hahaha) juga tidak punya nama tahap dewa dewi. Malah nama mereka nama klasik orang Melayu zaman dulu tapi tetap punya makna yang indah. Sarah adalah nama isteri nabi Ibrahim a.s dan Salim pula bermaksud Selamat dan Terkawal (huhuhu Kak Yah, sekarang boleh terima tak nama Salim tu? hahahaha). Oh! Mungkin akan ada watak-watak lain yang anda memang sudah kenal dalam DZS ni nanti.
Sebenarnya tak mudah cipta watak yang keras kepala macam Cik Sarah ni. Saya terpaksa jadi seperti dia, dan dia ni pula suka buat benda-benda yang memeranjatkan dan tak disangka-sangka. Bila saya ingat dia akan melakukan sesuatu, dia akan pusing dan buat benda lain pula. Walaupun Cik Sarah tak banyak cakap, tapi dia ini sukar diramal, itu kata Encik Salimlah. Dia pun susah nak ramalkan apa tindakan Cik Sarah. Kadang-kadang Encik Salim bengang juga dengan Cik Sarah tapi setiap perbuatan Cik Sarah yang sukar diramal tu buatkan semangat Encik Salim bertambah tinggi. Hei! Diakan lelaki. Mana boleh lelaki kalah pada perempuan kan?
Proses?
Seperti juga ketika proses ZdT, saya perlu banyak membaca untuk menyelesaikan DZS ini. Mungkin berbeza dari bahan, tapi ia tetap memerlukan saya membuat banyak penyelidikan. Pulaknya bahan yang saya cari adalah diluar bidang akademik saya, maka saya terpaksa bertanya kepada kawan-kawan yang lebih arif. Seringlah berlaku interbiu secara spontan antara saya dan rakan-rakan. Tempat interbiu ini pula merata-rata. Kadang-kadang ketika makan-makan di rumah orang, kadang-kadang ketika duduk di taman tapi selalunya orang yang saya interbiu tidak perasan yang mereka sedang ditemubual dan bahasa tubuh mereka sedang saya perhatikan secara serius hahaha. Syy... diam-diam je tau. Tapi kebanyakan info saya dapati dari Cik Google. Terima kasih Cik Google.
Kesimpulan
Lega sangat-sangat lega bila saya dapat menaip perkataan T-A-M-A-T dan langsung menekan butang enter lalu menghantar manuskrip hampir 200 mukasurat (sebelum double spacing dan edit) sebagai attachment kepada dua wanita yang menjadi tunjang JemariSeni. Waktu hendak menghabiskan manuskrip ini, saya cuba elakkan dari berkomunikasi dengan mereka berdua. Malu! Sebab sepatutnya manuskrip ini saya serahkan dua bulan lepas. Tapi, Alhamdulillah, dicelah-celah lapan esei yang saya harus lunaskan, Allah berikan jua masa senggang untuk saya langsaikan janji dan tanggungjawab saya. Tapi erk... ada satu janji yang saya tak tunaikan... hohoho.. saya harap orang itu akan maafkan saya. Tabik hormat cik!
DZS ini agak berbeza dengan ZdT. Kalau ZdT mungkin punya mesej yang agak berat - tentang kemanusiaan dan perang di Iraq - mesej dalam DZS ini lebih merupakan 'perang' kita sebagai individu dan dalam kelompok masyarakat kita sendiri. Ini perang yang berterusan yang mungkin tidak ada penghujungnya kerana 'mereka' selalu mencipta artileri baru dan kita pula terpaksa membina mekanisma pertahanan yang lebih kuat.
Saya enjoy sangat cipta watak Sarah dan Salim sebab bagi saya mereka berdua serius tapi kelakar. Cuma kadang-kadang tu saya rasa macam nak cekik aje si Sarah dan goncang si Salim sambil ketuk kepala mereka.
Apapun saya gembira sebab semuanya sudah selesai dan menunggu mem besar membuat penilaian. Kalau dia kata lampu hijau, maknanya Dame Zoete Sarah akan dicetak dalam masa err... sebulan lebih?