Followers

Saturday, October 31, 2009

membaca

Selama bercuti hari tu, selamatlah habiskan beberapa buku. Terutama buku-buku percuma yang Kak Yah bagi hari tu. Antara buku-buku yang selamat dikhatamkan -

  1. Pelangi - Syud, Hlovate dan Noor Suraya
  2. Kemilau Permata Raudhah - Saidatul Saffaa
  3. Kelab Sarjana: Misteri Rumah Asap di Ladang Sri Taming - Noor Suraya
  4. Rindu Andalusia - Radwa Ashour
  5. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi - Abdul Latip Talib
  6. The Memoirs of Shamsiah Fakeh -From Awas to 10th Regiment
Macamana nak review buku-buku ni semua ye?

Pelangi
Tiga ceritera dalam Pelangi memang menghiburkan dengan cara penulisan penulis yang tersendiri. Ketiga-tiganya punya kekuatan yang tersendiri. Syud dengan heroin yang selamba dan punya hati yang lembut dalam beku, Hlovate juga tetap dengan cara penyampaian yang sempoi dan penuh dengan slanga skateboarder dan Kak Su pula dalam lembut menyampaikan cerita Durrah yang tidak punya 'cita-cita' tetap sinis melancarkan 'roket' nasihatnya.

Saya tak mahu terlebih-lebih review buku ini kerana bagi saya ia adalah satu buku yang penuh interpretasi tersendiri. Dalam Pelangi Syud, saya faham dengan sifat Iman yang tidak pandai mengekspresikan diri. Dia merasa dia bekorban untuk orang lain sedangkan bagi saya dia seorang yang egois. Sifat yang kadang-kadang ada pada diri sendiri. Namun, penghujung Pelangi ini tetap manis.

Untuk Ked's Story juga is cerita yang tersendiri tapi tetap menyerlahkan cara penulisan Hlovate. Kadang-kadang kita boleh mengaggak bagaimana sesuatu ceritera itu akan berakhir hanya kadang-kadang jalan ke penghujung tu dipenuhi oleh liku-liku yang panjang. Ked's Story tetap manis. Cuma saya mungkin sudah agak jauh meninggalkan dunia Ked :)

Untuk Rumah Kecil di Ujung Padang - Yang pasti awalnya saya sakit hati dengan Durrah yang hanyut dalam cinta hingga tidak ada cita-cita hendak meningkatkan diri sendiri. Tapi, perlahan-lahan Durrah bangkit mencari diri dan bertemu dengan keistimewaan tersendiri sehingga boleh bangun berdiri atas kaki sendiri - walaupun sedikit lambat.

Nak suka yang mana satu ye?

Rasanya memang suka ketiga-tiga ceritera dalam Pelangi walaupun rasanya sudah jauh touch base dengan skateboarding huhuhu.

Memang hakikatnya hati wanita itu lembut. Walaupun sesekali hendak berlagak macho macam tak ada rasa apa-apa atau tidak terluka, hakikatnya hati wanita itu minta dibelai, dimanja dan dicintai. Bila sekali terluka, macam-macam perkara boleh dilakukan oleh si empunya hati yang kecewa. (Semoga jangan lupa cinta pada pencipta itu adalah cinta hakiki).

Jawapannya perasaan cinta itu adalah sangat abstrak! Seperti juga kata Ibnu Hasym, seorang pujangga, ulama dan ahli hukum yang terkenal di Andalusia dalam bukunya Thauqul Hamamah (Kalung Merpati)

Cinta itu bagaikan pohon, akarnya menghujam ke tanah dan pucuknya banyak buah
Dalamnya makna sebuah cinta untuk Ibnu Hasym.

Sunday, September 20, 2009


Salam Eidulfitr 1430. Maafkan segala keterlanjuran kata dan perbuatan. Semoga bergembira di hari lebaran.

Glasgow
1 Syawal 1430

Wednesday, September 16, 2009

Kebodohan dari mulut terbuka

Seperti biasa, membaca berita di akhbar online, selalu buatkan perasaan saya bercampur baur. Kalau berita itu berita gembira, saya turut senang hati, bila berita mencuit hati, saya turut terhibur dan bila membaca berita sedih, hati saya turut terusik.
Tapi yang selalu, saya membaca tentang kebodohan manusia-manusia yang diberikan akal fikiran tetapi sebenarnya dangkal.
Kali ini, artikel yang dimuatkan dalam bahagian Dunia buat saya sakit hati. Berkisar tentang aktivis yang menolak hukum rejam (hukum Syariah) yang mahu dikuatkuasakan di Aceh sebagai 'kejam dan hina' atas alasan hukuman itu 'bertentangan dengan asas sekular Indonesia.'
sekadar memetik:
Aktivis hak asasi Indonesia menyifatkan undang-undang yang baru diluluskan di wilayah Aceh membolehkan mereka yang melakukan zina direjam dengan batu hingga mati sebagai 'kejam' dan 'menghinakan'. Undang-undang terbabit yang diluluskan kelmarin di wilayah paling utara di Sumatera itu turut membabitkan hukuman 400 sebatan terhadap mereka yang melakukan kesalahan termasuk rogol, meminum arak, seks homoseksual dan berjudi.
Undang-undang berkenaan menggantikan kod jenayah Indonesia dengan syariah atau undang-undang Islam bagi penduduk Islam. Ia membenarkan hukuman mati penalti terhadap mereka yang berkahwin dan 100 sebatan terhadap mereka yang belum berkahwin dan didapati bersalah dalam kes zina. "Undang-undang
yang diluluskan di Aceh adalah kejam dan menghina manusia," kata Ketua Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hak Asasi Kemanusiaan (Komnas HAM), Ifdhal Kasim.
"Undang-undang itu bertentangan dengan asas sekular Indonesia dan kumpulan hak
asasi terbabit merayu kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk mengkaji
semula perundangan terbabit", kata Kasim.
"Ini akan membawa Aceh kembali kepada masa lalu. Merejam batu seperti Aceh dalam abad ke-14 atau 15," kata Kasim sambil menambah bahawa undang-undang terbabit boleh membawa desakan undang-undang sama pada peringkat kebangsaan.
Bodohnya manusia yang bernama Ifdhal Kasim ini;
  • Berani menolak hukum Allah sedangkan hukuman Allah itulah yang maha adil. Hukum yang adil ini untuk pastikan masyarakat tidak punya masalah sosial yang meruncing.Agaknya dia suka ramai anak-anak luar nikah yang tidak kenal siapa ibu bapanya dan akhirnya kahwin sesama adik beradik, pakcik makcik, haish! Ini belum lagi masalah penyakit seperti STD ataupun yang paling hebat HIV-AIDS.
  • Bila ada hukuman macam ni, orang-orang jahat terpaksa fikir 400 kali sebelum sesuka hati merogol anak-anak dara orang. Agaknya dia suka kalau anak dara dia kena rogol, jadi penagih dadah atau penagih alkohol.
  • Kenapa dia takut hukuman ini akan membawa Aceh ke zaman kurun ke 14 atau 15. Sepatutnya dia berbangga sebab masa tu Aceh berkembang maju hingga bersahabat dengan Empayar Uthmaniyyah di Turki. Marco Polo pun mencatat Aceh dalam buku pengembaraan beliau, begitu juga dengan Ibni Battutah. Pemerintahan Aceh sangat kuat dan rakyat wilayah itu hidup aman damai. Bukankah itu lebih baik?

Monday, September 07, 2009

Takziah



Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mariam Johari yang meninggal dunia malam kelmarin. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui apa yang bermain dalam jiwa Allahyarham.

Ya Allah, ampuni aku.. sesungguhnya aku adalah insan yang sangat-sangat lemah.
Semoga ruhnya mendapat belasMu, semoga Kau lapangkan kuburnya, jauhkan dia dari azab kuburMu, jauhkan dia dari azab siksa api nerakaMu.

Ya Raab, ya Rahman, ya Rahim.


Monday, August 31, 2009

Gambar?

Bidang fotografi memang sangat menarik minat saya. Oh! Saya bukan suka bergambar, hanya suka mengambil gambar. Saya suka subjek yang selamba. Alam juga menarik minat saya.

Tapi, bidang fotografi memerlukan dana yang tinggi. Kita perlukan kamera yang bagus dan kamera yang bagus ini harganya sudah pasti beribu-ribu ringgit. Belum lagi termasuk yang lain-lain seperti lensa, flesh, tripod dan kalau suka filter yang pelbagai warna. Itu belum lagi termasuk perisian komputer untuk sesi memanipulasi gambar. Semua memerlukan duit.

Ini kamera saya yang ke 2. Yang paling saya sayang. Yang saya beli tahun 2003. Waktu itu harganya hampir mencecah RM3,000. Fuh! Terketar-ketar waktu keluarkan duit untuk beli kamera digital semi-pro ini. Canon G5.

Huhuhu kualiti gambar ni pun teruk, ambil guna fon kamera.

Canon G5 ni cuma 5 million pixel saja. Sekarang ni kamera digital canggih sudah melebihi 12M pixel. Bagi saya buat masa ini, kamera ini sudah mencukupi dan sering menjadi peneman ke mana saja saya pergi.

Masalahnya sekarang, kamera ini sudah sedikit uzur. Maklumlah sejak dibeli tahun 2003, tidak pernah pun dihantar untuk servis. Nak dihantar, takut harga servisnya mahal huhuhu. Nak cari yang lain tak ada pula yang sama spesifikasi seperti G5 ini. Saya suka G5 ni sebab baterinya jenis rechargable lithium-ion dan yang paling saya suka G5 ada rotating LCD jadi kalau nak ambil gambar atas, contohnya bumbung atau langit, saya tak perlulah baring atau mendongak. Cukup sekadar memulas LCD untuk melihat gambar apa yang saya mahu ambil.

Dan... rotating LCD ini selalu buat orang curious dengan jenis kamera yang saya ada.

Sweet!

Thursday, August 27, 2009

Mencari sinar



Semoga ada sinar ilham di balik awan buntu yang sarat....

Saya mohon Allah berikan saya ilham yang berterusan dan hindari saya dari penyakit malas yang suka sangat menempelkan virusnya pada tubuh saya yang lemah ini. Alahai!

Sempatkah saya menghabiskan sebelum deadline?

Selamat melakukan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dengan sempurna di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

Tuesday, August 18, 2009

Selsema

Alhamdulillah buat masa ni, saya masih lagi bebas dari tanda-tanda penyakit selsema. Tak kiralah selsema biasa ataupun Influenza A. Mohon Allah jauhkan dari terkena penyakit berjangkit yang berbahaya ini.

Rasanya sudah berpuluh-puluh mangsa meninggal dunia di Malaysia akibat virus ni, dan yang terbaru saya baca semalam mangsa yang paling muda berumur tujuh bulan. Innalillahi wa inna illahi roji un.

Di sini juga pihak NHS sedang berjaga-jaga kerana pertukaran cuaca yang semakin sejuk sekarang ini akan membawa gelombang virus dan dijangka lebih ramai orang akan mengalami selsema. Samada Influenza A atau pun bukan.

Di sini juga langkah-langkah mengelakkan virus dari merebak ini telah diambil sejak awal. Sekolah-sekolah memang banyak yang sudah ditutup disebabkan ada kes-kes Selsema Babi dan dikhuatiri merebak kepada murid-murid yang lain. Tapi, apa yang berbeza tentang langkah berjaga-jaga di sini, anak-anak memang disuruh kuarentin dan duduk di rumah saja. Dilarang keluar!

Tak macam di Malaysia, apabila sekolah ditutup saja murid-murid atau pelajar-pelajar bebas bergerak ke mana saja yang mereka suka. Langkah prevention apa ini? Malah, lebih merebak, adalah. Bagi mereka sekolah tutup, bermakna masa untuk berpelesiran. Huh!

Lagi satu, jangan terlalu ghairah untuk ke hospital sekiranya hanya ada tanda-tanda selsema seperti batuk atau bersin dan demam panas saja. Ke hospital dengan tergesa-gesa akan lebih meletakkan diri dalam bahaya dan berkemungkinan mendapat virus Influenza A daripada orang yang memang sudah mempunyai virus ini.

Seperkara lagi, ubat tamiflu juga sebenarnya mempunyai kesan sampingan apatah lagi terhadap anak-anak kecil. Ubat tersebut sekiranya tersalah beri akan mengakibatkan anak-anak pening, muntah, sakit perut, cirit birit dan mungkin mengalami mimpi buruk. Tambahan bacaan di sini.

Yang penting, kita jaga kesihatan dan ambil langkah-langkah berjaga-jaga yang sempurna. Tutup sekolah, kolej atau universiti bukan satu alasan untuk berjalan-jalan ke sana-sini. Duduk saja di rumah dan berehat.

Friday, July 31, 2009

Grey

Langit kelabu saja. Awannya berkepul-kepul dan anginnya dingin.

Bila kat luar langit mandom macam ni, hati pun jadi sama mandom juga. Tapi, masih juga bermasalah nak menghabiskan manuskrip untuk bab-bab yang mandom ni. Hailah! Entah bila nak habis agaknya.

Nak buat apa agaknya hari ni? Kemas rumah. Semangat dah tanam tapi kemalasan masih lagi melanda. Adoi..

*Sigh* hari ni hari tarakhir 'bercuti', minggu depan dah kena mula kerja balik. Boleh ke nak bangun pagi ni? Dah sebulan bangun tidur jam 9am atau paling awal 7.15am. Nampak gaya lepas ni tak boleh dah tidur lepas subuh.

Rasa mandom lagi.

Semangat! Semangat!!

Friday, July 24, 2009

kecil tapi berbisa

“Senjata apakah itu yang tersisip di pinggangmu. Kecil saja, hanya layak untuk senjata bagi seorang perempuan,” tegur Tariq sambil mengusik.

Shuaib menarik senjata yang masih tersembunyi di dalam warangka yang dibuat dari tanduk kerbau. Walaupun ringkas, sampir yang berbentuk seperti perahu melintang itu tetap berhias salutan perak berukir halus.

Perlahan-lahan dia menarik keluar mata atau pamor keris yang dibuat dari tahi bintang. Tidak seperti mata pedangnya yang bersinar-sinar dipanah matahari, pamor keris itu kelihatan kusam saja. Tapi jangan sekali-kali dipandang rendah akan ketajaman keris berluk gasal ini. Irama luknya tidak terlalu rengkol atau samar, hanya sedang-sedang saja namun mampu merodok perut musuh dan menyembur darah merah lalu mencabut nyawa, dengan izin Allah.

Keris itu bukan keris Mataram yang ditempah dengan sembilan jenis besi dari sembilan tempat yang berbeza dan punya kesaktian luar biasa. Kerisnya itu bukan jua keris yang digunakan oleh panglima terbilang Hang Tuah bernama Taming Sari yang dibuat dari dua puluh jenis besi. Kerisnya itu hanyalah keris yang ditempah oleh ayahandanya menggunakan besi dari tahi bintang dan dihadiahkan sewaktu usianya baru tiga tahun.

Senjata bermata dua itu bukan sekadar alat mempertahankan diri, tetapi ia juga adalah lambang budaya masyarakat Melayu yang dia pegang kemas walaupun sudah beribu-ribu batu jauhnya dari tanah tumpah darahnya.

Tuesday, July 14, 2009

Alahai

Sedang menulis tapi... sangkut lagi

Saya ni bila masuk bab-bab nak kena sedih dan mandom, saya mesti jarang lepas dengan jayanya. Mesti ada banyak halangannya. Susah betul nak tulis scene sedih-sedih ni. Payah nak menjiwainya!

Tapi, kalau bab-bab auta ke, bab marah ke, bab saspen ke... lajuu aje idea turun. Tapi bila kena masuk bab sedih-sedih, idea mesti sangkut Apasal la agaknya.

Nak kena tuntut ilmu dari si Nazurah Aisyah agaknya ni?

Hmm....

Thursday, July 02, 2009

Ilmu

“Kau puas dengan kuliah tadi?” soal Catalina. Mereka sedang duduk-duduk di bawah salah satu pohon rendang yang ditanam di tepi laman dalam bangunan Madrasah. Buku-buku bertaburan di sekeliling mereka.


“Aku suka dengan kata-kata beliau, ‘manusia itu sebenarnya jahil’,” balas Salma. Dia tersenyum kecil mengingatkan kuliah kitab Muqaddimah tadi. “Sebab itu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, semoga Allah merahmati baginda, menggalakkan kita menuntut ilmu walau ke negeri China sekalipun.”


“Dan falsafah tidak dapat menerangkan hal ketuhanan,” balas Catalina pula. Dia turut tersenyum. Baru kini dia benar-benar faham mengapa sahabatnya Salma benar-benar mengkagumi ahli ilmuan Abdurrahman Abu Zayd ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Khaldun Al-Hadrami. Ini kerana buah fikirannya sungguh bernas dan kedepan melangkaui masa dan zamannya.


“Kau ada kuliah lain lagi hari ini, Catalina?”


Catalina menganggukkan kepala. Dia mengangkat buku bertajuk Tahsil al-gharad al-qasid fi tafil al-marad alwafid tulisan Ahmed ibn Ali Ibn Khatimah, seorang tabib dan juga pemuisi terkemuka dari Almeria.


“Kami akan belajar tentang penyakit berjangkit,” katanya lalu mengerutkan hidung. “Kami akan belajar tentang wabak Bubonik yang melanda bumi ini sekitar tahun 749 hingga 755 Hijrah.”


“Wah menarik sungguh tu. Bukankah hampir satu per tiga dari penduduk Eroba mati disebabkan wabak ini?” tanya Salma.


Catalina menarik sebuah buku berjudul Tahqiq an n-naba’ an amr al-waba’ tulisan Mohammed ibn Ali Ash-Saquri pula. Beliau merupakan seorang tabib yang sangat terkenal di Karnattah ini dan anak didik Muhammad ibn Abdullah ibn Said ibn Ali ibn Ahmad al-Salmani yang tersohor.


“Menurut Mohammed ibn Ali Ash-Saquri, wabak ini disebarkan dari seorang ke seorang. Sedangkan dengan hanya memakai al-halak yang pernah dipakai oleh orang lain yang sudah terkena jangkitan ini sahaja, membolehkan wabak ini disebarkan.”


“Kami akan belajar bagaimana seorang warak Ibn Abi Madyan di Salé yang percaya bahawa wabak ini berjangkit, lalu telah menjadikan rumahnya seperti sebuah kubu lantas mengurung keluarganya di dalam. Apabila wabak ini telah terebar di seluruh bandar, tidak ada satu pun ahli keluarganya yang jatuh sakit,” cerita Catalina.


“Begitu juga dengan banduan-banduan di Seville di mana mereka juga telah terselamat dari jangkitan wabak berkenaan. Ada juga berita yang mengatakan kumpulan Badwi yang tinggal di khemah-khemah di padang pasir juga turut terselamat dari wabak ini tetapi ia dikatakan kerana udara di situ terbuka dan luas.” Bertambah semangat Catalina bercerita dengan sahabatnya Salma. Semangatnya hendak menjadi tabib sehebat Abu Ali al-Husain ibn Abdullah ibn Sina.

Monday, June 29, 2009

Mari Berhibur

Tengah sibuk cari bahan, tiba-tiba aje terjumpa ini di youtube. Lawak seh!

Thursday, June 25, 2009

Rosie gembira

Rosie menjerit-jerit kegembiraan dalam telefon semalam. Dia meraikan kegembiraan dengan segelas wine merah.
"How do you celebrate?" dia tanya saya. "You don't get drunk. You don't drink." Satu pernyataan.
"Who says?" saya tanya dia. "I drink Coke, milk and irn bru. Mixed them all together. and you'll get a potent drink."
Rosie ketawa besar. "Oh! I can't believe it! We made it!"
Yep! Saya dan Rosie. Dua pelajar antara beberapa pelajar matang di universiti yang tamat tahun 3 Sarjana Muda. Tidak seperti saya, Rosie berkeputusan untuk menamatkan pengajian dia di tahap ini. Dia bakal menerima ijazahnya dalam bulan 11. Rosie antara penerima Bachelor of Arts in Sociology Saya juga tamat Bachelor of Arts in Journalism and Creative Writing and Sociology tapi saya akan terus ke peringkat kepujian sehingga tahun depan.
Setahun lagi, Rosie akan masuk golongan warga tua di sini dan bakal punya pas bas percuma. Status tetapnya adalah ibu tunggal dan sekarang merupakan seorang nenek yang punya lima cucu. Selalu panik dan sebab itu sangat sesuai berkawan dengan saya yang punya sikap laid back. Kami secocok, sebab bila dia panik dia akan buat saya lebih 'prihatin' dengan tugasan yang selalu saya tinggal-tinggalkan hingga saat-saat akhir. Dia selalu sakit belakang dan kalau makan ubat, dia akan kunyah dua biji pil macam gula-gula. Eek! Pahit!
Dia punya semangat belajar yang tinggi. Dia akan ambil cuti setahun kemudian dia akan sambung pula dalam psychology kanak-kanak. Rosie, seorang nenek yang cool!

Monday, June 15, 2009

Manis

Sudah baca review DZS di gengkicap. Terima kasih Kucc atas review yang err... yang best tu. Hahaha tiba-tiba hati jadi berdebar-debar. Boleh ke nanti aku hasilkan yang lebih baik dari itu? Mampukah buat orang puas hati dengan hasil akan datang? Huhuhu.. harap-harap Allah tak tarik balik nikmat ini. Semoga diberikan terus ilham sambil beramal. Jangan sampai aku membawa orang berkhayal kosong tanpa ilmu.

Semalam, sesi makan-makan lagi. Dapat bekal leher ayam. Hahaha.. Jalil Hamid kata kalau makan leher ayam nanti kepala teleng kalau bersanding. Sebenarnya Jalil Hamid tak bagi makan leher ayam sebab dia nak kaut semuanya hahaha. Sedap bila digoreng dengan tepung. Makan ramai-ramai. Leher ayam sebagai penaik selera sebab makanan utamanya adalah pesembur dan laksa. Pemanis mulut pula kek coklat pisang dan agar-agar (tak jadi) strawberry. Ya Allah! Memang sangat nikmat, apatah lagi menjamu selera dengan kawan-kawan yang kita suka hahaha. Sambil makan, sambil bercerita sambil bergelak ketawa.

Huhuhu... tiba-tiba rasa lapar la pulak. Satu hari suntuk berada di library. Mencari dan terus mencari dan akhirnya berjumpa juga dengan naskah yang dimahukan. Bukan setakat itu saja mencari terus di library-online dan jumpa ini. Sangat-sangat teruja. Hahahaha.. ke mana pula saya nak bawa anda? Tungguu....
Dan tiba-tiba teringin nak makan tapai pulut manis. Hahaha... faham tak? Siapa nak sediakan ni? Lapar....

Tuesday, June 02, 2009

Yess!!!

Huh! Seram dengan gerun menunggu reaksi pembaca untuk DZS ni. Takut ada yang tak boleh terima cerita loq-laq (atau lor-lar bak kata kawan seorang tu) macam ni. Alhamdulillah, lega sangat-sangat bila baca komen-komen positif kaknOOr, notie dan dyea kat shoutbox. Thanks gals for feeding my ego with your kind words muahahahaha!
Memang saya dah janji DZS akan tetap jadi wadah informasi tapi dengan naratif yang sangat santai. Biar dalam separa sedar, dalam sengih-sengih, gelak dan ketawa, kita masih boleh timba ilmu. Err.. dalam DZS saya ada kongsi informasi asal usul bunga tulip di Belanda, tapi bila saya luaskan lagi bacaan baru-baru ini, ada artikel yang mengatakan ada bukti baru yang ditemui, Andalus yang sebenarnya telah 'menyebarkan' benih tulip di Eropah.
Tak apa, nanti saya korek lagi dan mungkin saya akan jumpa artikel-artikel yang lebih menarik yang boleh saya sulamkan dalam novel ke 3 (huhuhu.. yang baru suku aje siapnya). Err... yang ini mungkin tak santai macam DZS ye.
Apa kata saya selang seli? Serius, santai, serius, santai?
Huhuhuhu... kenapa dalam kepala kotak saya ni tiba-tiba aje terfikir pasal 'lelaki berperawakan menarik' tu ye? Kenapa dia jadi macam tu, kan? Hmmm.... saya rasa macam nak interbiu dia nak dapatkan cerita dia pulak. Okey ke? Muahahahahaha!!!!


Friday, May 22, 2009

Ahh...

Exam selesai and I'm on sabbatical for the next three days. Off handphone dan takkan angkat telefon rumah walaupun dia menjerit panjang. YM is disabled. Google messanger is off. No means to reach me and not reaching out. Just me, myself and I spending quality time. Solitaire, Mahjong and TV are going to entertain me. Am not going anyway except from bedroom to kitchen and occassionally to the toilet. Ye ke? Tapi ada plan pulak nak keluar Ahad ni. Jadi ke? Tak tahulah.

For the moment it is a bliss. Am alone in the house. Bed unmade, laundry piles up. Makan? I can just rustle up some stuff. Bakar atau goreng. Tak ada masalah. I am in 2nd heaven (since I live on the second floor not the 7th but still feel like a taman firdausi for me). Buat masa ini kawanku cuma Dina dan Aaron Mauricio. Aku sedang bawa Dina menikmati keindahan Alhambra buat sekian kalinya dan Aaron.. ah Aaron. Dia lelaki yang sudah bertemu apa yang dia cari selama ini. Aku harap Dina pun dapat apa yang dia cari dan lihat keindahan hakiki di sebalik keindahan duniawi.

Ya Tuhan! Betapa enaknya kenikmatan yang aku beri padaku. Semoga aku terus berada di dalam nikmatMu dan keberkatan. Semoga kau curahi aku dengan ilham yang melimpah ruah. Semoga kau beri aku kesihatan tubuh badan dan mental yang kuat. Semoga kau kuatkan semangatku. Semoga jauhkan perasaan keluh kesah dan mengalah dari jiwaku.

Ya Allah ya rabbul alamin. Kau yang lebih tahu dan mengerti. PadaMu aku serahkan segala-galanya. Amin amin ya rabbul al-Amin.

Tuesday, May 19, 2009

Read


top

Malaysia International Book & Education Fair
29 Mei ~ 7 Jun 2009
11 am ~ 10 pm

MIECC, Mines Resort City
www.readmalaysia.m
y

Gerai Jemari Seni: E22

Dapatkan novel-novel Jemari Seni dengan harga diskaun 20-30% di sana Laughing


Saturday, May 16, 2009

Kulit



Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.

Terperangkap di tengah-tengah kemelut pengedaran dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan sindiket malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi lebih menakutkan lagi, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim

* * * *

Genre yang berbeza daripada KHAIRYN OTHMAN kali ini, pasti membuat anda terhibur sekali gus berdebar bagaikan menaiki roda Ferris, melantun di awang-awangan – pucat tanpa boleh berkata-kata.



Tuesday, May 12, 2009

Penatnya...

Sebagai tanda terimakasih atas sokongan semua, saya letakkan dua cerpen, satu dalam bahasa Inggeris dan satu dalam bahasa Melayu untuk sesiapa yang hendak merehatkan minda yang letih (macam saya) di pautan 'Bacaan Percuma' di sebelah :)
Minggu ni memang minggu yang memenatkan. Kerja itu memanglah sudah hari-hari, tarikh nak periksa pun semakin dekat. Buku-buku yang mesti dibaca, thesis orang yang minta disemak, lagi. Masa inilah juga tiba-tiba ilham kreatif mengalir tanpa tersekat-sekat. Masa inilah rasa macam 24 jam yang Allah beri dalam satu hari, seperti tidak cukup.
Mengeluh? Mungkin... Arrrgghhhhhh!!!! Kena berhenti mengeluh. Bukan mengeluh sebab tidak cukup masa, tidak cukup kaki tangan atau jari kurang laju untuk menaip dan menzahirkan setiap kata-kata yang terlintas di minda. Mengeluh sebab tidak pandai untuk membahagikan masa antara kesemua tanggungjawab yang telah diamanahkan. Mungkin ini juga yang dikatakan tamak haloba. Mahu buat semua tapi kudratnya tidak ada. Tapi, macamana hendak katakan tidak boleh pada orang yang meminta tolong?
Arrggggghhhhh..... seorang sahabat kata saya terlalu lembut hati. Nampaksaja brutal tapi hati lembik macam roti dicicah dengan air milo. Mungkin ini satu kelemahan terbesar saya. Sukar untuk berkata 'tidak'. Atau ia satu kelebihan saya? Tiada yang impossible dalam dunia ini. Di mana ada kemahuan insya-Allah di situ ada jalan. Tapi ingat! (Untuk diriku, terutamanya), manusia punya keterbatasan.
Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”
Huhuhuhuhu... kesimpulannya;
Saya Tamak!!!!
Nauzubillah, aku telah menzalimi diri sendiri :
La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87

Wednesday, April 01, 2009

TAM-MAT

Huhuhu... Alhamdulillah. Berkat doa semua, saya berjaya habiskan manuskrip yang hampir dua bulan terbengkalai. Bayangkanlah janji nak hantar pada 01/02/09 tapi akhirnya hanya dapat emelkan pada orang kuat Jemari Seni pada 30/03/09. Rasa macam nak tarik-tarik rambut. (Tapi tak boleh, nanti botaklah pulak kan? hahahaha)
Apa judulnya ek?
Ermm... apa yang boleh saya beritahu di sini, saya mengekalkan tiga perkataan dalam judulnya seperti novel pertama Zahrah de Tigris. Juga seperti Zahrah de Tigris di mana mudah diingat hanya dengan menyebut ZdT, novel yang kedua inipun saya singkatkan kepada DSZ saja. DZS tu singkatan nama apa ye? Ia singkatan untuk Dame Zoete Sarah.
Macamana jalan ceritanya?
Ahah! Saya mencari acuan yang lain sikit dari ZdT tapi kekalkan watak protagonis yang degil dan kuat semangat. Saya suka watak protagonis macam ini kerana saya sering membayangkan pembaca-pembaca novel yang kebanyakannya adalah wanita yang kuat semangat dan tidak tahu erti putus asa. Kalau di ZdT latar cerita di Iraq, kini saya mengambil tempat lain pula sebagai latar cerita untuk DZS. Di mana? Di Malaysialah hahahaha.. dan juga di satu tempat di sebuah benua yang jauh. Ahem!
Watak?
Ada dua watak utama. Mereka bukan diketurunan Pan-Asian (hahaha) juga tidak punya nama tahap dewa dewi. Malah nama mereka nama klasik orang Melayu zaman dulu tapi tetap punya makna yang indah. Sarah adalah nama isteri nabi Ibrahim a.s dan Salim pula bermaksud Selamat dan Terkawal (huhuhu Kak Yah, sekarang boleh terima tak nama Salim tu? hahahaha). Oh! Mungkin akan ada watak-watak lain yang anda memang sudah kenal dalam DZS ni nanti.
Sebenarnya tak mudah cipta watak yang keras kepala macam Cik Sarah ni. Saya terpaksa jadi seperti dia, dan dia ni pula suka buat benda-benda yang memeranjatkan dan tak disangka-sangka. Bila saya ingat dia akan melakukan sesuatu, dia akan pusing dan buat benda lain pula. Walaupun Cik Sarah tak banyak cakap, tapi dia ini sukar diramal, itu kata Encik Salimlah. Dia pun susah nak ramalkan apa tindakan Cik Sarah. Kadang-kadang Encik Salim bengang juga dengan Cik Sarah tapi setiap perbuatan Cik Sarah yang sukar diramal tu buatkan semangat Encik Salim bertambah tinggi. Hei! Diakan lelaki. Mana boleh lelaki kalah pada perempuan kan?
Proses?
Seperti juga ketika proses ZdT, saya perlu banyak membaca untuk menyelesaikan DZS ini. Mungkin berbeza dari bahan, tapi ia tetap memerlukan saya membuat banyak penyelidikan. Pulaknya bahan yang saya cari adalah diluar bidang akademik saya, maka saya terpaksa bertanya kepada kawan-kawan yang lebih arif. Seringlah berlaku interbiu secara spontan antara saya dan rakan-rakan. Tempat interbiu ini pula merata-rata. Kadang-kadang ketika makan-makan di rumah orang, kadang-kadang ketika duduk di taman tapi selalunya orang yang saya interbiu tidak perasan yang mereka sedang ditemubual dan bahasa tubuh mereka sedang saya perhatikan secara serius hahaha. Syy... diam-diam je tau. Tapi kebanyakan info saya dapati dari Cik Google. Terima kasih Cik Google.
Kesimpulan
Lega sangat-sangat lega bila saya dapat menaip perkataan T-A-M-A-T dan langsung menekan butang enter lalu menghantar manuskrip hampir 200 mukasurat (sebelum double spacing dan edit) sebagai attachment kepada dua wanita yang menjadi tunjang JemariSeni. Waktu hendak menghabiskan manuskrip ini, saya cuba elakkan dari berkomunikasi dengan mereka berdua. Malu! Sebab sepatutnya manuskrip ini saya serahkan dua bulan lepas. Tapi, Alhamdulillah, dicelah-celah lapan esei yang saya harus lunaskan, Allah berikan jua masa senggang untuk saya langsaikan janji dan tanggungjawab saya. Tapi erk... ada satu janji yang saya tak tunaikan... hohoho.. saya harap orang itu akan maafkan saya. Tabik hormat cik!
DZS ini agak berbeza dengan ZdT. Kalau ZdT mungkin punya mesej yang agak berat - tentang kemanusiaan dan perang di Iraq - mesej dalam DZS ini lebih merupakan 'perang' kita sebagai individu dan dalam kelompok masyarakat kita sendiri. Ini perang yang berterusan yang mungkin tidak ada penghujungnya kerana 'mereka' selalu mencipta artileri baru dan kita pula terpaksa membina mekanisma pertahanan yang lebih kuat.
Saya enjoy sangat cipta watak Sarah dan Salim sebab bagi saya mereka berdua serius tapi kelakar. Cuma kadang-kadang tu saya rasa macam nak cekik aje si Sarah dan goncang si Salim sambil ketuk kepala mereka.
Apapun saya gembira sebab semuanya sudah selesai dan menunggu mem besar membuat penilaian. Kalau dia kata lampu hijau, maknanya Dame Zoete Sarah akan dicetak dalam masa err... sebulan lebih?