
Glasgow
1 Syawal 1430
Aktivis hak asasi Indonesia menyifatkan undang-undang yang baru diluluskan di wilayah Aceh membolehkan mereka yang melakukan zina direjam dengan batu hingga mati sebagai 'kejam' dan 'menghinakan'. Undang-undang terbabit yang diluluskan kelmarin di wilayah paling utara di Sumatera itu turut membabitkan hukuman 400 sebatan terhadap mereka yang melakukan kesalahan termasuk rogol, meminum arak, seks homoseksual dan berjudi.Undang-undang berkenaan menggantikan kod jenayah Indonesia dengan syariah atau undang-undang Islam bagi penduduk Islam. Ia membenarkan hukuman mati penalti terhadap mereka yang berkahwin dan 100 sebatan terhadap mereka yang belum berkahwin dan didapati bersalah dalam kes zina. "Undang-undang
yang diluluskan di Aceh adalah kejam dan menghina manusia," kata Ketua Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hak Asasi Kemanusiaan (Komnas HAM), Ifdhal Kasim.
"Undang-undang itu bertentangan dengan asas sekular Indonesia dan kumpulan hak
asasi terbabit merayu kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk mengkaji
semula perundangan terbabit", kata Kasim."Ini akan membawa Aceh kembali kepada masa lalu. Merejam batu seperti Aceh dalam abad ke-14 atau 15," kata Kasim sambil menambah bahawa undang-undang terbabit boleh membawa desakan undang-undang sama pada peringkat kebangsaan.

“Kau puas dengan kuliah tadi?” soal Catalina. Mereka sedang duduk-duduk di bawah salah satu pohon rendang yang ditanam di tepi laman dalam bangunan
“Aku suka dengan kata-kata beliau, ‘manusia itu sebenarnya jahil’,” balas Salma. Dia tersenyum kecil mengingatkan kuliah kitab Muqaddimah tadi. “Sebab itu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, semoga Allah merahmati baginda, menggalakkan kita menuntut ilmu walau ke negeri
“Dan falsafah tidak dapat menerangkan hal ketuhanan,” balas Catalina pula. Dia turut tersenyum. Baru kini dia benar-benar faham mengapa sahabatnya Salma benar-benar mengkagumi ahli ilmuan Abdurrahman Abu Zayd ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Khaldun Al-Hadrami. Ini kerana buah fikirannya sungguh bernas dan kedepan melangkaui masa dan zamannya.
“Begitu juga dengan banduan-banduan di Seville di mana mereka juga telah terselamat dari jangkitan wabak berkenaan.

For the moment it is a bliss. Am alone in the house. Bed unmade, laundry piles up. Makan? I can just rustle up some stuff. Bakar atau goreng. Tak ada masalah. I am in 2nd heaven (since I live on the second floor not the 7th but still feel like a taman firdausi for me). Buat masa ini kawanku cuma Dina dan Aaron Mauricio. Aku sedang bawa Dina menikmati keindahan Alhambra buat sekian kalinya dan Aaron.. ah Aaron. Dia lelaki yang sudah bertemu apa yang dia cari selama ini. Aku harap Dina pun dapat apa yang dia cari dan lihat keindahan hakiki di sebalik keindahan duniawi.![]() | |
| Malaysia International Book & Education Fair Gerai Jemari Seni: E22 | |
| Dapatkan novel-novel Jemari Seni dengan harga diskaun 20-30% di sana | |
![]() |

Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.
Terperangkap di tengah-tengah kemelut pengedaran dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.
Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan sindiket malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi lebih menakutkan lagi, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?
Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!
“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim
* * * *
Mungkin betul kata Kamal, mungkin selama ini dia yang buta. Wanita yang bernama Sarah Adam itu sebenarnya punya daya penariknya yang tersendiri. Kalau letak dia sebaris dengan wanita-wanita cantik dan anggun mungkin dia tidak setanding. Tapi, pada masa yang sama, perempuan-perempuan lain juga tidak setanding dengan dirinya. Bukan calang-calang wanita malah lelaki yang sanggup mati semata-mata hendak membersihkan nama mereka? Samada wanita itu sungguh berani ataupun sungguh bodoh.