Followers

Friday, May 22, 2009

Ahh...

Exam selesai and I'm on sabbatical for the next three days. Off handphone dan takkan angkat telefon rumah walaupun dia menjerit panjang. YM is disabled. Google messanger is off. No means to reach me and not reaching out. Just me, myself and I spending quality time. Solitaire, Mahjong and TV are going to entertain me. Am not going anyway except from bedroom to kitchen and occassionally to the toilet. Ye ke? Tapi ada plan pulak nak keluar Ahad ni. Jadi ke? Tak tahulah.

For the moment it is a bliss. Am alone in the house. Bed unmade, laundry piles up. Makan? I can just rustle up some stuff. Bakar atau goreng. Tak ada masalah. I am in 2nd heaven (since I live on the second floor not the 7th but still feel like a taman firdausi for me). Buat masa ini kawanku cuma Dina dan Aaron Mauricio. Aku sedang bawa Dina menikmati keindahan Alhambra buat sekian kalinya dan Aaron.. ah Aaron. Dia lelaki yang sudah bertemu apa yang dia cari selama ini. Aku harap Dina pun dapat apa yang dia cari dan lihat keindahan hakiki di sebalik keindahan duniawi.

Ya Tuhan! Betapa enaknya kenikmatan yang aku beri padaku. Semoga aku terus berada di dalam nikmatMu dan keberkatan. Semoga kau curahi aku dengan ilham yang melimpah ruah. Semoga kau beri aku kesihatan tubuh badan dan mental yang kuat. Semoga kau kuatkan semangatku. Semoga jauhkan perasaan keluh kesah dan mengalah dari jiwaku.

Ya Allah ya rabbul alamin. Kau yang lebih tahu dan mengerti. PadaMu aku serahkan segala-galanya. Amin amin ya rabbul al-Amin.

Tuesday, May 19, 2009

Read


top

Malaysia International Book & Education Fair
29 Mei ~ 7 Jun 2009
11 am ~ 10 pm

MIECC, Mines Resort City
www.readmalaysia.m
y

Gerai Jemari Seni: E22

Dapatkan novel-novel Jemari Seni dengan harga diskaun 20-30% di sana Laughing


Saturday, May 16, 2009

Kulit



Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.

Terperangkap di tengah-tengah kemelut pengedaran dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan sindiket malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi lebih menakutkan lagi, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim

* * * *

Genre yang berbeza daripada KHAIRYN OTHMAN kali ini, pasti membuat anda terhibur sekali gus berdebar bagaikan menaiki roda Ferris, melantun di awang-awangan – pucat tanpa boleh berkata-kata.



Tuesday, May 12, 2009

Penatnya...

Sebagai tanda terimakasih atas sokongan semua, saya letakkan dua cerpen, satu dalam bahasa Inggeris dan satu dalam bahasa Melayu untuk sesiapa yang hendak merehatkan minda yang letih (macam saya) di pautan 'Bacaan Percuma' di sebelah :)
Minggu ni memang minggu yang memenatkan. Kerja itu memanglah sudah hari-hari, tarikh nak periksa pun semakin dekat. Buku-buku yang mesti dibaca, thesis orang yang minta disemak, lagi. Masa inilah juga tiba-tiba ilham kreatif mengalir tanpa tersekat-sekat. Masa inilah rasa macam 24 jam yang Allah beri dalam satu hari, seperti tidak cukup.
Mengeluh? Mungkin... Arrrgghhhhhh!!!! Kena berhenti mengeluh. Bukan mengeluh sebab tidak cukup masa, tidak cukup kaki tangan atau jari kurang laju untuk menaip dan menzahirkan setiap kata-kata yang terlintas di minda. Mengeluh sebab tidak pandai untuk membahagikan masa antara kesemua tanggungjawab yang telah diamanahkan. Mungkin ini juga yang dikatakan tamak haloba. Mahu buat semua tapi kudratnya tidak ada. Tapi, macamana hendak katakan tidak boleh pada orang yang meminta tolong?
Arrggggghhhhh..... seorang sahabat kata saya terlalu lembut hati. Nampaksaja brutal tapi hati lembik macam roti dicicah dengan air milo. Mungkin ini satu kelemahan terbesar saya. Sukar untuk berkata 'tidak'. Atau ia satu kelebihan saya? Tiada yang impossible dalam dunia ini. Di mana ada kemahuan insya-Allah di situ ada jalan. Tapi ingat! (Untuk diriku, terutamanya), manusia punya keterbatasan.
Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”
Huhuhuhuhu... kesimpulannya;
Saya Tamak!!!!
Nauzubillah, aku telah menzalimi diri sendiri :
La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87

Wednesday, April 01, 2009

TAM-MAT

Huhuhu... Alhamdulillah. Berkat doa semua, saya berjaya habiskan manuskrip yang hampir dua bulan terbengkalai. Bayangkanlah janji nak hantar pada 01/02/09 tapi akhirnya hanya dapat emelkan pada orang kuat Jemari Seni pada 30/03/09. Rasa macam nak tarik-tarik rambut. (Tapi tak boleh, nanti botaklah pulak kan? hahahaha)
Apa judulnya ek?
Ermm... apa yang boleh saya beritahu di sini, saya mengekalkan tiga perkataan dalam judulnya seperti novel pertama Zahrah de Tigris. Juga seperti Zahrah de Tigris di mana mudah diingat hanya dengan menyebut ZdT, novel yang kedua inipun saya singkatkan kepada DSZ saja. DZS tu singkatan nama apa ye? Ia singkatan untuk Dame Zoete Sarah.
Macamana jalan ceritanya?
Ahah! Saya mencari acuan yang lain sikit dari ZdT tapi kekalkan watak protagonis yang degil dan kuat semangat. Saya suka watak protagonis macam ini kerana saya sering membayangkan pembaca-pembaca novel yang kebanyakannya adalah wanita yang kuat semangat dan tidak tahu erti putus asa. Kalau di ZdT latar cerita di Iraq, kini saya mengambil tempat lain pula sebagai latar cerita untuk DZS. Di mana? Di Malaysialah hahahaha.. dan juga di satu tempat di sebuah benua yang jauh. Ahem!
Watak?
Ada dua watak utama. Mereka bukan diketurunan Pan-Asian (hahaha) juga tidak punya nama tahap dewa dewi. Malah nama mereka nama klasik orang Melayu zaman dulu tapi tetap punya makna yang indah. Sarah adalah nama isteri nabi Ibrahim a.s dan Salim pula bermaksud Selamat dan Terkawal (huhuhu Kak Yah, sekarang boleh terima tak nama Salim tu? hahahaha). Oh! Mungkin akan ada watak-watak lain yang anda memang sudah kenal dalam DZS ni nanti.
Sebenarnya tak mudah cipta watak yang keras kepala macam Cik Sarah ni. Saya terpaksa jadi seperti dia, dan dia ni pula suka buat benda-benda yang memeranjatkan dan tak disangka-sangka. Bila saya ingat dia akan melakukan sesuatu, dia akan pusing dan buat benda lain pula. Walaupun Cik Sarah tak banyak cakap, tapi dia ini sukar diramal, itu kata Encik Salimlah. Dia pun susah nak ramalkan apa tindakan Cik Sarah. Kadang-kadang Encik Salim bengang juga dengan Cik Sarah tapi setiap perbuatan Cik Sarah yang sukar diramal tu buatkan semangat Encik Salim bertambah tinggi. Hei! Diakan lelaki. Mana boleh lelaki kalah pada perempuan kan?
Proses?
Seperti juga ketika proses ZdT, saya perlu banyak membaca untuk menyelesaikan DZS ini. Mungkin berbeza dari bahan, tapi ia tetap memerlukan saya membuat banyak penyelidikan. Pulaknya bahan yang saya cari adalah diluar bidang akademik saya, maka saya terpaksa bertanya kepada kawan-kawan yang lebih arif. Seringlah berlaku interbiu secara spontan antara saya dan rakan-rakan. Tempat interbiu ini pula merata-rata. Kadang-kadang ketika makan-makan di rumah orang, kadang-kadang ketika duduk di taman tapi selalunya orang yang saya interbiu tidak perasan yang mereka sedang ditemubual dan bahasa tubuh mereka sedang saya perhatikan secara serius hahaha. Syy... diam-diam je tau. Tapi kebanyakan info saya dapati dari Cik Google. Terima kasih Cik Google.
Kesimpulan
Lega sangat-sangat lega bila saya dapat menaip perkataan T-A-M-A-T dan langsung menekan butang enter lalu menghantar manuskrip hampir 200 mukasurat (sebelum double spacing dan edit) sebagai attachment kepada dua wanita yang menjadi tunjang JemariSeni. Waktu hendak menghabiskan manuskrip ini, saya cuba elakkan dari berkomunikasi dengan mereka berdua. Malu! Sebab sepatutnya manuskrip ini saya serahkan dua bulan lepas. Tapi, Alhamdulillah, dicelah-celah lapan esei yang saya harus lunaskan, Allah berikan jua masa senggang untuk saya langsaikan janji dan tanggungjawab saya. Tapi erk... ada satu janji yang saya tak tunaikan... hohoho.. saya harap orang itu akan maafkan saya. Tabik hormat cik!
DZS ini agak berbeza dengan ZdT. Kalau ZdT mungkin punya mesej yang agak berat - tentang kemanusiaan dan perang di Iraq - mesej dalam DZS ini lebih merupakan 'perang' kita sebagai individu dan dalam kelompok masyarakat kita sendiri. Ini perang yang berterusan yang mungkin tidak ada penghujungnya kerana 'mereka' selalu mencipta artileri baru dan kita pula terpaksa membina mekanisma pertahanan yang lebih kuat.
Saya enjoy sangat cipta watak Sarah dan Salim sebab bagi saya mereka berdua serius tapi kelakar. Cuma kadang-kadang tu saya rasa macam nak cekik aje si Sarah dan goncang si Salim sambil ketuk kepala mereka.
Apapun saya gembira sebab semuanya sudah selesai dan menunggu mem besar membuat penilaian. Kalau dia kata lampu hijau, maknanya Dame Zoete Sarah akan dicetak dalam masa err... sebulan lebih?

Friday, March 06, 2009

Terbang di awan biru

Mungkin betul kata Kamal, mungkin selama ini dia yang buta. Wanita yang bernama Sarah Adam itu sebenarnya punya daya penariknya yang tersendiri. Kalau letak dia sebaris dengan wanita-wanita cantik dan anggun mungkin dia tidak setanding. Tapi, pada masa yang sama, perempuan-perempuan lain juga tidak setanding dengan dirinya. Bukan calang-calang wanita malah lelaki yang sanggup mati semata-mata hendak membersihkan nama mereka? Samada wanita itu sungguh berani ataupun sungguh bodoh.

Salim sandarkan kepala lalu pejam mata rapat-rapat. Badannya agak letih tapi otaknya tidak berhenti berfikir. Berani atau bodoh, dia tidak mahu wanita itu mati menjadi mangsa. Apa guna menjadi penegak undang-undang sekiranya dia tidak mampu melindungi wanita yang lemah seperti Sarah.

Salim hela nafas panjang. Bukan, Sarah tak lemah. Mungkin lemah dari segi fizikal tetapi dia kuat semangat. Dia wanita yang panjang akal dan kreatif untuk menyambung hidup, tapi naluri lelakinya begitu kuat, begitu teringin untuk melindungi Sarah. Dia tidak boleh biarkan Sarah melawan seorang diri. Wanita itu takkan termampu melawan seorang diri. Bukankah dia kaum Hawa yang mesti dilindungi oleh kaum Adam yang telah dijadikan Allah lebih kuat kudratnya?

Sarah tunggu ya, abang akan datang membantumu.

Matanya yang terpejam kini terbuka luas.

Abang??

Sunday, March 01, 2009

Kenapa saya tidak boleh belajar di rumah

  1. Sebab jiran yang baru pindah di tingkat atas suka menari waktu tengah malam. Bergegar dan peningkan kepala saja.
  2. Sebab komputer saya ada game Solitaire

Sekian,
terima kasih.

Friday, February 27, 2009

Gatal

Orang tua-tua kata kalau gatal di tapak tangan kanan katanya akan terima rezeki durian runtuh.

Sudah hampir seminggu tangan kanan saya gatal-gatal. Tapi bukan hendak terima 'durian runtuh' tapi saya kena eczema di pangkal jari hantu. Sikit saja, tapi gatalnya huhuhuhu. Nasib baik ada impot krim dari Malaysia raised eyebrows

Wednesday, January 21, 2009

pemberitahuan

Ayahanda saya telah pulang ke rahmatullah pada pagi 8.45am Selasa 20 Januari 2009 bersamaan 23 Muharram 1430.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sunday, January 18, 2009

Doakan

Saya bakal menduduki peperiksaan hari Selasa ini.

Mohon doakan juga kesejahteraan ayah saya yang sedang dirawat di Cardiac Care Unit kerana diserang sakit jantung dengan tiba-tiba. Semoga Allah sembuhkan penyakit beliau dengan segera.

Thursday, November 27, 2008

Tugasan anda

Sedutan untuk novel akan akan datang (Mungkin sekitar 2009)
Rumah kongsi yang selesa disediakan untuk mereka. Walaupun hanya terdiri dari kontena-kontena besi yang ditukar seperti asrama sekolah, keadaan mereka tidak bersempit-sempit macam setin ikan sardin. Surau untuk mereka beribadat dan dewan kecil untuk berkumpul juga disediakan. Begitu juga dengan tandas dan tempat mandi yang tertutup turut disediakan. Tidaklah mereka mandi terdedah begitu sehingga menyebabkan penduduk tempatan terutama kaum wanita yang lalu lalang di kawasan menjerit terperanjat atau ketakutan melihat lelaki-lelaki perkasa Indo sedang membasahi tubuh dengan hanya celana kecil warna warni menutupi “kelakian” mereka.
Bincangkan.

Tuesday, November 18, 2008

Where was I?

I was in Palestine.
Watching small children walking four miles to go to school. The sky was gloomy and the temperature was chilling. Their threadbare jumpers were thin and their trousers were too big for them that they to wear belt to keep them from falling to their feet. Their shoes were ripped almost to the sole. They were running, crossing the street where tankers guns were pointing at them. The one with blue trousers almost trip and fell but his friend pulled his hand. They made it to the other side. All four of them.

One of them showed me their bag, it's empty except for a tattered book and short blunt pencil. His friend showed me his, and I saw the same tattered book and another short blunt pencil. Did all of them bought the books and pencils at the same shop, I wondered. They looked at me and I was mesmerized. Those grubby faces were smiling. Those aging eyes were looking at me innocently.

I heard a screeching sound. I turned. It was a tanker. Its rolling wheels were slowly gaining speed. Towards us. The occupational army were closing in. I looked back at the children. "Where are you going?" I asked.

"To school." They yelled and ran.

They clambered into a tiny hole in the wall, pushed the sharp barb wires with their tiny hands and disappeared.

I pulled my Regatta jacket close to me. I bought it at T,J Hugh Argyle Street in Glasgow for £20. The label said that it would protect me from the elements; wind, rain and snow. But, why do I still feel the chills?

I plodded further. This time I saw a group of university students queuing at check point. They were looking anxious. I asked one of them what were they waiting for. They said they were waiting for clearance to pass through. They need to go to the university because today is their final exam. They had spent almost ten years studying their degree and today exam will determine whether they will graduate or not. Looking at them, I wouldn't have guessed that they were university students. They looked more like labourers who had finished a backbreaking jobs. "No, no," they said. "We had to travel miles just to go to university and study. Even worse we have very limited courses in our universities. There are no professors to teach us. We lacked of equipment and books. Yes! We don't have enough books in our library and we are not allowed to use any books from other libraries".

"Please let us pass! We have final exam today." Someone yelled.

"Only five people can pass through!" A soldier yelled back. He is young. No older than the group of university students. "You!" He pointed at the student who spoke to me.

"I suspect you carry weapons. We are going to strip search you."

Three soldiers. Young boys who maybe had just finished high school started manhandling the student. He looked at them with eyes full of fear. "What have I done?" he asked. "I am a student. I don't carry weapons. I carry only books."

Despite his pleas and reasoning, he was strip searched. Down to his underwear. It was very undignified. To be stripped down at check point, in public. In front of everyone. In front of girls. Especially when the girl he secretly admired was there, watching. It was embarassing. He tried to protest. His sudden movement shocked the inexperience soldier. I heard a loud bang. He stopped moving.

I saw blood flowing onto the tarmac. Red and thick. The soldiers moved away, leaving the body of the student clad only in his white underwear lying face down on the tarmac. Stripped from his clothes, stripped from his dignity.



Jibreel said: ‘Iqra!’ @ read. The Holy Prophet replied: “I do not know how to read”. The angel repeated the same words and the Holy Prophet repeated his answer. And so it happened three times. The fourth time the angel said: Iqra bismi rabbi-ka alladhi khalaq, i.e. read in the name of your Lord who created (the Holy Quran, 95:1).

The Prophet (saw) said: "Seeking knowledge is an obligation upon every Muslim."
"They may have taken our lands but the real land to us is more than dirt and ground. It is inside us and they will never take that away from us." A palestinian.

Note : This is a work of fiction based on the talk I attended at Debate Chambers in Strathclyde Union this afternoon. The talk was organised by Stop the War Coalition. There were three speakers and all of them are university students. One is studying here while the two are from Hebron University and Birzeit University in Palestine.

nota : Adik-adik, janganlah malas pergi sekolah. Jangan malas belajar. Kita tidak ada kekangan yang halang kita belajar. Sahabat kita di Palestine terpaksa berjalan kaki berbatu-batu, menempuh halangan pagar batu pihak zionis semata-mata hendak menuntut ilmu. Tinggalkan ibu bapa dan keluarga demi pelajaran. Belajar dalam keadaan serba dhaif tanpa buku yang sempurna, semuanya demi pelajaran dan ilmu. Ikut pesan Rasulullah saw, menuntut ilmu itu adalah wajib pada setiap umat Islam. Jika sudah jatuh hukum wajib menuntut ilmu, berdosalah kita sekiranya kita berpeluk tubuh, tidak berbuat apa-apa, tidak menyumbang sedikit pun untuk membantu mereka.

Thursday, October 16, 2008

Bulan raya

Pejam celik pejam celik, kita sudah di pertengahan bulan Syawal. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah tahun ni puasa pun tak banyak dugaan dan raya pun seronok, sahabat pun ramai jadi hilang sikit rindu pada keluarga.

Cuaca tahun ni pun agak baik. Selalunya dalam bulan October, hujan saja tapi minggu ni hujannya tak adalah kerap sangat. Langit pun cerah. Biru. Tak adalah kelabu saja.

Sejak awal pagi tadi sekitar pukul 5am saya sudah buka pintu balkoni. Dalam sejuk 7C, saya berdiri dengan kamera di tangan. Cuba untuk ambil gambar bulan tapi sayang asyik gagal saja nak dapatkan shot yang menarik. Tak selalu kami dapat menikmati keindahan bulan sebab selalu ditabir awan kelabu. Hanya sekitar jam 7am barulah saya dapat rakamkan gambar ini.

Saya puas hati... walaupun sekarang ni hidung sudah mula berair, tekak pun perih. Dan saya asyik bersin saja!

Tuesday, October 07, 2008

Beraya di hujung minggu

Hujung minggu pertama di bulan Syawal ni, aktiviti kami cuma memenuhi undangan rumah terbuka. Untuk hari Sabtu saja kami melawat enam rumah. Huh! Kira raya tahun ni tak sehebat raya di tahun-tahun lepas. Kalau dulu enam rumah tu setakat setengah hari saja, tapi Sabtu lepas seharian suntuk kami berjalan dan memanjat tangga rumah di tiga 'kampung'; Govanhill, Charles Street dan Townhead. Menunya pula sedap-sedap belaka. Nasi dagang, pesembor, mee sup, pulut Asda (sebab warna hijau bukan kuning), nasi himpit kuah kacang, rendang daging, ayam, laksam, mee goreng mamak.. perkh! Macam-macam hidangan sampai tiba saja ke rumah yang ke lima, kami surrender. Takat makan bubur kacang dan jagung saja. Hebat sungguh penangan raya.



Hari Ahadnya pula, kami ke Cumbernauld, memenuhi undangan dan dengan tak malunya menjemput diri sendiri ke kariah di situ pula hehehe. Pukul 10.30am sudah tercangak di bus stop sebab rumah terbuka bermula jam 11am. Kira kalau datang awal, tak adalah berebut-rebut nanti (Macam nak makan banyak hehehe). Tiba saja, makanan baru separuh dihidangkan hahaha. Tapi, siap saja semua terhidang atas meja, kami antara shift pagi yang mula-mula menceduk makanan. Ayam bakar, nasi pelangi, pulut dan kari ayam antara menu hari itu. Kemudian ke rumah ke dua pula. Berlama-lamaan di sini sebab tetamunya hanya kami 'satu pasukan' saja. Tetamu yang tak tahu malu menjemput diri sendiri hehehe. Dapat makan mee hoon sup utara dengan pulut sekaya atau saya panggil seri muka.



Hujung minggu ni ada lagi undangan rumah terbuka. Huh! Makan lagi!

Friday, September 26, 2008

Friday, September 05, 2008

Ya Allah

Semoga rohnya Allahyarham Wartawan Negara Samad Ismail dicucuri rahmatMu.

Saya tidak kenal beliau secara peribadi tapi saya mengaggumi perjuangan beliau dalam menanamkan semangat nasionalisme melalui media persuratkhabaran ketika Tanah Malaya dalam penjajahan Inggeris taklukan Jepun.

Kelantangan 'suara' allahyarham tetap berterusan dalam mengkritik apa yang allahyarham rasa tidak benar di dalam sistem pemerintahan negara Malaysia.

Saya sangat menghormati perjuangan allahyarham dan mengenali warisnya Nuraina Samad, saya yakin allahyarham adalah lelaki yang hebat.

Al-Fatihah.

Thursday, June 12, 2008

Berchenta dengan Enchek Ilham

Sambung lagi...

Rod, matimu itu memang menyusahkan aku! Tapi demi Allah, selagi nyawa dikandung badan, selagi aku punya kudrat, akan aku cari ‘hasil’ usahamu itu Rod. Selagi belum ajal aku tidak mahu mati, kerana sekiranya aku mati sebelum tercapai matlamatku, itu bermakna matiku akan ‘memusnahkan’ anak bangsaku. Kalau aku mati, aku akan pastikan formula kau turut mati bersamaku. Kau memang sus scrofa domestica, Rod!

Harap-harap Enchek Ilham bermurah hati lagi ye..

Tuesday, May 20, 2008

imaginasi

Bagaimana hendak menghasilkan sesebuah karya?

Bagi saya, menghasilkan sesebuah karya perlu seimbang antara fakta dan imaginasi. Tapi untuk perkarya sains fiksyen, daya imaginasi perlu melangkau fakta semasa. Namun, fakta itu tetap perlu dalam sesebuah karya untuk melahirkan satu rasa 'realiti' pada pembaca supaya pembaca dapat 'relate' dengan bacaan mereka. Dengan itu kita dapat 'hook' pembaca supaya membaca hingga noktah yang terakhir.

Banyakkan bahan bacaan, bukan saja karya fiksyen penulis-penulis lain tapi, yang penting juga kita perlu peka dengan berita semasa. Lebih menarik lagi sekiranya kita dapat sulami imaginasi kita dalam 'setting' realiti seperti banyak karya penulis berbahasa Inggeris. Salah satu contoh fiksyen yang bersulam dengan realiti yang dianyam dengan begitu menarik sekali adalah buku karya Dan Brown - The DaVinci Code. Penceritaan dibuat dengan teliti sehingga pembaca biasa payah untuk memisahkan mana fakta dan mana fiksyen.

Bagaimana hendak berimaginasi?

Biasanya saya mulakan imaginasi saya dengan bertanya pada diri - 'Bagaimana kalau?' Dari situ saya biarkan imaginasi saya berkembang tanpa sekatan. Dan apabila saya sudah mula mencipta karektor sama ada protagonis atau antagonis dan mencipta watak mereka, saya akan biarkan 'mereka' yang menentukan jalan mana yang harus diteruskan. Memang seronok melihat 'mereka' menyelesaikan masalah mereka. Kadang-kadang rasa hendak tarik rambut juga dengan kerenah 'mereka'. Tapi apabila semuanya sudah selesai, saya puas hati.

Tapi yang paling penting.

Bagi saya kita sentiasa belajar. Saya cuba tanamkan sifah mahmudah dalam hati. Kita tak tahu semua perkara jadi perlu kita sentiasa belajar perkara baru. Lagi satu, apabila karya kita sudah dinilai, menjalani proses mengedit dan cetakan, saya harus terima setiap komen dari para pembaca sebagai pengkritik utama yang sudah meluangkan masa membaca karya saya. Ada komen yang membina dan ada komen yang mungkin mencalar perasaan kita. Tapi itu saya anggap sebagai asam garam dalam kehidupan kita sehari-hari. Ada orang suka dan ada orang tak suka. Saya senang dengan komen yang membina, memberitahu saya apa yang mereka suka pada sesebuah karya itu dan apa yang mereka tidak suka. Jika komen itu tidak membina atau mempunyai unsur-unsur mahu menjatuhkan seseorang penulis itu, bagi saya, abaikan saja. Tak perlu simpan dalam hati.

Untuk penulis semua, selamat berkarya dan untuk bakal penulis, teruskan usaha menulis dan hantarlah karya anda pada mana-mana penerbit yang anda rasa baik untuk penilaian.

Semoga berjaya.

Saturday, May 17, 2008

Beku!!!

Sambung lagi...


“Aku selamatlah, Fik. Barang-barang aku pun selamat. Buat apa nak tambahkan kerja aku dan kerja polis kat balai tu. Entah-entah mereka pun bersyukur aku tak buat laporan.”

“Tak elok kau cakap macam tu. Sudah memang kerja mereka menyelamat dan melindungi orang ramai macam kita. Setiap kejadian curi atau jenayah macam ini perlu dilapor dan ini lebih memudahkan kerja mereka menjejaki penjenayah tersebut.”

Sarah angkat tangan dan letak tiga jari di dahi. “Baik tuan!” Dia berseloroh.

Fikri tersengih. Ini yang dia malas hendak bertekak dengan Sarah. Kadang-kadang dia terfikir macamanalah sahabatnya ini boleh tercampak ke dalam bidang kewartawanan kerana sikap Sarah yang kadang-kadang kebudak-budakan, tidak serius dan suka ambil mudah perkara-perkara dalam hidup membuatkan Fikri sering juga tertanya-tanya tentang kebolehan Sarah dalam bidang yang diceburinya sekarang. Tapi mungkin Sarah jenis yang ambil mudah akan perkara-perkara peribadi, tetapi dalam soal kerja dia sebenarnya sangat serius. Entahlah, Fikri pun masih dalam proses untuk mengenali peribadi Sarah dengan lebih intim.

“Pukul berapa kau akan bertolak ke KL, Fik?” Soalan berubah arah.

“Lepas jumpa kau ni, aku siap-siaplah nak pergi. Flight aku dalam pukul 10.45 pagi. Biasalah nak kena check-in dua jam sebelum.”

“Berapa lama kau kat UK tu?” Soal Sarah lagi. Cemburu juga dia dengan Fikri. Lepas habis sekolah menengah, terus ke universiti untuk degree, kemudian bila sudah bosan bekerja makan gaji, terus saja meneruskan pengajian di peringkat masters dan kini dalam usia 27 tahun sudah pula melangkah untuk meneruskan pengajian tertinggi dalam bidang akademik – PhD dan apabila pulang nanti pasti dia akan dapat gelaran Dr di awalan namanya; Dr Fikri Abdul Samad. Wah! Gerun juga dia memikirkannya. Sebenarnya teringin juga dia menuruti jejak langkah Fikri, tapi apakan daya dia tidak berkemampuan, bukan saja dari segi kewangan tetapi juga otaknya yang mungkin sudah berkarat untuk menghadap buku-buku ilmiah. Keputusan SPMnya dulupun nyaris-nyaris mendapat pangkat ‘Sarjan’. Lega juga dia dapat mendapat kerja sebagai wartawan, kalau tidak.. entahlah.

Monday, May 05, 2008

picisan akan datang....

Sarah masih berdiri di koridor menantikan si Yati. Akhirnya orang yang ditunggu-tunggu tiba sambil tersengih-sengih memandang Sarah. “Sorry sebab buat kau tunggu lama.”

“Nasib baik aku ni kawan kau, kalau boyfriend kau, dah kena tinggal agaknya,” ujar Sarah melawak. Mereka berjalan beriringan di koridor yang seperti koridor bangunan sekolah lagaknya.

Alaa… Sarah, kau bukak topik sensitif la pulak,” rungut Yati.

“Sensitif apa pulak ni? Topik kahwin? Hah! Carilah boyfriend cepat-cepat. Lepas tu ajak kahwin,” usik Sarah lagi. Dia tersengih memandang wajah sahabatnya yang tiba-tiba mendung.

“Aku ni tak lawalah Sarah. Tak ada siapa yang nak.”

“Laa… ke situlah pulak. Kau ingat asal lawa jer senang nak dapat boyfriend? Sekarang ni orang dah moden la Yati. Laki muda dari isteri pun orang dah tak kisah dah sekarang ni,” pujuk Sarah sambil melawak.

“Tapi orang lelaki Malaysia ni masih lagi macam dulu. Diaorang pandang kecantikan seorang wanita tu,” kata Yati lagi. Dia mengeluh. “Kalau dalam cerita Jepun tu, tak lawa tak lawa pun nanti ada lelaki ke dua yang minat kat heroin. Masa tu barulah hero terhegeh-hegeh nakkan heroin balik, barulah rasa dulu dia sia-siakan heroin. Tapi, macam aku ni, bukan takat tak dapat kejar hero, tak ada hero ke dua pun yang nakkan aku.”

“Kau ni Yati, banyak sangat tengok cerita Korea dengan Jepun. Itukan cuma cerita aje, mainan pengarah dengan penulis skrip.”

“Alah, cerita pun banyak yang diaorang ceduk dari reality. Hmm… macamana ni Sarah? Umur dah meningkat tapi satu boyfriend pun aku tak ada nak bawak balik jumpa mak bapak aku.”

Sarah tersengih. “Ada lah tu jodoh kau, usahalah dari sekarang.”

“Tak ada siapa nakkan aku Sarah.” Sedih saja suara Yati mengadu nasib kepada Sarah.

“Alah, sedangkan artis pun kawin bercerai berai…”

“Lagilah aku sedih, tu artis yang sentiasa melawa, aku ni? Dah lah harta tak ada, tak glamer, rupa pun tak ada,” pintas Yati cepat.

“Tu hidung, mata, mulut tu bukan rupa ke? Bayangkan lah hodohnya muka kau kalau tak ada pacaindera tu,” ujar Sarah, mengusik lagi.

“Eh! Betul jugak kata kau tu ya?” Yati ketawa gelihati.

Tiba-tiba ketawa Yati terhenti. Matanya bulat memandang Sarah.

“Hah! Apa pasal pulak ni?”

“Aku tertinggal pita rakaman dalam bilik air!”

***

Dalam banyak-banyak bilik air di bangunan Ibu Pejabat Kotinjen ini, macamana agaknya si Yati boleh tersalah masuk ke dalam bilik air lelaki? Pelik binti Ajaib sungguh kawannya yang seorang ini. Padahal di pintu memang sudah terang-terang diletak tanda gambar lelaki, tapi yang itu juga yang dimasuknya. Yati ni keliru ke yang mana bentuk lelaki dan yang mana bentuk perempuan?

Kemudian, bila disuruh masuk untuk ambil sendiri pita rakaman itu, dia tidak mahu pula. Aku jugalah yang disuruh masuk. Sudahnya aku yang terhendap-hendap menolak pintu biru macam pencuri. Sudahlah di bangunan IPK lengkap dengan bilik soal siasat dan lokap bawah tanah, tak pasal-pasal aku pun boleh ditangkap dan terus dimasuk ke dalam lokap atas kesalahan mencuri masuk ke dalam bilik air lelaki. Ish! Yati ni!

Mata Sarah meliar menyeluruhi bilik air. Akhirnya barang yang dicari dijumpai di tempat yang dikatakan oleh Yati. Di atas alat pengering tangan. Dengan pantas dia mencapai alat perakam suara dan berpusing untuk keluar. Tiba-tiba dia mendengar suara orang bercakap. Suara lelaki. Dua orang.

Jantung Sarah berdegup kencang. Tanpa sempat merasa panik, dia cepat-cepat menolak pintu ‘bilik kecil’ dan terus mengunci serentak dengan pintu bilik air dibuka. Sarah cepat-cepat menolak penutup tandas duduk dan mencangkung di atasnya. Dia memasang telinga.

Pintu bilik kecil yang kosong di sebelahnya ditolak. Sarah cepat-cepat menekup telinga. Matanya dipejam rapat-rapat. Entah kenapa dia buat begitu, dia pun tak tahu. Mungkin dia takut lelaki disebelahnya tahu ada seorang perempuan ‘tersesat’ ke dalam bilik air lelaki atau dia takut yang dinding papan nipis yang memisahkan mereka berdua akan runtuh dan rahsianya terus terbongkar. Walau apa pun sebab tidak rasional yang dirasai Sarah waktu itu, dia terus menekup telinga dan memejamkan mata sehinggalah sayup-sayup dia mendengar bunyi pam tandas ditarik dan pintu dibuka...