Followers

Tuesday, October 07, 2008

Beraya di hujung minggu

Hujung minggu pertama di bulan Syawal ni, aktiviti kami cuma memenuhi undangan rumah terbuka. Untuk hari Sabtu saja kami melawat enam rumah. Huh! Kira raya tahun ni tak sehebat raya di tahun-tahun lepas. Kalau dulu enam rumah tu setakat setengah hari saja, tapi Sabtu lepas seharian suntuk kami berjalan dan memanjat tangga rumah di tiga 'kampung'; Govanhill, Charles Street dan Townhead. Menunya pula sedap-sedap belaka. Nasi dagang, pesembor, mee sup, pulut Asda (sebab warna hijau bukan kuning), nasi himpit kuah kacang, rendang daging, ayam, laksam, mee goreng mamak.. perkh! Macam-macam hidangan sampai tiba saja ke rumah yang ke lima, kami surrender. Takat makan bubur kacang dan jagung saja. Hebat sungguh penangan raya.



Hari Ahadnya pula, kami ke Cumbernauld, memenuhi undangan dan dengan tak malunya menjemput diri sendiri ke kariah di situ pula hehehe. Pukul 10.30am sudah tercangak di bus stop sebab rumah terbuka bermula jam 11am. Kira kalau datang awal, tak adalah berebut-rebut nanti (Macam nak makan banyak hehehe). Tiba saja, makanan baru separuh dihidangkan hahaha. Tapi, siap saja semua terhidang atas meja, kami antara shift pagi yang mula-mula menceduk makanan. Ayam bakar, nasi pelangi, pulut dan kari ayam antara menu hari itu. Kemudian ke rumah ke dua pula. Berlama-lamaan di sini sebab tetamunya hanya kami 'satu pasukan' saja. Tetamu yang tak tahu malu menjemput diri sendiri hehehe. Dapat makan mee hoon sup utara dengan pulut sekaya atau saya panggil seri muka.



Hujung minggu ni ada lagi undangan rumah terbuka. Huh! Makan lagi!

No comments: