Sarah masih berdiri di koridor menantikan si Yati. Akhirnya orang yang ditunggu-tunggu tiba sambil tersengih-sengih memandang Sarah. “Sorry sebab buat kau tunggu lama.”
“Nasib baik aku ni kawan kau, kalau boyfriend kau, dah kena tinggal agaknya,” ujar Sarah melawak. Mereka berjalan beriringan di koridor yang seperti koridor bangunan sekolah lagaknya.
“
“Sensitif apa pulak ni? Topik kahwin? Hah! Carilah boyfriend cepat-cepat. Lepas tu ajak kahwin,” usik Sarah lagi. Dia tersengih memandang wajah sahabatnya yang tiba-tiba mendung.
“Aku ni tak lawalah Sarah. Tak ada siapa yang nak.”
“Laa… ke situlah pulak. Kau ingat asal lawa jer senang nak dapat boyfriend? Sekarang ni
“Tapi orang lelaki
“Kau ni Yati, banyak sangat tengok cerita
“Alah, cerita pun banyak yang diaorang ceduk dari reality. Hmm… macamana ni Sarah? Umur dah meningkat tapi satu boyfriend pun aku tak ada nak bawak balik jumpa mak bapak aku.”
Sarah tersengih. “
“Tak ada siapa nakkan aku Sarah.” Sedih saja suara Yati mengadu nasib kepada Sarah.
“Alah, sedangkan artis pun kawin bercerai berai…”
“Lagilah aku sedih, tu artis yang sentiasa melawa, aku ni? Dah lah harta tak ada, tak glamer, rupa pun tak ada,” pintas Yati cepat.
“Tu hidung, mata, mulut tu bukan rupa ke? Bayangkan lah hodohnya muka kau kalau tak ada pacaindera tu,” ujar Sarah, mengusik lagi.
“Eh! Betul jugak kata kau tu ya?” Yati ketawa gelihati.
Tiba-tiba ketawa Yati terhenti. Matanya bulat memandang Sarah.
“Hah! Apa pasal pulak ni?”
“Aku tertinggal pita rakaman dalam bilik air!”
***
Dalam banyak-banyak bilik air di bangunan Ibu Pejabat Kotinjen ini, macamana agaknya si Yati boleh tersalah masuk ke dalam bilik air lelaki? Pelik binti Ajaib sungguh kawannya yang seorang ini. Padahal di pintu memang sudah terang-terang diletak tanda gambar lelaki, tapi yang itu juga yang dimasuknya. Yati ni keliru ke yang mana bentuk lelaki dan yang mana bentuk perempuan?
Kemudian, bila disuruh masuk untuk ambil sendiri pita rakaman itu, dia tidak mahu pula. Aku jugalah yang disuruh masuk. Sudahnya aku yang terhendap-hendap menolak pintu biru macam pencuri. Sudahlah di bangunan IPK lengkap dengan bilik soal siasat dan lokap bawah tanah, tak pasal-pasal aku pun boleh ditangkap dan terus dimasuk ke dalam lokap atas kesalahan mencuri masuk ke dalam bilik air lelaki. Ish! Yati ni!
Mata Sarah meliar menyeluruhi bilik air. Akhirnya barang yang dicari dijumpai di tempat yang dikatakan oleh Yati. Di atas alat pengering tangan. Dengan pantas dia mencapai alat perakam suara dan berpusing untuk keluar. Tiba-tiba dia mendengar suara
Jantung Sarah berdegup kencang. Tanpa sempat merasa panik, dia cepat-cepat menolak pintu ‘bilik kecil’ dan terus mengunci serentak dengan pintu bilik air dibuka. Sarah cepat-cepat menolak penutup tandas duduk dan mencangkung di atasnya. Dia memasang telinga.
Pintu bilik kecil yang kosong di sebelahnya ditolak. Sarah cepat-cepat menekup telinga. Matanya dipejam rapat-rapat. Entah kenapa dia buat begitu, dia pun tak tahu. Mungkin dia takut lelaki disebelahnya tahu ada seorang perempuan ‘tersesat’ ke dalam bilik air lelaki atau dia takut yang dinding papan nipis yang memisahkan mereka berdua akan runtuh dan rahsianya terus terbongkar. Walau apa pun sebab tidak rasional yang dirasai Sarah waktu itu, dia terus menekup telinga dan memejamkan mata sehinggalah sayup-sayup dia mendengar bunyi pam tandas ditarik dan pintu dibuka...
6 comments:
Salam...
Sudah membaca labyrinth.. :) :) kita memang perlu lebih banyak penulis seperti khairyn dan imaen :) :)
Salam john
err Labyrinth karya imaen. hehe
saya baru mula bertatih, buku pun baru satu.
Sedang menikmati 'garis garis dejavu' dan saya suka puisi rumi.
Yeayyyy...cerita baru ye? :)
dasarhati
doakan Allah beri ilham yang melimpah ruah pada saya ye :).
InsyaAllah, target saya untuk habiskan dalam musim panas ni.
Khairyn,
kelakar citer ni sbb dulu terjadi kat saya!Nasib baik saya cepat tersedar masa ada org nak masuk.(masuk utk basuh tangan aje).Kesilapan sbb logo tu macam sama aje kalau tgk seimbas lalu.Lama benar dah tak masuk Zahrah ni lepas baca trip ke Jordan tu.
jumie
hahaha perkara yang sama pernah terjadi kat member saya. Masa dia keluar tu, ada lelaki ni pandang dia dengan pelik. Rupa-rupanya kawan saya tu termasuk tandas lelaki. Apa lagi, kami gelak sakanlah.
Post a Comment