Followers

Wednesday, October 31, 2007

Ampun


Oh banyak betul kerja yang tertangguh. Tak dapat dihabiskan. Terlalu banyak janji yang ditabur, tak dilunaskan. Berdosa sungguh! Baik, akan dicuba lunaskan satu demi satu.

Janji 1 - Cerita aku yang brutal.
Macamana orang bercerita tentang perkara yang tidak pernah dia alami? Ramai nak tahu macamana orang brutal bercinta? hahaha.. siap dengan 'flying kick' chopping hand kot. Entah? Macamana orang brutal berchenta? Sungguh ke nak tahu ni? OK saya cerita. Orang brutal kalau bercinta... buruk!! Bercinta macam nak rak. Mengalahkan orang bercinta tahap dewa dewi. Romantisnya berlebih-lebih? Merajuk yang bukan-bukan? Mengada-ngada? hahahaha semua itu perangai orang yang 'ganaz' kalau berchenta sampai orang sekeliling pun tak sanggup nak lihat. Sungguh! Kenapa? Tak percaya? Nak cuba berchenta dengan saya?? hahahaha.. Garenti menyesal!

Tapi saya tak pilih orang biasa. Orang brutal tak pilih manusia atau rakyat marhaen menjadi cinta hatinya. Panahan sang arjuna sakti yang dicari. Ini bermakna si dia haruslah orang luar biasa. Tahap dewa dewa juga. Dia harus mempunyai sakti. Tapi dia tak harus memakai spandex kerana orang brutal tahu, seluar katuk itu duduknya di dalam, bukan di luar. Kordinasi warna haruslah seimbang. Bukan berbaju biru, berseluar merah... begitulah. Orang brutal juga mahu si dia mestilah mempunyai semangat pejuang, persis dirinya sendiri. Berjuang menyelamat isi dunia. Manusia sejagat. Membenteras anasir-anasir jahat yang datang dari luar. Luar bumi. Alam semesta. Ya.... cinta hati orang brutal ini haruslah penyelamat-penyelamat bumi. Mungkinkah dia Ultraman? Kesatria Baja Hitam? Gaban? Mospeda? Inilah wira-wira penyelamat bumi idaman orang brutal ini. hehehe

Cerita 2 - Review Zahrah de Tigris
Kita serius sedikit ye. Review tentang Zahrah de Tigris sudah keluar dalam Berita Minggu Ruangan Sastera pada 28/10/07. Hanya merit untuk 2 para dan 73 patah perkataan. Mungkin ada yang sedih atau terkilan kerana review yang keluar 70% adalah salah. Tak apa, saya tak terkilan atau sedih atau marah kerana saya pernah berada dalam situasi begitu. Sekarang saya rasa apa pembaca rasa apabila membaca sesuatu yang dirasakan tidak lengkap atau tidak betul. Saya juga pernah menjadi wartawan dimana artikelnya disalah erti, dipotong dan dibiarkan keluar sekadar mahu memenuhi ruang. Itu bagi saya lebih memalukan dan 'compromising my intergrity'. Jadi saya tak salahkan wartawan yang review ZdT. Dia sudah buat sedaya upayanya tapi urusan 'gatekeeper' bukan urusannya. Itu sudah asam garam sebagai wartawan dan dunia penulisan.

Apa yang penting, review sudah keluar. Janji sudah ditepati. Tugas sudah dilaksanakan, amanah sudah dilunaskan. Bagi saya pula 'There is no BAD publicity, just PUBLICITY'. Sekurang-kurangnya ZdT masih mendapat slot dalam ruangan yang terhad. Mungkin ada penulis-penulis lain yang langsung tidak mendapat tempat untuk karya mereka di'review'. Pembaca-pembaca novel Melayu tahu memilih genre jenis apa yang mereka mahukan dan menilai sendiri buku apa yang mahu mereka baca. Kadang-kadang kita patut 'trust word of mouth' dikalangan pembaca-pembaca sendiri. Setiap manusia ini punya citarasa yang berbeza. Bak pesan ayahanda 'one man's meat is indeed another man's poison' dan kita tak mampu untuk memuaskan hati semua orang.

PEACE!

5 comments:

imaen said...

eleh sambungpun sikit je, ceritalah banyak-banyak. Apapun tahniah ZdT masuk ruangan review dlm suratkhabar. Bukan senang untuk terpilih antara 15 - 20 novel baru sebulan. Biaq pi kat dia la nak review macam manapun, beribu mata lain juga sedang 'review' dia. Dok gitu?
Tapi kalau tak silap saya, rata-rata semua novel hanya dpt 2 - 3 * saja, kecuali novel keluaran dua syarikat, boleh dapat sampai 4 *. Sekali lagi biaq pi kat dia.
Peribahasa Arab untuk renungan semua yang menulis termasuk saya, 'Penyair yang diupah raja akan terpotong lidahnya'.
Khairyn, rasanya boleh lepas censorship kut komen saya ini.

Unknown said...

whoa! diam2 dah ada novel. komen semua kata best. nak kena telek gak ni macam mana wartawan bahasa inggeris terbaik menulis novel melayu.

buku saya pun, baru je 2 kali rasanya review kat paper tu (termasuk yg latest). hahaha... sekali dgn penerbit lama, sekali lagi dengan penerbit baru. tp heran sbb penerbit baru lebih dulu dpt review dpt 4* lagi. Kampeni lama? no komen la, nanti kontroversi. kat sini pun byk mata yg memerhati. silap2 komen ni di qoute dan disebarkan (macam yg terjadi dulu2) hahaha.

khairyn said...

salam

imaen,
lama betul nak reply komen imaen hahaha.. sedang menyibukkan diri ke sana ke mari. itulah yang saya kata 'there's no bad publicity - just publicity'. Biar orang yang membaca menilai sendiri sesebuah karya tu. Cuma bersyukur buku sulung keluar bahagian ulasan hahahahaha. Ingat senang ke nak dapat 'penghormatan' macam tu :) Saya percaya, pembaca pandai menilai apa yang mereka mahu.
Imaen, blog ini mengamalkan kebebasan bersuara (in my own terms - hihihihi)

ainin
whoa! brake brake kejap! hahaha. Susunan bahasa tunggang langgang la.. nasib baik ada editor yang prihatin. kalu tak, belakang juga kena hantam sama banyak worang hahahaha. Kadang2 kita risau berapa banyak bintang yang keluar sedangkan para pembaca tak kisahpun pasal bintang. Mana yang mereka suka itu yang mereka baca. Pilihan di tangan mereka kan?

Perindu said...

salam

biarpun kita melihat arah yang sama namun fikiran kita tiada pernah serupa ;) mereka boleh berkata dan kita jua boleh berkata itu hak kita dan mereka namun tak semestinya kita bersetuju kerna terkadang wujud selisih dalam pemahaman kerna kita memandang dari sudut yang berlainan :)

khairyn said...

salam perindu,

setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Saya setuju. :)

terima kasih kerana sudi membaca ZdT