Followers

Monday, November 26, 2007

Bumi Anbiya

Kenangan di bumi Anbiya' antara Nisa, Dr Patrick dan keluarga Faiza dan Raihana.

Atas saranan Nisa, saya sempat juga melawat tempat-tempat yang pernah dia jejaki dahulu. Walaupun hanya mempunyai dua hari saja di Amman, saya sempat ke Laut Mati dan Lembah Petra. Entah mengapa Laut Mati tidak menarik minat saya langsung. Mungkin kerana faktor saya tidak tahu berenang (tapi kata Nisa orang tak akan tenggelam dalam Laut Mati kerana kandungan garamnya yang hampir 10 kali ganda tinggi dari laut), atau faktor sejarah Sodom dan Gomorrah yang membuatkan saya agak 'geli' hendak menjejakkan kaki ke dalam airnya yang dikatakan dapat menyembuhkan penyakit kulit itu. Tiba-tiba saya terfikir penyakit HIV-Aids eeeiiii geli!!


Tiba saja di penghujung lorong Siq, nafas saya seakan terhenti melihat keindahan monumen batuan terhampar di depan mata. Mata tercari-cari juga unta sekiranya ada yang bersantai di atas dataran, tapi tidak kelihatan. Sibuk bekerja agaknya. Lihatlah, ramai sungguh pelancong dalam dan luar negara yang datang ke El-Khazneh ini. Kagum betul saya dengan hasil tangan manusia beribu tahun dahulu. Juga saya insaf dengan janji Allah pada hambanya yang sengaja engkar. Maha besar Allah!


Di sini Nisa dan Ameer menikmati pemandangan luar dari dalam monumen di Lembah Petra. Hanya formasi warna pada batuan tapi bagi saya ia merupakan kanvas lukisan alam yang sungguh indah. Duduk di sini berjam-jam pun saya sanggup, tapi aroma di dalam monumen ini sungguh kurang enak. Hancing! Alahai... siapalah yang membuat onar tu??



Pemandangan penempatan berbukit di seberang Jabal Al Qal'ah. Cantik sungguh. Padat. Bayangkanlah sekiranya rumah berada di puncak bukit dan tidak ada kenderaan pula hendak ke sana. Aduh! Mahu berpeluh dan kurus kering hari-hari naik bukit. Tapi.. pemandangan dari puncak bukit sana pasti cantik kan? Dapat melihat keseluruh bandar Amman, menikmati keindahan lampu-lampu limpah dan neon di waktu malam.



Menikmati pemandangan dari Jabal Al Qal'ah. Kelihatan Roman amphitheater, tempat lepak Nisa dan Dr Patrick sementara menunggu Ameer datang menjemput mereka. Saya cemburu dengan keluarga itu. Dapat bersantai bersama-sama. Bandar Amman memang menarik. Dalam kemodenan tetap mengekalkan ciri-ciri tradisional. Bagaimana dengan rakyatnya pula? Hmm... ada juga pemandangan yang kurang menarik perhatian saya.


Batu-batuan monumen lama di Bukit Al-Qal'ah yang dikatakan peninggalan Hercules Temple. Tiang-tiang romannya besar dan tinggi. Saya suka 'ruins' macam ni tapi saya sudah tak berani hendak gatal-gatal tangan pegang batuan di runtuhan-runtuhan purba. Pernah ada dua pengalaman 'mistik' akibat keghairan menyentuh batuan ketika melawat roman amphitheater Coliseum yang terkenal di Rome dulu. Huhuhu.. Sejak itu terus malas hendak pegang-pegang/sentuh-sentuh sebarangan di bangunan purba. Tak sukalah di sakat waktu tidur. Tak ada mood tau nak layan hehehe

8 comments:

Anonymous said...

salam..
alf mabruk!
br je hbs baca zahrah de tigris..
:)
em,apa mksud lagu tu ek?

Mirip said...

khairyn,awak masih belajar lagi ke?Atau sudah kerja?Teringin betul saya nak ke lembah petra,Amman,bumi timur tengah yang lain.Spain,Turki.Kuatnya angan2 saya.Belum tercapai lagi nih.

khairyn said...

salam izzah
Terima kasih kerana sudi membaca Zahrah de Tigris.
Nak tahu maksud lagu tu? hahaha... cara-cara memotong burung 'lark'. Brutal lagu tu.. cabut kepala, cucuk mata, potong kepak :D

mirip
macamana nak jawab ye? Saya bekerja sambil belajar atau belajar sambil bekerja? Tak kerja tak ada duit nak belajar, tak belajar tak boleh nak kerja. err.... macam tu lah. Faham ke ni? hehehe
Nak berangan tak salah. Bak kata Meryam dan Nisa, berangan tak perlu bayar, percuma saja.Alhamdulillah saya sudah ke bumi Anbiya walaupun hanya 2 hari. Ke Sepanyol juga beberapa kali sebab mengikut sahabat yang gila dengan pasukan bola Real Madrid. Turki aje lagi yang belum dapat dijejaki. InsyaAllah ada rejeki nak juga ke sana dan melihat sendiri makam lelaki yang telah 'memusnahkan sebuah negara Islam'

Anonymous said...

Salam.
Saya adalah pelajar di Jordan.
Rasanya ramai penulis yang pernah menjejakkan kaki ke Jordan dan tertawan dengan serba sedikit keindahan yang terpamer...

Jordan, banyak batu daripada orangnya...hehe...

Kebetulan, saya kurang gemar ke laut mati dan ke petra, walaupun saya dah lama belajar di sini. kira dalam sesi2 akhir sebelum tamatlah. Petra hanya saya kunjungi selepas 3 tahun di Jordan manakala Laut Mati selepas 5 tahun!

Tempat2 sebegitu tempat2 yang dekat dengan tempat kaum terdahulu diazab. petra memang berpuaka sikit, satu sebab kotor, kedua sebab kuboorr..

saya tinggal di amman. tapi agak jauh sikit ke barat utara, iaitu sweileh. Seronok baca pengalaman orang ziarah ke Jordan...mesti nak komen..hehe...

Selamat berkenalan.
asyraffdini[at]yahoo.com

khairyn said...

salam asyraff

haha.. perasan tak? Hampir setiap tempat yang menjadi tarikan pelancong merupakan tempat2 yang pernah menerima 'balasan' dari Allah swt. Jordan bagi saya sebuah negara yang sangat menarik. Tapi, tetap ada pengalaman pahit di sana. Amman pula sebuah kota metropolitan yang sungguh unik.

Anonymous said...

salam khairyn..
sy dila, bru je habiskan baca zahrah de tigris td.. haha br je tulis review di frenster bout de book.. i really love dat story especially bout iraq.. sy habis bc buku tu without put it down u know.. its really interesting n real.. =) congrate 2 u.. rs mcm nk pg sana jugak huhu

khairyn said...

salam dila

Maaf tak ada akaun friendster jadi tak dapat nak tengok tulisan Dila :(

i try to make the situation as realistic as possible so every reader could imagine what's the situation there. Thanks for reading ZdT in one seating. :)

Masa menulis ZdT tu pun hati meronta-ronta hendak ikut 'Nisa' di sana. :D

Anonymous said...

salam khairyn...
sblm ni sy ada juga search kat internet alkazneh, nk tgk juga kcantikan alkazneh yg nisa n ameer kunjungi...mmg cantik n keinginan utk ke sn mluap2...insyaALLAH, 1 day in future i'll b there...