Ada seorang rakan bertanya, kenapa pilih Jemari Seni sebagai penerbit buku? Kenapa tidak pilih saja syarikat penerbitan yang tersohor tu? Atau hantar saja kepada syarikat yang punya nama inggeris tu. Mereka pun banyak terbitkan buku yang banyak nilai komersil.
Saya senyum. Dengan ringkas saya jawab 'Saja. Laman webnya nampak cantik dan kemas.' Tapi yang sebenarnya bukan saya yang pilih Jemari Seni, tapi dengan izin Allah, Jemari Seni yang pilih saya. Saya cuma mohon untuk manuskrip saya dinilai dan Alhamdulillah, Jemari Seni suka dengan manuskrip dan sukacita untuk menerbitkan novel sulung saya.
Bagi saya Jemari Seni cukup istimewa. Memang laman web menarik minat saya, tapi yang lebih menarik hati saya adalah dua wanita belakang tabir yang bekerja bertungkus lumus, tidak kira siang dan malam. Bagi saya, cara mereka bekerja itu memanglah lahir dari hati yang ikhlas dan niat untuk mengimarahkan lagi dunia novel Melayu disamping mencari rezeki yang Allah limpahkan pada kita.
Saya diantara berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus individu yang mahu dirinya dipanggil penulis tapi layanan yang saya terima dari dua wanita ini sangat istimewa. 'Personal touch' sebegini mungkin kurang atau tidak ujud lagi di kebanyakan syarikat penerbitan di tanah air. Takkan ada editor yang sanggup untuk baca dan baca dan baca lagi manuskrip mentah saya ini kemudian menunjukkan satu demi satu kesalahan ejaan atau fakta yang perlu diperbetulkan. Malah, sanggup pula bersengkang mata hampir setiap malam untuk 'double-check' fakta-fakta tersebut disebabkan perbezaan waktu antara benua ini.
Biarpun baru. Biarpun sedikit saja judul yang sudah ada di pasaran, sentuhan peribadi Jemari Seni sangat istimewa pada sesiapa yang mengenalinya. Hanya jauhari mengenal manikam.
Terima kasih kak Su dan kak Yah!

3 comments:
salam aidil fitri untuk Khairyn ... selamat menikmati huggish pada pagi raya (ada ke yg halal?) hehehe .... Saya tertarik pd n3 ini. Saya juga punya sebab2 sendiri mengapa sy hantar tulisan saya kpd JS. Pertamanya kerana fikrah mereka yg sama dgn saya. Keduanya kerana sebab2 yg sama dgn Khairyn. Mereka berbincang dgn saya,masing-masing mengemukakan pendapat. Sy tidak pernah menulis, atau mimpi jd penulis sebelum ini, jd saya tidak tahu bagaimana cara syarikat lain bekerja, tapi saya suka dgn cara JS. Rasanya, mungkin dgn mereka saja saya akan menulis, itupun kalau mereka merasa tulisan sy berbaloi utk diterbitkan.
IMAEN/PARADOKS
salam imaen
err haggis ler enchek imaen. Huggies kang makan lampin bayi la plak. Hug-ies plak err.. tak bleh, haram! hahaha
Yep, ada kawan penulis siap bagi nama editornya pada saya tapi Allah tak bukakan pintu hati untuk telefon editor tersebut. Sebaliknya laju pulak tangan menaip memohon untuk hantar manuskrip pada JS. Alhamdulillah, semuanya selamat.
aceh aceh merendah diri la pulak, enchek Imaen ni. Bukan ke dah ramai peminat sekarang ni hehehehe. Salam lebaran!
PEACE!
salam lebaran buat sis khairyn, moga sihat sejahtera di bumi orang.
saya teringin untuk memberi sedikit pendapat mengenai JS. Saya adalah salah seorang peminat novel tempatan, dan saya mula membaca novel seawal usia masih di bangku sekolah rendah, and now i'm in my final days of my bachelor degree. Saya mengetahui kewujudan JS seawal kelahirannya, kerana saya adalah salah seorang peminat kaksu, dan selalu juga berhubung dengannya. Setakat ini, saya memiliki buku2 keluaran JS, kecuali yg pertama (Percayalah) dan yg terkini (Zahrah de Tigris- insyaAllah sy akan dptkan selepas selesai final exam). Satu kelainan yg saya dapati drp buku2 terbitan JS ialah mesej yg disampaikan disebalik cerita, terutamanya dakwah islamiyyah melalui peribadi watak2 yg islamik, yg secara tidak langsung mendidik pembaca ke arah nilai diri yg positif, selaras dengan tuntutan syariat. Setakat saya membaca buku2 terbitan JS, tidak ada adegan2 yg 'tidak sihat' ditonjolkan, malah perhubungan antara lelaki dan perempuan digambarkan dalam suasana yg terjaga,- sesuatu yg jarang ditonjolkan dalam novel2 terbitan syarikat lain. Bagi saya, tugas penulis adalah untuk mendidik masyarakat melalui tulisan mereka, dan oleh kerana golongan pembaca novel adalah paling besar dari kalangan remaja, dan mereka mudah terpengaruh dengan hasil2 penulisan yg dibaca, tugas penulis menjadi semakin berat dan mereka perlu lebih berhati-hati dengan apa yg ditulis.
maaflah, komen saya agak panjang. Saya bukanlah seorang yg begitu arif tentang penulisan, hanya ingin meluahkan pandangan sebagai seorang pembaca. Tahniah saya ucapkan atas kelahiran Zahrah de Tigris, dan teruskanlah menulis, moga2 setiap patah yg ditulis, tercatat baginya ganjaran dariNYA, insyaALLAH. Dan untuk JS, moga akan terus cemerlang, dan sentiasa dilorongkan ALLAH untuk menerbitkan hasil2 penulisan yg menjadi wadah dakwah islamiyyah, serta istiqomah dengan apa yg dilakukan...
Post a Comment