Salam,
Sudah lama kan saya tak review buku? Sebenarnya bukan tak baca buku, tapi masa untuk menulis review agak mengekang sekarang. Sibuk dengan kerja, sibuk menguruskan rumah (ahaks!), sibuk juga dengan ber-FB lagi. Mana nak sempat kan? (Orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih - ni saya cuma beri beberapa dalih saja!)
Oh! Hari tu saya ada ke kedai dan mendapatkan beberapa buah novel baharu. Untuk bacaan santai anak-anak buah juga. Dan memenuhi rak simpanan buku juga. Nak tahu? Apa benda asing yang saya temui di rak buku saya?
Sebab dah bertahun kena tinggal, saya pun susun sikit-sikit buku-buku saya. Tiba-tiba di hujung buku-buku novel Inggeris saya, saya jumpa sarang angkut-angkut. Huwaaaa!!!! Tapi, nasib baik 'tuan'nya tiada di rumah. Sudah kosong. Apa lagi! Saya musnahkan rumah dia miahahahaha!!! Eh! Orang kata, sarang angkut-angkut ni bila dicampur dengan nila, boleh dijadikan ubat begok. Cubalah!
Baik untuk sesi Jom Baca saya kali ini, saya sudah pilih beberapa buah novel Melayu dan ada juga bacaan Inggeris. Tapi, saya mulakan dengan novel JS tajuk Dia & Dia, karya Bunick Firdaus.
Bismillahirrahmannirrahim...

Saya belum pernah pernah lagi baca nukilan Bunick. Kira ini percubaan pertama sayalah. Dan Alhamdulillah tidak menghampakan. Ada pembaca lain yang beritahu saya, karya ini asalnya dalam versi online dan sekarang sudah dibukukan. Tahniah untuk Bunick Firdaus. Tahniah untuk JS juga kerana kulit buku yang manis dan err... penuh keperempuanan ini. Ahaks!
Ini kisah cinta antara Arissa dan Fazril. Dan orang kata cinta pertama itu memang sangat manis. Kalau boleh, mahu terus ke jinjang pelamin dan bahagia hingga ke syurga. Tapi bagaimana pula kalau cinta pertama itu kecundang di tengah jalan? Aduh! Sakitnya hati, hanya Tuhan saja yang tahu.
Itulah yang Arissa rasa. Cinta kecundang bukan sebab dirinya tapi sebab orang ketiga. Haish! Macam klise aje kan? Tapi yang ini bukan orang ketiga yang menggatal. Orang ke-tiga ini sudah berzina dengan tunangnya dan mahu tak mahu Fazril pula jadi Pak Turut. Nak buat macam mana? Tunang Zhaliya pun dah mati. Fazril pula sepupunya. Hendak menutup malu, mereka bernikah. Tingallah Arissa memujuk hati yang luka.
Ditakdirkan pula, Arissa bertemu dengan Encik Polis yang bernama Irfan. Mulalah episode aku ngurat kau, kau pulak jual mahal. Tapi Encik Polis ni tak putus asa. Dia mengurat lagi dan lagi, akhirnya berjaya. Akhir kata mereka pun berkahwinlah juga. Ada juga dramanya nak mengurat ni. Adik angkat Encik Polis ni pula sukakan Encik Polis. Adoilah! Susah juga ni kan? Tapi, itulah, berkat usaha.. berjaya juga.
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Arissa disahkan mengandung tapi dia kehilangan bayinya. Fazril pula mengidap penyakit bahaya. Hati Arissa diuji lagi. Mahu meneruskan hidup dengan Irfan atau kembali kepada Fazril yang sudah mendapat status duda?
Jeng jeng jeng!
Malaslah nak bagi ending. Baca sendirilah ye. Jadi apa kata saya?
Mulanya masa tengok ketebalan buku tu saya dah seram sejuk. Adoi! Cik.. Boleh habis ke ni? Tapi saya bagi masa sebulan pada diri sendiri. Mesti habiskan membaca! Bila buka mukasurat pertama. Adoi! Sekali lagi. Kata ganti nama pertama. AKU. Saya ni kalau baca first person narration, sangat lemah. Feel kurang. Tak apa! Mesti baca juga. Dah janji kan?
Dari satu muka ke satu muka... hehehe akhirnya saya berjaya habiskan dan jujur saya katakan ceritanya memang menarik. Lebih-lebih lagi dapat belajar dialek Kelantan. Wow! Menariknya! Yalah, sebab saya orang Pantai Barat, walaupun dilahirkan di Pantai Timur hahaha. Cuma... ye! Ada cuma, ye. Saya rasa watak Fazril kurang menyengat. Saya suka sangat watak Irfan. Bagi saya dia contoh lelaki yang tidak putus asa, baik dan penyayang.
Fazril bagi saya seorang lelaki yang lemah. Backbone kurang kuatlah. Arissa tu pula yang lebih tabah dari dia. Kahwin terpaksa. Lepas tu lari ke Australia. Lepas tu sakit (eh terbalik ke?). Lepas tu ada hati ngurat isteri orang... Aiyoh! Irfan tu lagi best. Mengurat isteri, jaga isterinya dan beriman pula tu... ahaks!
Okey pengajaran dari cerita ini;
Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan diri sendiri ye;
Walau apa pun status kita, single and available, janda atau duda, isteri atau suami orang, jangan sesekali menghampiri ZINA. Tak kiralah ada janji hendak kahwin atau tidak. Nanti jadi macam Zhaliya. BERZINA dengan tunang sampai termengandung. Siapa yang susah? Diri sendiri dan keluarga juga. Kalau sempat hidup bolehlah bertaubat, kalau jadi macam tunang Zhaliya tu, mati! Tak sempat nak taubat... nerakalah jawabnya. Huish! Nauzubillah!
Kalau meletak status dalam FB, berhati-hatilah ye. Takut mengundang fitnah. Macam Arissa, dia 'gatal-gatal' tangan letak status "Bosan/Boring" (tak silap lah ye) dalam FB, tiba-tiba pula Fazril menegur dalam chat room. Dah masuk pula sesi mengurat. Bahaya tu!
Dan yang paling penting.. errr... yang girls single and available carilah pasangan macam Irfan ye. Eh bukan sebab dia Encik Polis macam Selamat a.k.a Abang Salim (Dame Zoete Sarah) yang nampak kerek tapi hati baik tu hahahaha. Tapi, sebab akhlaknya baik, sifatnya lembut dan romantik. Yang penting sekali, orangnya beriman.
Apa pun, saya gembira dapat habiskan baca novel Dia & Dia oleh Bunick Firdaus ni. Dan Arissa yang keliru tak habis-habis tu akhirnya berjaya memilih jalan hidupnya untuk mencari kebahagiaannya. Kira cerita ini memanglah happy ending.
Err... saya nak beri berapa bintang?
Okey! Saya tak nak bagi bintang sebab suka tak suka itu adalah subjektif. Saya kata saya SUKA buku ini.
4 comments:
Salam...
bila nak terbit novel terbaru Khairyn?
sy suka sgt Encik Irfan tu... sy frust last sekali Arissa pilih Fazril, bukan Irfan...
ada tak Irfan dalam dunia realiti ni, macam saya mencari Ustaz Din (Jaja & Din)?
salam kehelan
uiks cepatnya! hehehe.
Manuskrip yang ke 3 tu yang tertangguh-tangguh tu... dah hantar ke editor. Mungkin mereka agak sibuk dengan PBAKL ni jadi belum sempat tengok huhuhu..
Kalau dah nak terbit nanti, insyaAllah akan diwar-warkan..
Tu laa... saya pun frust sangat bila Arissa pilih Fazril. Nak buat camner kan? Dah hatinya ke situ huhuhu.
Jangan kan Irfan atau Ustaz Din, saya nak cari Abang Salim pun tak jumpa hahahaha
Salam khairyn,
Wah dah balik kampung ek...amboiii.
Akak belum baca lagi Dia & Dia ni tapi bila baca review khairyn macam tersyok pulak kat Encik Polis yang tak henti-henti mengurat heroin dan tiba-tiba teringat pulak kat Encik Selamat aka Salim yg dok mengurat sarah(hang punya novel lah). Sweet lah kalau bayangkan orang beruniform yang selalu serius dengan tugasnya tiba-tiba buat sessi mengurat organg yang depa suka.
Pss tahniah tuk yang akan datang. Tak sabor nak rembat nanti. Datang Kl bila? Leh le kitaorg serbu orang jauh ni.
salam kak notie
hahaha... penangan Salim, chait!
Tu laa... macam biasa ada manuskrip yang tersadai aje dalam hard disc. Tunggu masa nak diproses. InsyaAllah. Minat Abang polis aje ke? Abang tiarap? Abang api, minat tak? hahahaha
Kak, saya sudah balik Mesia for good. Demi ibunda terchenta hahaha. insyaAllah 29 ada di PABKL. Minggu depan ada di KL insyaAllah. Kursus. Boleh aje kalau nak belanja saya makan malam hahahaha
Post a Comment