Salam
Hari hujung minggu biasanya saya khaskan untuk kehendak saya. Maksudnya, saya tidak bekerja. Kecuali kalau ada deadline yang betul-betul memerlukan saya habis kerja itu secepat mungkin. Kalau tak, hari hujung minggu ni, saya akan duduk saja di meja makan dari pagi sampai malam.
Hahahaha.
Bukanlah saya asyik makan saja, tapi inilah tempat saya berkarya. Di meja makan. Di dapur. Dengan kipas duduk berputar laju cuba hendak menyejukkan komputer riba saya yang kepanasan dan satu botol air milo beku-beku cair di sebelah kiri. Syoknya minum air milo beku-beku cair. Saya memang sangat terer buat air milo atau kopi ais yang kaw!!
Tak percaya? Tak percaya tak apa! Jangan percaya, lagilah saya suka. Saya buat air untuk tekak sendiri saja hahahahaha.
Okey apa agaknya review buku untuk kali ini?
Oh! Saya pilih buku Jemari Seni lagi... (nak buat macam mana kan? Saya penulis Jemari Seni, jadi sudah tentu niat mahu promosikan novel rakan-rakan seperjuangan. Sebumbung.)
Kali ini saya pilih Quartet - Karya miss Saidatul Saffaa
Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah. Sayangnya dia terlupa ytang pelaing itu jalurannya tujuh; dab salju pula jadi cair dipanah mentari lalu berguguran dihembus bayu luruh.Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji, takkan bercahaya pelangi sebelum hujan, takkan bersinar indah bintang-bintang tanpa gelap malamMak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya 'Yusuf' menolak cinta 'Zulaikha' walaupun jarinya terluka.Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.
Bismillahirrahmanirrahim.....

Baca blurb belakang pun sudah mengujakan. Apatah lagi penulisnya pun sudah mula mengukuhkan tapaknya dalam bidang penulisan. Masuk ini Sudah dua buku, dan satu novel pendek Saidatul yang saya baca dan ketiga-tiganya tidak mengecewakan. Saya senang dengan plot dan penceritaan Saidatul.
Quartet mengisahkan tentang Misa yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ke negara Uncle Sam, di Madison. Misa gadis biasa-biasa. Agak rock, selamba dan yang sangat penting - tidak bertudung. Tidak macam kawan-kawan se-pengembara ilmu di sana yang kebanyakannya bertudung, Misa digelar free hair. Tapi, tak bermakna Misa tak bertudung itu, perangainya jahat. Misa baik orangnya cuma dia agak jahil dalam agama.
Tapi Allah sayangkan Misa. Housemates dia orang yang dekat hati mereka dengan Tuhan. Dan mereka juga bukan orang yang judgemental. Mak, ayah, nenek dan makcik pun mahukan Misa berubah jadi Muslimah, tapi Misa degil kerana keinginan untuk berubah belum datang dari jiwanya. Allah belum lagi buka hati Misa. Tapi setiap kejadian yang berlaku, yang selalu buat Misa menangislah yang buatkan Misa fikir apa sebenarnya yang dia cari dalam dunia. Sahabat banyak yang memberi dorongan pada Misa. Suruh Misa kuatkan hati. Mereka doakan untuk Misa Perlahan-lahan, pasti Misa akan pakai tudung juga kan? Yang penting kesedaran hati tentang perlunya menutup aurat.
Macam gadis lain, Misa pun jatuh cinta juga. Tapi, cintanya sering terputus di tengah jalan. Yang pertama, kawan sendiri yang rampas. Yang kedua pula dia pula yang bertepuk sebelah tangan. Yang ketiga, orang disangka baik rupa-rupanya.. Haish! Alim-alim tahi kucing! Dan yang ke empat haaaa... yang ke-empat inilah rupanya jodoh Misa. Orang yang dulu dia pernah kenal... Lama... dulu.
Okey komen saya;
Cerita Misa ni bukanlah intipatinya seratus peratus pasal aurat. Bukan juga untuk kita terima bahawa gadis Islam tidak bertudung itu adalah okey (tak okey ye, sebab menutup aurat itu adalah WAJIB bagi setiap muslim dan muslimah). Tapi, naskah ini mengajak kita berfikir dan supaya tidak JUDGEMENTAL terhadap kawan, lawan atau orang yang kita tak kenal. Urusan berubah hendak menjadi baik adalah fardu ain dan fardu kifayah. Bermakna, kita semua harus berusaha untuk tukar diri kita jadi baik dan mengajak kawan-kawan kita berubah jadi baik juga.
Macam Misa. Kawan-kawan tidak pernah tinggalkan dia saat dia berduka cita putus cinta berkali-kali, malah sentiasa bagi semangat pada dia. Jadi, perlahan-lahan dia pun nak berubah jadi macam kawan-kawan dia yang baik dan selalu dekatkan hati dengan Allah.
Okey itu komen yang pertama... seterusnya pula!
Cara penulisan kali ini agak sedikit jauh dengan hati saya. Mungkin faktor umur kut? Saya lebih suka cara penulisan dalam Kemilau Mutiara Raudhah (hehehe). Tapi selera masing-masing, berbeza kan? Ada juga saya terlompat-lompat membaca kemudian patah balik. (Yalah, sudah terlebih matang ni kan?). Tapi, saya tetap faham jalan ceritanya.
Dalam Quartet, Misa dilakarkan seorang yang sangat mudah jatuh cinta. Dia juga seperti klise gadis Melayu. Mahukan lelaki yang beriman supaya dapat membimbing (sedangkan untuk berubah jadi baik itu harus datang dari hati Cik Misa oi! Bukan sebab lelaki). Apatah lagi mak pula tiba-tiba mahukan Misa cari pasangan macam Sami Yusuf. Alahai! Nak cari kat mana ye?
Saya suka babak di mana Misa pertama kali bertemu Bilal, lelaki yang punya suara sedap macam Sami Yusuf. Kalau zaman Rasulullah saw dahulu, Bilal seorang pelaung azan yang sangat sedap suaranya juga. Perkenalan mereka pula seperti pertemuan Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha. Kan dalam cerita Nabi Yusuf a.s, Zulaikha yang sedang memotong buah (kalau tak silap) terpandang Nabi Yusuf a.s lalu terpesona dengan ketampanan beliau, hingga Zulaikha tak sedar jarinya terluka kena pisau.
Macam tu juga masa Misa terpandang Bilal. Tapi bukan sebab dia terpesona dengan 'ketampanan' Bilal, cuma lelaki itu pernah 'kurang asam' dengan dia waktu membeli barang ketika salji lebat sebelum tu. Hah! Apa lagi? Terperanjat terus tercedera jari. Kat mana waktu tu? Hah... tak mahulah cerita habis-habisan.
Latar cerita di Madison Wisconsin US dan Melaka, Putrajaya Malaysia. Bila cerita di Madison, teringat juga waktu di Scotland. Banyak loch atau tasik di sana. Macam dapat rasakan bayu sejuk dan waktu pertukaran musim. Pokok-pokok yang botak waktu musim luruh dan sejuk. Air hujan yang terasa macam beku. Tergelincir sampai terduduk waktu berjalan di atas ais. Semuanya mengetuk kenangan dulu. Walaupun saya bukan di Madison, tapi di Glasgow saja.
Kesimpulannya;
Rugi kalau dah beli tapi tak baca buku ni. Lebih rugi kalau tak faham maksud cerita Misa ini. Dan sangat rugi juga kalau langsung tak baca buku Quartet kaya Saidatul Saffaa ni.
Kiranya saya SANGAT SUKA baca buku yang santai tapi banyak pengisian. Macam biasa Saidatul Saffaa menegur kita dalam lembut.
Ingat! Saya selalu pesan... dalam gelak-gelak pun kita mesti ambil pengajaran dari setiap buku yang kita baca. Pengajaran haruslah yang baik-baik kan? Jangan pula kita hendak ikut perkara yang tidak elok.
Tapi semua buku-buku JS sangat berhemah. Ini kerana editor-editornya sangat strict dalam penapisan. Macam Lembaga Penapisan Negara huhuhuhu
3 comments:
uwah...tambah senarai bku nk beli nie...thanks for the review...:))
saya senyum baca review yang telus lagi tulus ni. :)
terima kasih daun keladi.
Diana
your welcome.. harap suka :)
miss-saffa
saya senyum ketika membacanya 'for the first time' ;)
Post a Comment