“Kau puas dengan kuliah tadi?” soal Catalina. Mereka sedang duduk-duduk di bawah salah satu pohon rendang yang ditanam di tepi laman dalam bangunan Madrasah. Buku-buku bertaburan di sekeliling mereka.
“Aku suka dengan kata-kata beliau, ‘manusia itu sebenarnya jahil’,” balas Salma. Dia tersenyum kecil mengingatkan kuliah kitab Muqaddimah tadi. “Sebab itu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, semoga Allah merahmati baginda, menggalakkan kita menuntut ilmu walau ke negeri China sekalipun.”
“Dan falsafah tidak dapat menerangkan hal ketuhanan,” balas Catalina pula. Dia turut tersenyum. Baru kini dia benar-benar faham mengapa sahabatnya Salma benar-benar mengkagumi ahli ilmuan Abdurrahman Abu Zayd ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Khaldun Al-Hadrami. Ini kerana buah fikirannya sungguh bernas dan kedepan melangkaui masa dan zamannya.
“Kau ada kuliah lain lagi hari ini, Catalina?”
Catalina menganggukkan kepala. Dia mengangkatbuku bertajuk Tahsil al-gharad al-qasid fi tafil al-marad alwafid tulisan Ahmed ibn Ali Ibn Khatimah, seorang tabib dan juga pemuisi terkemuka dari Almeria.
“Kami akan belajar tentang penyakit berjangkit,” katanya lalu mengerutkan hidung. “Kami akan belajar tentang wabak Bubonik yang melanda bumi ini sekitar tahun 749 hingga 755 Hijrah.”
“Wah menarik sungguh tu. Bukankah hampir satu per tiga dari penduduk Eroba mati disebabkan wabak ini?” tanya Salma.
Catalina menarik sebuah buku berjudul Tahqiq an n-naba’ an amr al-waba’ tulisan Mohammed ibn Ali Ash-Saquri pula. Beliau merupakan seorang tabib yang sangat terkenal di Karnattah ini dan anak didik Muhammad ibn Abdullah ibn Said ibn Ali ibn Ahmad al-Salmani yang tersohor.
“Menurut Mohammed ibn Ali Ash-Saquri, wabak ini disebarkan dari seorang ke seorang. Sedangkan dengan hanya memakai al-halak yang pernah dipakai oleh orang lain yang sudah terkena jangkitan ini sahaja, membolehkan wabak ini disebarkan.”
“Kami akan belajar bagaimana seorang warak Ibn Abi Madyan di Salé yang percaya bahawa wabak ini berjangkit, lalu telah menjadikan rumahnya seperti sebuah kubu lantas mengurung keluarganya di dalam. Apabila wabak ini telah terebar di seluruh bandar, tidak ada satu pun ahli keluarganya yang jatuh sakit,” cerita Catalina.
“Begitu juga dengan banduan-banduan di Seville di mana mereka juga telah terselamat dari jangkitan wabak berkenaan. Ada juga berita yang mengatakan kumpulan Badwi yang tinggal di khemah-khemah di padang pasir juga turut terselamat dari wabak ini tetapi ia dikatakan kerana udara di situ terbuka dan luas.” Bertambah semangat Catalina bercerita dengan sahabatnya Salma. Semangatnya hendak menjadi tabib sehebat Abu Ali al-Husain ibn Abdullah ibn Sina.
Hai kak! Actually saya suka menulis, & saya ada tulis beberapa puisi kat blog sy. If u don't mind, go to my blog, read them & comment somthin so that sy bleh tau if those poems ok ke tak? Thanx yea! I'm lookin 4ward 4 akak nye cmnt...
P/S: sy ske cerita Zahrah de Tigris! Insyallah nanti nak beli DZS lak!
hye kak! sy pun ada blog gak. but yg budak-budak punya je.. i lurve zahrah De Tigris. sy baca buku tu last year. agak touching la... but DZS sy belum jumpa lg lah. mana nak cari eh? wassalam. =DD
7 comments:
jd lebih nk tau psl abi madyan di sale...
tp kn n3 kli nie cm tetibe jer..so terkezut ckit...hihi
:)
Sedang seronok menghabiskan bacaan pasal perubatan dulu-dulu :)
Hai kak!
Actually saya suka menulis, & saya ada tulis beberapa puisi kat blog sy.
If u don't mind, go to my blog, read them & comment somthin so that sy bleh tau if those poems ok ke tak? Thanx yea! I'm lookin 4ward 4 akak nye cmnt...
P/S: sy ske cerita Zahrah de Tigris! Insyallah nanti nak beli DZS lak!
raihan
InsyaAllah :)
thnx!
hye kak! sy pun ada blog gak. but yg budak-budak punya je.. i lurve zahrah De Tigris. sy baca buku tu last year. agak touching la... but DZS sy belum jumpa lg lah. mana nak cari eh?
wassalam.
=DD
Wall.E
Boleh saja pesan terus dari jemariseni. Dapat diskaun lagi kalau order online dan dihantar terus ke alamat rumah :)
Post a Comment