Followers

Sunday, March 09, 2008

Hmmm...

Tak update.. Lama sangat. Kenapa ye?

Malas?

Tak tahu nak tulis apa?

Bingung?

Jawapannya ketiga-tiga di atas.

Haha.. terima satu pertanyaan dari Syamil. Kenapa blog ini berlainan dengan blog yang lagi satu? Jawapannya, blog yang satu lagi kewujudannya lebih lama dari yang ini. Blog yang satu lagi itu 'blog nakal' saya. Mencoretkan apa saja yang terlintas di kepala. Menulis tanpa santun. Menulis menurut rasa.

Blog yang ini kewujudannya seiring dengan novel pertama. Untuk mengajar diri lebih berhemah. Lebih lembut... ahhh.... rasanya telah gagal. Kenakalan mengatasi hemah (aduhai lah diri).

Demam pilihanraya masih belum kebah. Kami di sini walaupun tidak 'layak' mengundi (tidak dibenarkan buat undi pos sekiranya tidak didaftarkan alamat di sini dengan SPR - baca SPR sengaja menyusahkan urusan untuk undi pos) tetap meraikan kejayaan Barisan Alternatif menawan lima negeri di Semenanjung Malaysia.

Benar, ramai di sini yang belajar di bawah tajaan Kerajaan tetapi jiwa mereka jiwa pejuang. Bencikan kekangan dan pujian melambung pada Kerajaan yang menolak ajaran Islam. Rasanya ramai di antara kami yang berdu'a saban malam menjelang pilihanraya supaya diberi kemenangan pada pihak yang benar. Alhamdulillah Allah mendengar du'a-du'a kami dan anda.

Bersorak sorai kami satu rumah apabila satu demi satu kemenangan di umumkan di laman internet. Bukan setakat itu saja, telefon bimbit saya turut bekerja keras menerima SMS dari seorang sahabat yang menjadi 'pemerhati politik' di tanah air. Sebenarnya saya tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke tempat bekerja tapi demi PRU, saya ... err... peduli hapa! hehe

Selepas ini saya mahu lihat apakah ada perubahan dalam senario politik di tanah air. Saya mahu meneliti barisan menteri kabinet baru Pak Lah. Dan yang penting sekali, saya mahu lihat kredibiliti rakyat Malaysia semakin meningkat.

Tahniah untuk anda semua dan selamat maju jaya dalam mencorakkan masa depan Malaysia.

Tapi, jangan lupa.. perkara yang sama pernah berlaku selepas PRU 1999. Perubahan atas kehendak rakyat tapi bila tiba PRU 2oo4, keadaan kembali pada asal.

Ingatan saya - janganlah diturut kata-kata Tun Mahathir Mohammed - Melayu Mudah Lupa. Err.... makan kismis banyak-banyak ye... jangan lupa. Ingat-ingatlah selalu :)

2 comments:

Anonymous said...

salam,
penat berlawan dengan hantu masa pru di kawasan saya. Malam pru itu saja yg dapat kesan 20 bas. Tak tahu pula sy ada orang kelate cakap bangla dan indon. Kwn sy telefon di rusila keadaan lagi buruk sampai terpaksa bertindak begitu.
BTW imaen yang tanya aloutte di bawah tu bukan saya.

Imaen/Paradoks

Anonymous said...

Salam...

Ttg blog ni, bila saya tunjukkan gambar Nisa, ada kawan-kawan yang cakap(antaranyalah), 'beza ye dgn yang digambarkan dlm novel ZdT'.

Ttg PRU 12, anginnya masih terasa lagi. Kat berita Be End - amno cakap, mereka akan membetulkan semula pemikiran golongan muda supaya kembali semula kepada puak depa. Puak2 ni masih tidak dpt menerima kekalahan yang berlaku sekarang ni.

Bila saya ditanya kenapa menolak amno - jawapannya: (kepada mereka penyokong kuat puak tulah & ini hanyalah antara sebabnya, kalau nak diikutkan mmg berjela2, cuma kerna di selatan ni terkenal dgn sekolah agamanya, isu inilah yang dirasakan paling sesuai)

1.Rasulullah SAW kata "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kalau kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya maka kamu akan selamat di dunia dan akhirat. Dua perkara itu ialah al-Quran dan sunnahku."

2.Pak Lah kata demi menjamin kesejahteraan ummat Islam, maka satu-satunya jalan ialah mengamalkan Islam Hadhari.

Siapa yang lebih penting utk kita ikut?

Bila di tengok dari gaya cam tak caya itu yang saya keluarkan, mmg nampak brutal, tapi yang penting kan yang kat dlm. Kita jer yang tahu siapa diri kita yang sebenarnya. Pada saya, kepentingan Islam & iman mengatasi segala-galanya. Cuma tulah, bila melayu sesama melayu bertelagah, org lain mengambil kesempatan. Harap perpaduan yang baru dibina ini berpanjangan demi kebaikan semua, terutamanya Islam. Insya Allah.