'Han buat soalan yang untuk ditanya dengan jawapannya sekali'
Itu 'arahan' yang saya terima lewat dua malam yang lepas. Soalan sendiri jawab sendiri? Hahaha rasa macam jadi pelakon, pengarah dan penerbit sendirian berhad pula rasanya. Macam satu wayang gambar yang pernah saya lihat kain rentangnya waktu saya masih beruniform baju putih dan kain biru muda. Dialah pelakon, dialah pengarah dan dialah penerbit. Eh, bukan Allahyarham Tan Sri P Ramlee ye :)
Saya tak biasa di temu bual. Selalunya sayalah yang jadi orang bertanya soalan sekarang terpaksa 'reverse role' pula. Hmm... nak tanya soalan apa pada diri sendiri agaknya? Kebetulan otak saya terlebih jem pula sejak kebelakangan ni. Ada esei yang saya tak tahu nak mula, di mana hujung dan di mana pangkal.
'Han jangan lupa pula sebut juga untuk soalan kuiz nanti.'
Oh, selain soalan jawab sendiri kena juga sediakan soalan kuiz untuk pendengar. Hmm... bolehkah saya tanya 'Agaknya bila saya akan jadi kaya?' Saya geleng kepala. Tak boleh. 'Berapa suhu di Glasgow sekarang?' Soalan tu releven tapi nanti pendengar terpaksa buat research pula. Pangkah dan buang, macam mengundi pula!
'Han ada apa-apa lagu yang nak minta ke? Boleh request nanti mereka boleh download dan siarkan.'
Aduh, saya sudah masuk kategori 'pelajar matang', agak-agaknya adakah mereka lagu-lagu zaman saya beruniform putih dan biru muda?
'Kak Khairyn nak lagu apa?' Tanya juruhebah Putra.fm bersuara ceria pada saya.
'Err lagu Sudirman ada?' Itulah saja yang terlintas di kepala. Lagu dari insan seni yang dilahirkan senegeri dengan saya. Mahu minta lagu Hajah Datuk Siti pun saya tak tahu.
'Lagu apa? Lagu Selamat Hari Raya pun ada.'
Errk... saya rasa macam sudah masuk kategori barang antik!
Dan hari ini saya sudah cukup haul. Bertambah antik lah saya hahahaha

5 comments:
satu petunjuk kita sudah tua ialah bila kita sudah tidak tahu apa lagu baru yang popular :) Sekarang saya sedang menikmati lagu Kembara he he he ....
Imaen/Paradoks
Hmm... bolehkah saya tanya 'Agaknya bila saya akan jadi kaya?'
khairyn..
kehkeh..kakpinK paling suka bab sumpah menyumpah suh jadi kaya tuh *refer balik Zahrah de tigris*
::pinkJambu
imaen
huwaaaaaa! Nak pasang telinga kat radio lah. Tak nak ketinggalan zaman. Tapi tak leh terimalah lagu2 hip hop tip top sekarang ni hahahaha
kakpinK
Silalah 'sumpah' saya jadi kaya selalu. Dah letih kerja jadi buruh kasar ni hahahaha
Salam… :-)
Setiap hari dengar radio (kat pejabat), dengar gak lagu2 terkini, tp mmg tak leh masuk lah… akhirnya di balik tudung, di telinga disumbat ngan earphone, dengar lagu dari mp3 player… lagu P Ramlee, M Nasir, Ramli Sharif, Sudirman & beberapa penyanyi lagi dr Indo … letih rasanya bila dengar lagu jiwang karat ni… boleh buat jiwa mati tak bersemangat jer rasanya… And beberapa surah… Kekawan nak pinjam pun tak jadi, katanya tak ikut perkembangan… bagus gak kan… kira kedekutlah gitu… (yer ke?) hahaha…
haha...akak, kite dah kire kategori tua ke nih?
lately saffa xsuka dengar radio
lagu n rentak dia merapu2
plus, penuh dengan kejiwangan2
pulak tu lirik semua memuja2 manusai
kalau memuja Allah xpelah juga kan
and...lagi2 yang hip hop
aishhh~bernanah telingo den donga
neway, hows life getting on?
Post a Comment