
Bermula dari sebuah angan-angan kosong, menjadi himpunan kata-kata lantas membentuk baris-baris ayat. Akhirnya terlahirlah 'puteri' sulung. Zahrah, seputih dan sebersih kelopak bunga yang mekar menjemput sang mentari pagi. Semoga kelahirannya mampu memberikan sedikit keceriaan dan meramaikan lagi 'ulat-ulat buku' di muka bumi Allah ini.
Jazakallah khair.
Jazakallah khair.
24 comments:
Salam Khairyn...
Selamat membuka lembaran baru, dan TAHNIAH...
- kaksu -
salam...
tadi baru jer baca sinopsis kat Jemari Seni, macam dah tak sabar rasanya nak tunggu Oktober :)
Tahniah ya!
khairin, tahniah.Melihat kulit bukunya sahaja, saya sudah tertarik untuk membaca.Apatah lagi latar belakangnya Iraq.Ingin sekali saya kesana melihat bumi yang berantakan itu, namun apalah daya saya.Komitmen di sini terlalu tinggi.
salam
kaksu
terima kasih atas tunjuk ajar dan sabar dgn saya ye hihihi.
arirada
terima kasih. Saya harap tidak mengecewakan. Baru berdikit-dikit dan mencuba. Pasti banyak kelemahannya. :)
mirip
InsyaAllah. Saya harap tidak mengecewakan. Komitmen harus didahulukan. :)
Tak sabar juga menanti kelahiran Zahrah :) Moga semuanya dipermudahkan-Nya
Khairyn,
salam kenal...
Tahniah..!! tak sabar nak dapatkan zahrah :) moga akan lebih aktif berkarya.
~kakWan~
salam
empok
terima kasih banyak atas sokongan. insyaAllah.
KakWan
terima kasih juga.InsyaAllah kalau boleh curi-curi masa lagi, saya teruskan menulis.
Salam khairyn,
Tahniah di atas kelahiran baby sulung. Tak sabar nak baca!
Dan... slmt dtg ke family js =)
- rnysa a.k.a anis -
Salam ukhuwah Khairyn,
salam kenal... baru sedar ada rakan penulis baru di JS sesudah melawat web JS kejap tadi.
Tahniah utk kelahiran Zahrah de Tigris. Ruby tunggu ia.
- ruby hazri-
salam
rnysa a.k.a anis
:) Terima kasih. Ah! Bertambah seorang lagi ahli keluarga JS ye!
ruby
salam ukhuwah kembali.
InsyaAllah, moga tak mengecewakan.
assalamualaikum,
rasa nk beli.. agak2 kalo beli melalui pos boleh dpt autograf x? XD
salam
striker
hehe... rasa macam bintang pilem pula nak autograf bagai. InsyaAllah.
khairyn ... Tahniah. InsyaAllah akan baca Zahrah d' Tigris.
- imaen -
khairyn... rasa lama je Oktober tu.. isk isk isk.. meh masterpiece hahahahaha... apa pun TAHNIAH! dan saya akan menanti hari itu dengan sabar...
Tahniah..tak sabar nak baca!
salam khairyn..
saya tak sabar nak dapatkan buku saudari...tahniah..teruskan berkarya..
salam khaiyrn...
tak sabar nak baca baby sulung...
salam kenal...
salam
imaen
terima kasih.
our
aduhla our.. terima kasih
zwit
hehe jangan kecewa dah la ye.
adhan
terima kasih. harap tak mengecewakan. almaklumlah first timer
kayusakti
salam kenal. terima kasih atas sokongan. (ish termalu pula ni)
Salam Khairyn,
Novel pertama khai telah terbit dan dah berada ditangan kaknOOr teruja nak membacanya. Terima kasih pada kak su & mariah kerana sudi menghantar terus pada kaknOOr.
Khairyn..kaknOOr dah selesai membaca novel Zahrah De Tigris.. Novel kategeri tak boleh letak cara penulisan khair membuat akak teruja nak membaca sehingga ke garisan penamat. Akak tak pandai nak buat priview atau komen cuma dpt sampaikan apa yg akak rasa setelah tamat membaca ZDR....
Menginsafi & terasa kekurangan dalam diri ni. Merasa bertapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia dan betapa bertuahnya seorang yg bernama Khairunnisa Ismail dapat melakukan kerja sukarela dibumi Iraq. Kalau diberi peluang ingin menjadi Kharirunnisa.Apa yang digambarkan dlm novel ni terbayang dimata sebab perkara ni dapat kita tonton dikaca TV dlm Dunia Jam 10, CNN & Aljazeera.Airmata mengalir tak dapat ditahan tahan bila digambarkan wanita & kanak2 yg tidak berdosa menjadi mangsa peperangan, kisah di Amiriyah, Iraq 3/12/91,kehilangan Meryam & Patrick sahabat baik Nisa, kerinduan seorang ibu terubat bila menyambut ketibaan anaknya di KLIA dan bila Dr.Patrick akhirnya menjumpai Tuhannya. Banyak pengajaran yang blh diambil setelah tamat membaca ZAHRAH DE TIGRIS
salam kaknoor,
alhamdulillah, ZdT menepati citarasa kaknoor. Sebenarnya saya berdebar-debar juga menanti reaksi mereka yang membaca ZdT ni. Almaklumlah sudahlah membelanjakan sejumlah wang, tiba-tiba buku yang dibaca tidak pula menepati citarasa.
terima kasih juga pada kak Mariah dan kak Suraya yang banyak tolong perbetulkan fakta dan susunan ayat yang tunggang langgang :)
terima kasih buat kaknoor yang sudi membaca ZdT :)
nak otograp..
nak nak..
he he he :p
salam kak khairyn ...saya baru saja membaca zahrah de tigris ...zdt antara novel yang saya baca tanpa melompat - lompat walau satu ayat atau page dan sayang bila ia menemui noktah akhirnya... best...keep up the good job....
salam..
akak...sy mula tertarik pd karya akak..dis is da 1st yaa..
b'c0z of u..im looking 4 novel2 keluaran jemari seni..especially u..
kagum pon ada..
jln cerita yg menarik..dan membuka minda..
apa pun..sm0ga akak sukses slalu..
dlm ape jua yg dilakukan..biiznillah.. :)
Post a Comment