Followers

Wednesday, October 12, 2011

Blur

Lama kan, saya tak tulis?

Lepas tu bila nak tulis, otak tiba-tiba jadi blank. Tu yang blog ni langsung terbiar.

Apabila dah bekerja ni, rasa fizikal dan mental kena ikat dengan alam pekerjaan. Sangat tak best. Nak lari dari dunia pekerjaan dan masuk balik ke alam sekolah, boleh tak? Rasanya kalau sekolah, otak saya bebas! Bila bekerja ni saya rasa macam otak saya terkurung pula. Huh! Boleh ke macam tu?

Isnin lepas saya telah berjumba-jumba dengan kawan. Ingatnya cuma nak makan tengah hari bersama. Entah macam mana kami boleh 'terjumba-jumba' ke pesta buku di MAEPS. Siap telefon Kak Yah dulu tanya direction nak pergi sana.

Teringat dulu masa saya dan kawan yang sama bershopping sakan di Borders di Glasgow apabila kedai itu buat liquidation. Hampir semua buku-bukunya dijual separuh harga. Beberapa hari lagi nak tutup, turun lagi 60-80 peratus. Dan pada hari penutupan, semuanya dilelong. Kami membeli buku macam kami orang kaya! Dua bakul penuh sampai tak larat nak angkat. Hasilnya dalam setiap 23 kotak kecil yang dihantar pulang, mesti separuh isinya adalah buku.

Saya adalah salah seorang dari rakyat Malaysia yang teruja kalau dapat buku. Almari rumah sudah penuh dengan susunan buku. Seronoknya kalau nampak buku. Masa di Pesta Buku dahulu, hanya ada satu dua gerai saja yang menarik minat saya, tapi di Big Bad Wolf Book Sale ni, hampir setiap kategori ada buku-buku yang menarik minat saya.

Dari kategori buku masakan, buku bantu diri sendiri (self help) yang saya tak pernah percaya tapi kali ini terbeli juga, travel, kesihatan, sejarah, sains dan fiksyen, semuanya ada 'wakil' yang saya beli. Harga semuanya RM93. Menarik kan?

Pemilihan buku-buku dari BookXXcess ini hampir sama dengan kedai buku yang biasa saya kunjungi dulu - The Works. Harga-harga pun lebih kurang. Cuma lebih rendah di sini. Apa pun saya suka pilihan kategori buku yang banyak ini.

Saya rasa macam nak pergi lagi dan kali ini saya nak luang lebih masa ke kategori yang lain pula. Seronoknya.

4 comments:

Ajiq Adan said...

novel zahrah de' tigris tu kisah benar kak khairunnisa' ke??

khairyn said...

salam
maaf lambat reply Ziq,
cerita khairunnisa dalam zahrah de tigris tu, fiksyen semata. tapi kisah rakyat iraq itu adalah fakta :)

sItI nURsYAshABillA sALLeh® said...
This comment has been removed by the author.
sItI nURsYAshABillA sALLeh® said...

assalamualaikum ..
kak. lama tak update , buzy ?
best zahrah de tigris ,, baru habis baca tadi .. harap ada respon dari akak ..