Apa lagi yang boleh saya katakan lagi selain dari ucapan syukur pada Allah swt yang memberi ruang untuk saya selesaikan Nuansa Kota Merah ~ Khairyn Othman
OKEY! Sebelum orang lain bedah buku saya, biar saya sebagai tuan punya buku cerita sedikit sebanyak fasal Nuansa Kota Merah (NKM) ni. Dan saya harap sangat-sangat pembaca dapat baca NKM dengan hati dan fikiran terbuka kerana plotnya agak berat.
Bismillahirrahmanirrahim
Plot NKM dibina waktu saya mencari-cari makna cinta yang sebenar dalam tema yang berlainan. Kita semua perlu cinta, tapi cinta apa yang kita mahu? Sanggup tak kita berkorban demi cinta pilihan kita? Inilah persoalan yang ingin saya ketengahkan dalam NKM.
Rasanya ini pun manuskrip yang mengambil masa paling lama yang pernah saya tulis. Memang saya banyak buat reference untuk plot NKM; dari sudut bahasa, budaya, geografi, sejarah, hadis dan surah Kalam Allah. Selain buku-buku dan bahan-bahan internet, sahabat-sahabatlah yang jadi reference saya. Rasa bersyukur sangat-sangat kerana waktu menulis itu, saya dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sangat-sangat membantu. Intelekual di dalam bidang masing-masing.
Seperti tulisan di kulit belakang buku, NKM membawa pembaca merentasi benua dan masa. Kalau dalam Zahrah de Tigris, saya bawa pembaca ke Baghdad, Iraq dan Acheh, Indonesia, dalam Dame Zoete Sarah pula pembaca mengembara dari Johor Bahru ke Belanda dan kemudian ke Kota Paris.Untuk NKM, saya nak bawa pembaca semua ke bumi Sepanyol dan kemudian mengembara merentas masa, beratus tahun ke zaman silam.
Kenapa Sepanyol?
Sebab saya suka! huhuhu. Saya jatuh cinta dengan Sepanyol masa mula-mula saya dan dua rakan pergi backpacking keliling Eropah Tengah pada tahun 2001. Maknanya tahun ini dan dalam bulan ini genaplah 10 tahun kembara kami bertiga. Sahabat saya seorang peminat pasukan Real Madrid tegar. Jadi kami ke Madrid berlegar-legar ke kota tuan rumah kelab pasukan terkemuka Sepanyol. Sempat juga kami ke Cordoba melawat Mezquita Cathedral, sebuah gereja yang ditukar menjadi masjid kemudian ditukar kembali menjadi gereja.
Lawatan singkat ke Cordoba memang tidak mencukupi. Tahun 2004, saya dan sahabat saya kembali lagi ke negara Sepanyol dan kali ini kami dedikasikan kembara kami untuk melawat bekas kota-kota Islam zaman Pertengahan.
Seperti biasa kami akan ke Madrid
dahulu. Tempat wajib untuk beri peluang sahabat saya menonton aksi perlawanan sepak bola kelab kegemarannya. Selepas Madrid, kami melawat bandar Toledo, Seville dan Granada, melihat kesan-kesan peninggalan tamaddun Islam di sana. Mendengar patah perkataan dan budaya orang Sepanyol yang ada pengaruh Arab.
Dan bagaimana untuk memastikan Deen Islam itu lenyap dari mukabumi Sepanyol, babi pula dijadikan makanan wajib untuk mereka.

Setelah penaklukan semula, Raja Fernando (Ferdinand) dan Ratu Isabella (Isabel/Isobel) sering mengadakan makan-makan
dan memaksa orang Islam di Sepanyol menghadiri banquet ini. Dalam jamuan, daging babi akan dihidangkan kepada mereka dan sesiapa yang tidak menjamah daging babi, maka mereka akan ditangkap. Inilah cara untuk Raja dan Ratu mengetahui sama ada orang itu masih lagi mengamalkan ajaran Islam atau tidak dan sampai sekarang daging babi dijadikan makanan wajib di Sepanyol hingga ada pula Jamon Museum merata-rata di setiap ceruk negara Sepanyol.
Sejarah Sepanyol memang menarik minat saya. Maka, dari asas sejarah yang menarik minat saya ini, saya sekali lagi bermain-main dengan perkataan "What if?".
NKM ini cumalah cerita fiksyen. Tidak ada kaitan manusia, sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Ia hasil dari khayalan saya semata-mata. Saya mohon pembaca baca NKM dengan kritis dan minda yang terbuka, dan bacalah dengan tenang. Saya nak ajak pembaca bermain-main dengan perkataan "What ifs" seperti saya.
Nuansa Kota Merah bukanlah cerita cinta lelaki dan perempuan semata-mata. NKM adalah kisah cinta yang lebih luas. Cinta kita pada agama, pada bangsa dan pada tanah air. Ia juga kisah tentang perjuangan dan pengorbanan.
"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."
Selamat bertemu di Pesta Buku Selangor 2011 dan Selamat Membaca :)
12 comments:
salam, wow...baca ayat mukadimah si penulisnya dah rasa jatuh rahang *ops tutup mulut*. Jarang penulis wanita yang nak buat cerita fiksyen yang merentasi zaman dan masa ni dan selalunya yang banyak penulis lelaki seperti RAM. Apa pun akak ucapkan tahniah dan dah tak sabo nak start engin kereta cam citer 'back to the future', nak zoom merentasi masa dalam NKM ini. *check sat minyak ron 95extra cukup tak*
Chaiyok chaiyok...
pss.. agak-agak ada tak panglima perang naik unta or kuda kejor sapa pulak ek* hehehehe suka style hang bercerita bila part kejor mengejor...hehehe
Salam. Saya mahu membacanya kerana berlatar Sepanyol lah! Dan sebab penulisnya Khairyn Othman lagi laaaa saya suka :)
Z
Kak Notie
Hahaha!Harap-harapnya cerita back to the future saya ni menghiburkan juga. Oh! Suka sangat Michael J Fox dalam cerita tu.. ops! Sebenarnya memang peminat Michael J Fox pun kekekeke. Nak laju Kak Notie kena pakai Ron97. Kan ke dah turun seposen hehehe.
Opkos la mesti ada adegan kejar mengejar.Tak boleh la naik unta, sebab untanya tak ada hahaha
Puan Z
Salam
terima kasih
Tahniah cik penulis...
alhamdulillah selepas penantian..terhasil juga 'baby' ketiga ye..dan semsetinya sudah listed dlm books list utk Pesta Buku Selangor.....:)
moga terus berkarya untuk sesuatu yang berguna...:)
salam Cik Khairyn,
Buku ini sedang saya baca. BEST!!
aimie_afifah
Kalau ke pesta buku semasa saya bertugas, tegurlah.. :)
cik Kakeru
Selamat berkenalan.
Teruskan membaca ye.. pelan-pelan :D
Kak Khairyn...
saya x 'mampu' nk ke PBS tp kawan sy dah belikan NKM...harap2 dia x lupa ambil TT akak...saya sungguh cemburu lihat MMS yg dia hantar...bergambar dgn Kak Khairyn, Kaksu dan juga Kakwan...:)
aimie
alamak! ye ke? Saya ada di Pesta Buku hujung minggu ni. :)
Semoga aimie terhibur membacanya nanti :)
Assalamualaikum
Akhirnya khatam jgk buku ni mlm tadi...selepas berhempas pulas dgn terawikh,sahur, kerja ofis, kerja rmh, rmh terbuka.. haaa...ambik kau..sebulan!
seperti biasa karya cik pengarang mmg tak menghampakan. Syabas!
Kak Ros
Kak Ros
maaf terlambat menjawab... hahaha
terima kasih dari seluruh jiwa :)
Post a Comment