Assalamualaikum.
Seorang sahabat bertanya, bagaimana hendak menjadi seorang penulis?
Seorang mejawab. Dengan yakin.
Yang pertama, pasang niat dengan betul. Apakah tujuan menulis? Untuk berkongsi karya yang bermutu, mengajak pembaca berkhayal atau untuk syok sendiri?
Dia diam... Untuk berkongsi karya, dia menjawab akhirnya.
Rasanya ketiga-tiga itu penting. Kita menulis kerana hendak berkongsi cerita yang kita hasilkan dengan pembaca. Kalau pembaca suka, kita pun akan lebih bersemangat hendak menulis lagi. Tapi, memanglah kena pastikan hasilnya satu hasil yang bermutu. Maksud bermutu di sini, kita teliti dalam penulisan kita. Kita buat research bersungguh-sungguh, jadi maklumat yang kita salurkan kepada pembaca adalah tepat dan masuk akal.
Kenalah sentiasa double check tulisan kita, setting kita. Kadang-kadang kita terlepas pandang sesuatu perkara itu, tapi itulah kerja editor. Menyunting semula hasil kerja tangan dan perahan otak kita ... cuma jangan sampai TERLALU menyusahkan editor hingga terpaksa ditulis semula perenggan-perenggan dalam manuskrip.
Sebagai penulis fiksyen, kita tak boleh lari dari mengajak pembaca berkhayal. Ada pembaca membeli novel kerana mereka mahu berkhayal, satu cara escapism keluar dari masalah realiti. Ada yang suka cerita ala fairy tale, happily ever after tapi ada juga yang mencari novel yang mungkin ter-sama dengan realiti kehidupan mereka. Ada pula yang mahu novel yang memeras air mata. Jadi kehendak khayalan kita haruslah selari dengan kehendak pembaca itu sendiri. Kalau mahu yang happy ending kita beri happy ending. Begitu juga untuk sad ending atau something like reality. Yang penting cerita kita itu masuk akal. Bukanlah cerita orang capek yang menang lumba lari 100meter bertanding dengan orang normal! Tak masuk akal kan?
Seorang penulis juga perlu syok sendiri sebenarnya. Mungkin umum kata banyak novel-novel di pasaran adalah novel syok sendiri. Hero perfect sangat dan heroin tak pernah buat salah. Semua orang salah, dia saja yang tak bersalah. Kadang-kadang bila membaca terasa hero dan heroin seperti hendak menegakkan benang yang basah. Kemudian minta ihsan pembaca pula untuk support watak utama itu, untuk reconfirm yang mereka tidak bersalah. Eh.. faham tak?
Syok sendiri harus ditukar menjadi sesuatu yang positif. Ketika menulis kita harus ada sifat rendah diri dan sentiasa ingin belajar. Kita bukan menulis ikut suka hati kita, ikut kepala hotak kita, Seperti apabila kita mahu bercakap dengan seseorang, kita harus pastikan pertuturan kita tidak menyakitkan hati sesiapa tetapi kita juga harus terang dalam melontarkan buah fikiran kita.
Tapi yang paling utama adalah hardware and software yang kita gunakan ketika menulis adalah yang original. Janganlah gunakan yang pirated. Kenapa saya kata begitu?
Untuk mencari 'makan' sebagai penulis, tak kiralah full time atau part-time, biarlah semuanya bermula dengan alatan dan niat yang tulen atau original. Menggunakan sesuatu yang pirated samalah seperti kita menggunakan barang curi untuk mencari makan. Fikirkanlah keberkatan ketika bekerja.
- Original software adalah sangat reliable. Mengurangkan risiko hang dan komputer ter-reboot atau perlu di-reboot. Juga ia tidak akan menyusahkan editor yang mengedit manuskrip yang mungkin komputer mereka boleh terjangkit dengan virus-virus yang tidak diingini atau merosakkan hard disc komputer mereka. Sebaik mana pun atau se-best pun manuskrip anda, sekiranya mempunyai masalah-masalah ini, ia akan mengganggu perjalanan editing dan seterusnya printing.
- Apabila tiada masalah kepada penulis, editor, printing company dan pembaca, insya-Allah, semuanya gembira dan insya-Allah juga segalanya diberkati :)
JACK MERENUNG SKRIN Blackberry. Kemudian telefon itu diletakkan di sebelah. Tak sampai seminit dia ambil kembali telefon pintarnya dan skrol ke ikon FB. Kemudian jari-jemarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta. Belum lagi.
Tadi, sebaik saja dia terima SMS dari Linda, dia terus berhentikan kereta di tepi jalan dan buka FB melalui Blackberry. Dia taip nama Ati Nordin. dan terus add Ati sebagai kawan. Walaupun belum ada gambar profil, Jack tahu itu Norhayati Nordin sebab dia baru ada satu kawan, Linda.
Sekali lagi Jack skrol ikon FB. Haish! Tiba-tiba pula connection lembap. Dia terpaksa menunggu lagi. Matanya mencerlung membaca tulisan-tulisan kecil yang terpapar di skrin telefon.
- Abdul Razak (Jack) is now friend with Ati Nordin.
“Yes!” Jack menjerit girang.
2 comments:
salam kak... novel baru ke tu?
salam
haha.. sedang 'bermain-main'
Post a Comment