Followers

Tuesday, August 03, 2010

Nama Bombastik

Saya terlambat... saya tahu. Tapi saya memang begitu. Suka ambil masa yang lama untuk mencerna sesuatu maklumat.

Saya baca di forum tentang nama-nama bombastik dalam novel.

Dua novel saya sebelum ini menggunakan nama biasa saja untuk watak-watak utama dan sampingan. Yang penting ia mempunyai maksud yang baik. Tentang judul pula, saya mahukan kelainan tetapi tetap bermaksud yang baik.

Zahrah de Tigris (Kembang putih di Sungai Tigris)
Khairunnisa dan Dr Taufik Hidayat (sebelumnya Patrick Devereux)

Dame Zoete Sarah (Wanita Berkedudukan tinggi. Manis. Sarah - juga nama yang baik yang dalam sejarah Islam, Kristian dan Yahudi)
Sarah dan Salim (penyelamat)

Yang ke tiga?
InsyaAllah saya kekalkan begini.

Harap tidak ada yang meluat ye kerana seperti dua novel yang lepas, saya mengekalkan 'setting' di luar negara juga. Semoga dapat berkongsi maklumat dan pengalaman.

Selamat menjelajah!

9 comments:

Kay said...

salam kak khairyn... bila novel tuh? sy tak suka nama yg bombastik... tak realistik!

:)

Anonymous said...

yes! setting kat oversea..
suke suke...

nino said...

takpe.
kekalkan aje begini.
lebih selesa lebih baik.

hehe.

:D

nuha said...

akak.. saya suke novel akak sbb nama yg digunakan biasa2 je.. kekalkan mcm tu jer. tapi kalau nak letak nama yang bombastik, lebih baik ade maksud yg baik. tak payah la nama2 yg panjang2 dan tergeliat lidah nak sebut n panggil pun pendek je

Anonymous said...

nama2 bombastik dlm novel bole jd ilham kt mak bapak ms nk taruk nama anak2...tp ble tnya mksd, smpai ke sudah xleh jwb...huhuhu

khairyn said...

salam

kehelan
saya pun!!!!
ya ampun! Saya terhenti di satu babak dan susah sungguh nak teruskan babak ini.. Entah kenapa!! Ya Allah! Beri ilham pada saya!!!!

Anon
Saya cuba ye.. (sebab dah lama tak balik Malaysia sebenarnya huhuhu)

nino
ya insyaAllah huhuhuhu

nuha
InsyaAllah, kita kena realistik kan? huhuhu
Saya suka nama2 Melayu yang senang nak sebut.. senang nak ingat :)

Anon
ya sangat betul. Saya pun akan meneliti senarai nama-nama Islam untuk mencari yang terbaik. Pilih nama yang terbaik tidak semestinya nama2 Arab tetapi nama Melayu yang mempunyai maksud yang baik pun cantik juga kan? Macam Indah, Cahaya, Kesuma, dan nama bunga hihihi

Anonymous said...

akak sy pon xsuka nama yg bombastik smpai kdg2 rasa loya bila ingt cner la pnulis dpt nama yg ntah-pap-per tu..harap akak dpt kekalkan gaya tulis akak..memang best bc novel akak..=)
p/s: bila next novel???eager 2 read ur 'buah tangan'=)

Anonymous said...

akak sy pon xsuka nama yg bombastik smpai kdg2 rasa loya bila ingt cner la pnulis dpt nama yg ntah-pap-per tu..harap akak dpt kekalkan gaya tulis akak..memang best bc novel akak..=)
p/s: bila next novel???eager 2 read ur 'buah tangan'=)

kakeru said...

Bila next novel? Saya nak book awal2!! hehe.. XD