Followers

Saturday, January 19, 2008

10 Muharram

.....Sebulan sebelum dia bercuti ke Jordan, dia menerima jemputan dari sahabatnya Nourma untuk menghadiri jamuan Qiraaya. Jamuan ini khas untuk kaum wanita sahaja dan ia diadakan khas untuk menyambut Hari Asyura, hari ke sepuluh dan kebesaran dalam bulan Muharam. Signifikan hari ini memang besar untuk rakyat Iraq tidak kira berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah atau pun Syiah. Inilah kali pertama Khairunnisa menghadiri jamuan Qiraaya. Ini juga kali pertama Khairunnisa merasa bubur enak yang dipanggil harissa dan pelbagai manisan lain. Bubur ini sama terkenalnya di sini seperti bubur Asyura di Malaysia.

Selepas menjamu selera dengan makanan dan manisan, mereka akan duduk berkumpul mengelilingi beberapa orang wanita yang dipanggil khas untuk bercerita mengenai kejadian ngeri yang menimpa cucu Rasulullah, Hussein ataupun di sini dipanggil Imam Al-Hussein dan pengikutnya di Karbala. Cerita melalui syair dan nyanyian atau pun maqtal ini disampaikan dengan penuh perasaan. Bahasa yang digunakan sungguh halus sehinggakan Khairunnisa walaupun masih belum betul-betul mahir dengan bahasa halus, tetap tersentuh dengan maqtal yang disampaikan oleh wanita-wanita yang kebanyakannya sudah berusia awal empat puluhan itu. Ramai yang mendengar maqtal turut menghamburkan air mata kesedihan.

Rakyat Iraq berfahaman Syiah memang sentiasa mengingati peristiwa hitam yang menimpa Imam Al-Hussein sampai bila-bila. Mereka tahu kedatangan cucu Rasulullah ke sini adalah kerana menerima pelawaan sebagai Khalifah di sini, tapi apabila kumpulan Imam Al-Hussein tiba di Kouffa berdekatan Karbala, mereka telah diserang oleh Yazid daripada keturunan Muawiyah. Yazid juga merupakan saudara jauh dengan Hussein.

Kumpulan Hussein jauh lebih kecil daripada bala tentera Khalid apatah lagi terdapat ramai kaum wanita dan kanak-kanak, tetapi mereka tetap memberi tentangan hebat. Setelah beberapa hari bertempur, bekalan makanan dan air semakin berkurangan. Dan pada masa inilah Yazid melancarkan serangan yang lebih hebat ke atas kumpulan Hussein.

Menurut ceritanya, Hussein tetap bertarung walaupun badannya sudah cedera parah akibat dipanah dan luka terkena pedang yang dihunus berkali-kali terhadapnya. Malah cerita itu lagi menerangkan bagaimana Hussein tetap bertahan walaupun hanya bertarung dengan sebelah tangan sahaja sehinggalah baginda gugur akhirnya, pada hari ke sepuluh di bulan Muharam. Kumpulan baginda turut dibunuh dengan kejam oleh tentera Yazid.

Sejak itu, penduduk Iraq merasa sangat-sangat bersalah kerana tidak datang menolong baginda melawan tentera Yazid. Mereka mengenang peristiwa itu melalui Qiraaya ini. Tapi, di Iran, perasaan bersalah tentang peristiwa di Karbala disambut dengan ‘perayaan’ yang lebih ekstrem. Kaum lelaki berpakaian serba hitam dengan kain hijau melilit di dahi akan berbaris di jalan-jalan membawa segugus rantai besi yang diikat pada batang besi atau kayu.

Bendera berwarna hijau dengan wajah Imam Al-Hussein diletakkan di sepanjang jalan dan mereka akan berjalan diiringi dengan bunyi gendang lalu memalu belakang mereka dengan rantai-rantai besi ini sehingga berdarah. Ini menunjukkan rasa bersalah mereka terhadap cucu Rasulullah kerana tidak menolong baginda menentang tentera Yazid sehingga baginda dibunuh dengan kejam oleh tentera dari keturunan Muawiyah itu. Kini perayaan yang dikenali sebagai Latmiya itu, sudah mula diraikan di sini......

Selamat Menghayati 10 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya
Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Wallahu A'lam.

wallahua'lam.

4 comments:

ManjLara said...

oh, ada ulangkaji rupanya di sini, kalau sebut aja 10 muharram, saya tak ingat lain, cuma bubur asyura arwah mak saya yg sedap tu je :D

khairyn, thanks for sharing the info, tq jugak utk ucapan tahniah tu, isy kak yah ni siang2 dah bocor rahsia ye...hehehe!

salam ukhwah.

khairyn said...

manjlara

Bagi saya dulu signifikasi 10 muharam tersangat peribadi. Saya dilahirkan itu :)

ehehehe.. saya kot yang sudah pecah rahsia. Tapi memang cantik sekali covernya. Tak sabar nak terima buku 'free' hihi

Anonymous said...

salam kak khairyn,

thanx for the story!it motivate me to write more.saya pun ada cerita menarik untuk dikongsi tentang kepayahan dan kemenangan seorang insan yang berbadan besar.

Rael sememangnya budak yang azalinya ALLAH S.W.t ciptakan berbadan besar.pelbagai cabaran yang terpaksa dilaluinya sehingga pada satu tahap dia hampir berputus asa.Tetapi,atas nama janji ALLAH yang akan membantu umatnya yang sentiasa berusaha.dia bangkit dan berusaha untuk meneruskan hidup dan menurunkan berat badan.Kesungguhan nya telah menjadi inspirasi kepada mereka yang tidak percaya atas janji ALLAH itu.alhamdullilah!!

so,take care ur self there!!see you soon.

p/s:boleh tak akak hantar info pasal university yang akak tgh study tu.berminat nak apply!thanx!

Anonymous said...

Salam...

ZdT dah berulang kali dibaca... Dalam tu ada citer pasal 10 Muharram kan… Lepas membaca sesuatu novel ulasan saya 'ok, bolehlah’, kebanyakannya kan novel jiwang, mmg tak masuk kepala sbb pada saya itu semua just sebuah cerita… Cuma pada part2 tertentu jer... dan bila ada yg saya sentuh, pasti ada yg tertanya2 mesti novel ni lain coz bila org yg tak berperasaan (gelaran tuk saya – selalu gelakkan kekwn bila ada yg membaca sesuatu novel tu siap nangis2) boleh ingat & cerita balik, mesti ada yg menyentuh hati...

Bila ada yg sebut mungkin novel ni gak cam novel yg lain, just sebuah cerita, 'tu betul, tp fakta yg diberikan tu kan kita semua tahu, pasal sekolah yg dibom atas alasan tersilap, warga asing yg dijadikan tebusan dan mcm2 lagi…’. Lagi pun cousin saya pernah ke Iran wpun tempatnya tak sama, tapi katanya semangat juang mereka cukup kuat. Last2 sampai skrg saya tak tahu novel saya tu dah berjln ke mana, pada siapa?

Apa yg pasti novel keluaran Jemari Seni mmg best… berunsur cinta tapi taklah jiwang karat, yg penting ianya berjiwa Islam… Tahniah buat Kak Su & family Jemari Seni. Tahniah gak buat Khairyn, teruskan berkarya.

Seni gak salah satu cabang dakwah asalkan kita pandai menggunakannya.