Salam Idul Adha dan Selamat bercuti.
Sudah seminggu saya mula bercuti penggal. Bercuti untuk 'Christmas Holidays'. Sudah seminggu juga saya banyak menghabiskan masa berkelubung di dalam duvet. Semalam, balik dari solat Idul Adha, saya ingat nak jalan-jalan seketika dan bersama-sama warga Glasgow membeli belah untuk Hari Natal, tapi cita-cita itu, saya padam separuh jalan. Saya rasa tak tahan dengan cuaca sejuk kali ini. Semalam saja suhu merkuri perak menjunam hingga -3C. Hari ini juga suhu di tahap yang sama tapi ditambah dengan keadaan yang berkabus. Memang enak bergulung dalam duvet saja. Idul Adha semalam tidak meriah. Hati saya juga tidak tergerak untuk menghadiri rumah terbuka. Mungkin sebab sejuk sangat sampai saya rasa otak saya pun turut beku, agaknya.
Satu yang menarik tentang Scotland, terutamanya Glasgow ini, adalah sifat 'degil' wilayah ini. Hubungan Scotland dengan England masih lagi seperti adik beradik yang saling cemburu mencemburui. Scotland yang degil dan England yang sedikit angkuh dengan ke'British'annya. Kasarnya orang-orang Scots ini sehingga mereka disarankan untuk mengaku diri mereka bermasalah.
"Hi! I'm Scotland and I am violent."
Leon Jackson yang dinobatkan sebagai juara X-Factor baru-baru ini juga memperlihatkan semangat patriotik yang tinggi dikalangan orang Scots. Mereka tetap mengundi Leon walaupun mereka tahu Leon tidak setanding dengan Rhydian Roberts yang sebenarnya lebih layak untuk menjuarai pertandingan nyanyian tersebut. Rhydian lebih konsisten di sepanjang pertandingan dan mempunyai suara seorang penyanyi opera yang sangat bagus.
Kedegilan rakyat Scots ini bukan saja dikalangan penduduk asal wilayah utara ini, tapi juga sudah menular dikalangan pendatang-pendatang di sini dan sifat ini diturunkan pula kepada generasi seterusnya terutama generasi Islam di sini. Sedang umat Islam di tempat-tempat lain menyambut Idul Adha pada hari Rabu, khariah Masjid besar di Glasgow berpendapat mereka mesti menyambut Idul Adha pada hari Khamis. Ada pula kumpulan-kumpulan Islam yang lain tidak mahu mengikut khariah lalu menyewa dewan untuk melakukan solat Idul Adha pada hari Rabu.
Kalaulah benda-benda begini, umat Islam dalam satu negara pun tidak dapat bersatu, bagaimana pula kita hendak bersatu padu menentang musuh Islam yang sebenar? Dalam khutbah raya, imam menegaskan yang kita harus menyedari tentang penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Iraq dan Palestine, tapi mengapa kita tidak menunjukkan keprihatinan kita dengan melupakan seketika ego masing-masing dan bersetuju untuk bersatu padu demi kebaikan semua?
Ah! Bukan saja penduduknya yang degil, cuaca di sini pun 'degil' juga. Suhu sudah menjunam hingga hampir mencecah ke -4C tapi salji masih lagi tidak turun-turun lagi.
Sejuk!

4 comments:
salam org kutub hehehe... sanun tak turun salji lg? huhuhu sini turun salji(salji mesiale) tapi jadi banjir plak dah...sian musim tengkujuh kali ni teruk sgt. Johor tahun lepas 2 kali banjir kali ni pun kena lagi terutama belah Segt dan JB. Kelantan terputus hubungan jln gua musang tutup, phg pulak pun teruk,bandar pekan, temerloh hampir tenggelam hehehe cam ulasan selari musim banjir plak dah. Apa pun musibah yang melanda bersabar sahaja lah. Masih ada lagi bantuan makanan diberikan jika dibandingkan tempat lain yg lagi teruk spt India dan afrika yang lambat mendapat bantuan makanan. Bersyukur sahaja dgn apa yg ada. Mesia masih lg beruntung drpd negara miskin yg lain.
Salam aidil adha dari mesia nisaa.
notie org mesia. jgn tak ingat mesia sudah ye. hehe
hish tak mahu bersatu ... kita kena ada balik Salahudin al Ayubi yang 'menakluki' semua kerajaan kecil Islam dan membentuk kerajaan yang bersatu. Tapi apapun kita paling bimbang pada puak yang nak beraya pada hari yang asalnya 'natalis invict solis'.
Imaen/Paradoks
hi,to me you are amazing writer.best!terharu giler bila baca novel akak 2.hope akak dapat komen tulisan saya di www.thebigsmallboy.com
salam
notie
huh.. 3 tahun lepas je salji turun kat bumi Glasgow.. itupun sebenarnya dalam bulan yang sepatutnya dah musim bunga hahaha
Malaysia memang bertuah, cuma kita jangan lupa bersyukur dan jangan pula kita takbur.
imean
my sentiment exactly! Kita perlu ada seorang 'penakluk' seperti Salahudin al-Ayubi. Keadaan ini mengingatkan saya tentang zaman kejatuhan Andalusia.
You cry like a woman for a country you failed to defend like a man.
Huh! Begitu sinis sekali
haries
:) Segala pujian itu kepada Allah. Syukur Dia berikan bakat untuk menulis. InsyaAllah apa yang kurang akan saya perbaiki lagi. InsyaAllah jua akan ke blog haries
Post a Comment